Ada yang bertanya, kat mana tempat menarik di Cameron Highland waktu malam? Memandangkan cuacanya agak sejuk, tidak banyak banyak tarikan best di Cameron di malam hari, melainkan shopping malln, pasar malam, dan kedai makan sahaja.
Ini kerana kebanyakan tarikan hanya beroperasi sehingga jam 6 petang. Mungkin juga kerana suhu yang dingin membuatkan orang awam lebih memilih untuk berada di hotel dan kediaman masing-masing.
Kami senaraikan antara lokasi menarik yang anda boleh tuju pada waktu malam.
Cameron Square
Satu-satunya tempat shopping mall di Cameron Highland. Banyak premis perniagaan yang menjual segala jenis barangan termasuklah pakaian, aksesori, barangan runcit, dan banyak lagi.

Restoran rangkaian seperti Domino’s Pizza, Old Town White Coffee juga boleh anda temui di sini.
Ramai yang mengambil peluang untuk bersantai dan menghabiskan masa bersama yang tersayang dengan window shopping dan makan malam. Cameron Square juga adalah salah satu tempat menari di Cameron Highland yang menjadi tumpuan ramai.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Holiday’s Park
Holiday’s Park merupakan sebuah fun fair atau taman tema mini menarik untuk seisi keluarga. Pelbagai permainan menarik yang boleh anda cuba di sini, dan yang paling mencuri perhatian adalah Bumper Car dan Ferris Wheel.
Sistem tiket di sini agak berbeza dengan tempat lain. Anda perlu beli ‘Member Ship Card’ mengikut amaun yang telah ditetapkan. Kemudian pilih mana-mana mainan, dan swipe card tersebut dan nilaikad tersebut akan ditolak.



Anak-anak pasti suka. Tambahan pula ia merupakan indoor theme park, jadi tidak perlu risau akan cuaca panas atau hujan.
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang ( bersebelahan Cameron Square)
Rasa Sayang Ya Mal Al Sham Cafe
Untuk tempat makan menarik di Cameron Highland pula, kami cadangkan anda ke Rasa Sayang Ya Mal Al Sham Cafe yang menyajikan masakan Arab asli dari Timur Tengah.
Menu seperti masakan khabsah, mandy, shawarma, kebab dan manisan arab memang trbaik. Portionnya agak besar membolehkan anda makan bersama keluarga besar anda.
Harganya pula masih munasabah. Anda patut cuba kebab di sini, rasa daging yang telah diperap, sos istimewanya memang memikat. Dimakan pula bersama roti panas lembut.
Waktu operasi: 10 am – 1 am
Alamat: 39000, Tanah Rata, Pahang
Pakleh Chicken Rice Restaurant
Menu nasi ayam memang menjadi kegemaran ramai. Nah, kalau anda berada di Cameron Highland singgah lah ke Pakleh Chicken Rice Restaurant.
Kelembutan ayam, keenakan sup, dan dimakan ula bersama sos serta kicapnya bakal membuatkan anda kenyang sepanjang hari.

Selain nasi ayam, masakan panas, serta hidangan ala Thai seperti tomyam juga ditawarkan kepada pelanggan. Tidak hairanlah mengapa restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.
Waktu operasi: 8 am – 11 pm
Alamat: 12 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Artikel berkaitan:
- Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland
- Tempat menarik di Pahang
- 14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Pahang
Cameron Bharat Tea Valley
Pengalaman bercuti di Cameron Highland tidak akan lengkap sekiranya tidak menhirup teh dan menikmati keenakan pencuci mulut di Cameron Bharat Tea Valley.
Anda boleh menikmati English Breakfast atau minum petang ala Inggeris di atas dek yang menghadap ladang teh indah. Menu utama di sini merupakan teh, aneka pastries, aiskrim, waffle, dan jem strawberry yang dihasilkan di sini.
Memang seronok! Cuaca dingin, pemandangan indah, dan anda boleh merakam pelbagai gambar menari untuk dimuat ke dalam Instagram.
Waktu operasi: 8 am – 7 pm
Alamat: 34.5 Mile Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Nasi Kukus My Prima Cameron Highlands
Ramai yang menganggap bercuti di Cameron Highland memerlukan belanja besar terutama sekali untuk makan dan minum. Tanggapan itu salah kerana Nasi Kukus My Prima Cameron Highlands menyajikan nasi kukus sedap pada harga yang berpatutan.


Nasi Kukus My Prima menyediakan aneka jenis masakan kampung yang terdiri daripaka aneka gulai, ikan goreng, ayam goreng berempah, dan ulam ulaman.
Memang sesuai dijadikan sebagai santapan tengah hari bersama keluarga dan rakan.
Waktu operasi: 8 am – 10 pm
Alamat: B6-1-6(S), Jalan PMCJ 4, Perumahan Makmur Cameron Jaya, Cameron Highlands.
Itu sahaja tempat menarik di Cameron Highland waktu malam. Tidak banyak premis dibuka kecuali restoran dan shopping mall. Selamat bercuti.
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
Tempat Makan Best dan Murah di KL
Harga Tiket Cable Car Genting – RM9.90 [order di sini]
San Francisco Is always a good idea for a getaway