Tempat Menarik

Tempat Menarik di Sungkai [Murah & Seronok]

Kita semua tahu banyak sekali tempat menarik di Perak yang berbaloi untuk di lawati. Keindahan alam semula jadinya memang memukau, ditambah pula negeri Utara ini kaya dengan sejarah negara yang cukup berharga. Sungkai adalah salah satu kawasan unik dan tidak memerlukan bajet mesar besar untuk bercuti. Untuk itu, kami senaraikan beberapa tempat menarik di Sungkai untuk rujukan anda.

Sungai Klah Hot Spring Park

Sungai Klah Hot Spring Park adalah salah satu tempat menarik di Perak. Lokasi ini menjadi tempat mandi manda dan bersantai pada setiap hujung minggu. Khasiat air panas semula jadilah yang membuatkan ramai warga emas hadir untuk berendam memulihkan sakit sendi.

pojiegraphy.com

Tak rugi datang ke sini, landskapnya dibina bagai sebuah taman tema air. Bukan sekadar kolam air panas, malah kolam renang biasa turut disediakan untuk anak-anak kecil.

Terdapat juga ‘Boiling Stall’ iaitu gerai menjual ABC, Nasi Lemak, berserta telur untuk anda rebus sendiri di dalam kolam. Memang uniklah hotspring Sungkai ni!

Harga tiket: Dewasa RM12 | Kanak kanak RM10 | W.Emas RM7 | OKU RM2

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Sungkai Deer Farm

Tempat menarik di Sungkai seterusnya adalah Sungkai Deer Farm atau Taman Rusa Sungkai. Dengan keluasan kira-kira 100 hektar ini, rusa bebas bergerak seperti habitat asal mereka.

Ia dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan sendiri dalam memastikan haiwan ini terjaga dan tidak diburu.

Pelbagai spesis rusa yang boleh anda temui di sini. Selain itu, Sungkai Deer Farm juga menempat beberapa haiwan liar lain seperti buaya, ular, burung merak dan banyak lagi. Lebih kurang seperti ‘mini zoo’.

Waktu operasi: 8 am – 4 pm

Alamat: 35600 Sungkai, Perak

Baca: 7 Tempat Menarik untuk Family Day di Perak

Felda Residence Hot Springs

Bagi yang mencari tempat menginapan best dan murah, kami cadangkan anda menginap di Felda Residence Hot Springs. Resort yang sudah tidak asing lagi di Sungkai.

Salah satu sebab utama ia menjadi pilihan adalah kerana hadir dengan kolam air panas semula jadi dan kolam renang besar bak taman tema air. Anak-anak pasti teruja akan kemudahan ini.

Bilik-biliknya juga amat selesa dan serba lengkap dan agak luas.

Kemudahan

  • Gimnasium
  • Jakuzi
  • Kolam renang
  • Wifi percuma
  • Reflexology
  • Restoran

Alamat: Sungai Klah,, 35600 Sungkai, Malaysia

Baca: Taman Tema Air di Perak

Cendol Sungkai

Dengan cuaca yang panas terik, eloklah basahkan tekak anda dengan semangkuk cendol. Cendol sedap di kawasan ini terletak di Jalan Sungkai Perdana. Portion cendolnya agak banyak, ditambah pula dengan kuantiti cendol, dan pulutnya yang sedap.

Cukup lemak dan tidak terlalu manis. Berbaloi untuk anda singgah. Selain cendol, cuba juga mee kari, laksa, dan nasi berlauk. Sedap tidak terkata.

Alamat: 1, Jln Sungkai Perdana 1, Taman Permai, 35600 Sungkai, Perak

Nasi Bamboo Sungai Klah

Tempat makan best di Sungkai pula adalah Nasi Bamboo Sungai Klah yang pernah menjadi viral kerana keunikan dan keenakannya. Nasi yang dimasak di dalam buluh dan daun pisang ini membangkitkan aroma luar biasa sedap.

Deretan lauk pauk yang disediakan boleh buat anda rambang mata! Tetapi yang paling menjadi pilihan ramai adalah Ayam Bunia, iaitu ayam bakar rangup ala ayam penyet.

Nasi bamboo ini sesuai dimakan dengan pelbagai jenis masakan kampung.

Punyalah sedap sehingga anda perlu datang awal untuk mendapatkan meja.

Waktu operasi: 10.30 am – 6 pm | tutup pada Jumaat
Alamat: Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

Tempat menarik di Teluk Intan

  • Menara Condong Teluk Intan
  • Batu Bertenggek Teluk Intan
  • Beting Pasir Basah
  • Riverfront Teluk Intan

Tempat Menarik di Tapah

  • Air Terjun Lata Iskandar
  • Perkampungan Orang Asli di Batang Padang
  • Hutan Rekreasi Kuala Woh
  • Ladang Herba
  • Lata Sungai Bil

Tempat Menarik di Tanjung Malim

  • Taman Tasik Embayu Proton City
  • Kolam Air Panas Ulu Slim
  • Taman Pergola
  • Teratak River View
  • Tanjung Malim Street Art

Untuk mereka yang nak bercuti bersama keluarga tetapi mempunyai bajet terhad, kami cadangkan anda datanglah ke tempat menarik di Sungkai yang kami senaraikan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!