Di samping menikmati cuaca dingin dan makan buah strawberry segar, perut juga haruslah diisi dengan makanan sedap. Ramai yang menganggap makanan di tanah tinggi ini agak mahal berbanding di tempat lain. Anda silap kerana banyak tempat makan menarik di Cameron Highland yang sedap dan murah.
Kami akan senaraikan restoran sedap dan berbaloi untuk anda terjah kelak. Kesemua restoran di bawah adalah hasil rekomendasi warga net yang telah pun mencubanya.
Artikel berkaitan:
- Tempat Menarik di Cameron Highland Waktu Malam
- Aktiviti di Cameron Highland
- 10 Hotel di Tanah Rata [Murah & Selesa]
- 10 Tempat Menarik di Brinchang
#1 Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill
Kami pasti anda semua sukakan hidangan steamboat & grill bukan? Aneka lauk, perapan daging, dan sayuran yang dimasak di meja cukup menyeronokkan. Anda wajib datang ke Restoran Taman Apple Cameron Steamboat & Grill kerana mereka menyediakan variasi steamboat yang enak.
Rambang mata dibuatnya tatkala melihat pelbagai jenis perapan daging, makanan laut dan steamboat di sini. Mala, pencuci mulutnya juga tidak mengecewakan. Dengan konsep “eat-all-you-can”, anda boleh makan sepuas hati pada satu harga.
Selain steamboat, Taman Apple Cameron turut menyediakan menu ala carte seperti Nasi Lemak Strawberry dan Nasi Kambing Bakar pada sebelah petang sahaja. Ini adalah hidangan wajib cuba tau!
Waktu operasi: 8 am -12 am
Alamat: 891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
#2 Restoran Bunga Suria
Restoran Bunga Suria merupakan kedai makan Tanah Rata yang menjadi pilihan penduduk tempatan bagi hidangan nasi kandar. Sedap, dan menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang menyelerakan.
Anda pasti tidak akan kecewa dengan gulai, kari, ayam goreng berempah, serta sotong masak merah di sini. Di makan pula bersama nasi panas dan papadom rangup.

Menambahkan lagi keenakan nasi kandarnya, ia dihidangkan di atas daun pisang untuk meningkatkan lagi aroma.
Nikmati juga roti canai dan tosai di sini.
Waktu operasi: 7 am – 11 pm
Alamat: 66A, Jalan Camellia 3, Cameron Highland, 39000 Tanah Rata, Pahang
#3 Restoran AlRaudah Arabian Food
Dari nasi kandar, kita beralih pula kepada nasi arab. Penggemar masakan Timur Tengah, anda boleh ke restoran Nasi Arab Al Raudah yang terletak di Tanah Rata.
Dengan harga munasabah, restoran ini menyajikan masakan asli dan menggunakan rempah ratus yang diimport dari Timur Tengah.

Anda boleh cuba nasi dengan kambing kbsah, ayam tandoori, daging, bahkan nasi arab bersama ikan talapia goreng.
Lebih meriah sekiranya menikmati hidangan set iaitu di dalam dulang yang boleh dimakan sehingga 4 orang.
Chicken Chop nya cuma berharga RM12.80 dengan portion yang agak besar.
Waktu operasi: 12 pm – 9 pm | tutup pada Selasa
Alamat: 12, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
#4 Pizzarella
Menikmati pizza dalam cuaca dingin cukup menyeronokkan. Terdapat sebuah restoran yang menyediakan hidangan dari Itali sedap di Cammeron Highlands iaitu Pizzarella.
Anke jenis pizza disediakan seperti dengan peperoni, Hawaiian, Margheritta, Korea Kimchi, dan banyak lagi.
Hah, dangan sangka Pizzarella hanya menawarkan pizza sahaja, restoran ini turut menyajikan aneka masakan western dan salad.
Pilihan pastries dan pencuci mulut juga bakal membuatkan anda rambang mata. Harga makanan di restoran ini agak mahal, tetapi cukup berbaloi.
Waktu operasi: 12 pm – 9.30 pm
Alamat: Cameron Fair, C-G-17, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
#5 BOH Tea Centre
Bercuti ke Cameron Highlands memang tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke ladang teh terkemuka, BOH Tea Centre. Disamping bergambar kenangan di ladang teh yang terbentang luas, mempelajari serba sedikit tentang pemprosesan teh, pengunjung juga boleh menjamu selera.
Tea Gardens adalah sebuah restoran yang menawarkan pelbagai hidangan berasaskan teh dan strawberry.
Hanya pastries, minuman, kek, nasi lemak strawberry, dan pencuci mulut disediakan. Cukup untuk anda isi perut sambil dijamu dengan pemandangan yang menghijau.
Anda juga berpeluang shopping teh Boh dan cenderamata buat yang tersayang.
Waktu operasi: 9 am – 4.30 pm | tutup pada Isnin
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
#6 Nik Ikan Bakar 2
Hidangan ikan bakar bersama lauk ala Thai memang sedap bukan? Kalau anda teringin untuk menikmatinya, bolehlah ke Nik Ikan Bakar 2. Menu yang ditawarkan lebih kurang sama seperti restoran seumpamanya yang lain.
Namun, rasanya memang sedap dan puas hati. Lebih-lebih lagi ikan bakar dan kuah tomyam. Anda juga boleh cuba ikan kerapu masak tiga rasa bersama kailan ikan masin.

Kesmua makanan laut adalah segar-segar belaka. Ini membuatkan hidangan bertambah enak.
Lagipun, suasana restoran ini cukup tenang dan tidak bising seperti restoran ikan bakar di kota raya. Tidak hairanlah ramai yang mengangkatnya sebagai tempat makan sedap di Brinchang Cameron Highland.
Waktu operasi: 3 pm – 3 am
Alamat: 16, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
#7 Restoran Bunda
Rugi kalau tak menimati hidangan ayam penyet istimewa di Restoran Bunda Cameron Highlands. Kerangupan ayam goreng yang dimakan bersama nasi panas, tempe, sambal istimewa, dan sup kosong ini memang menyelerakan.
Kesemua menu yang ditawarkan adalah dari Indonesia. Pelanggan boleh menikmati aneka jenis lauk dari negara jiran termasuklah bakso. Memang sedap dan kena dengan selera orang Malaysia.
Nasi putih bersama ulam-ulaman juga disediakan pada waktu tengah hari.
Waktu operasi: 7.45 am – 11 pm
Alamat: No 5, Marigold Square, 39000 Tanah Rata, Pahang
#8 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
Restoran 200 Seeds Cafe (Abang Strawberry) pernah menjadi viral dek kerana menawarkan nasi lemak strawberry dan menu-menunya yang kreatif. Bunyinya agak aneh tetapi sedap dan ramai yang menggemarinya.
Nasi Lemak Sambal Strawberry adalah nasi lemak biasa yang anda makan cuma ditambah dengan satu lagi sambal iaitu yang berasaskan buah strawberry. Memang menyelerakan dan menjadi menu wajib cuba di sini.
Ia menjadikan pengalaman bercuti di Cameron Highland.
Selain itu, anda juga boleh cuba menu lain seperti masakan panas, soto, mee rebus, dan hidangan western.
Ambil peluang untuk petik buah strawberry di ladang. Harganyanya cukup berpatutan iaitu RM7 untuk 100 gram. Murahkan?
Waktu operasi: 8 am – 8 pm
Alamat: No. 24, Kampung Taman Sedia, 31900, Pahang
#9 Anjer’s Corner
Tempat makan menarik di Cameron Highlands yang seterusnya adalah Anjer’s Corner iaitu restoran shellout Cameron Highland yang cukup popular.
Hidangan seafood lambak ini memang sedap. Lebih lebih lagi kalau dapat makan bersama rakan atau keluarga.
Pelanggan bebas untuk memilih set seafood lambak yang hadir dengan aneka makanan laut yang dimasak dengan rempah khas.

Serious, memang sedap dan segar.
Cuba juga tortilla wrap,burger crispy, masakan wester, nasi ganja, dan apam balik. Memang puas hatilah sekiranya dapat menjamu selera di sini.
Semua makanan dijual pada harga berpatutan.
Waktu operasi: 3 pm – 12 am
Alamat: Jalan Besar Tanah Rata Brinchang,Simpang Sungai Ruil, 39000 Tanah Rata, Pahang
#10 Cafe Lorong
Cafe ini agak kecil tetapi menyediakan pelbagai jenis hidangan tempatan dan western. Terletak di Brinchang, ia seperti kafe hipster tetapi menawarkan harga yang amat berpatutan.



Di sini anda boleh cuba aneka nasi goreng, roti bakar, spaghetti, chicken chop, sandwich, nachos, dan bakso.
Manakala untuk kategori minuman pula pelbagai milkshake, ice blended, dan kopi berkualiti tinggi seperti espresso.
#11 Pak Tam Kek Viral Cameron Highlands

Pernah viral di media sosial kerana keenakan dan kelembutan keknya. Menjual pelbagai jenis kek atau pencuci mulut pada yang berkualiti pada harga berpatutan.
Ramai yang datang dari jauh semata-mata untuk menikmati kek Pak Tam ini.

Kek yang disediakan adalah seperti coffee caramel, japanese coffee, blueberry cheese, rainbow pandan cheese, red velvet, dan banyak lagi.
Ia menjadi kedai kek sedap di Cameron Highland, ada yang sanggup beratur panjang hanya untuk mendapatkan sepotong kek.
Kalau anda ke sini, rugi kalau tak singgak ke kedai Pak Tam.
Waktu operasi: 9.30 am – 11.30 pm
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
Boleh tahan juga tempat makan menarik di Cameron Highland ni kan? Atau anda ada cadangan lain? Boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
Tempat Makan Best dan Murah di KL
Harga Tiket Cable Car Genting – RM9.90 [order di sini]
San Francisco Is always a good idea for a getaway