10 Hotel di Tanah Rata [Murah & Selesa]

Fuhh! Siapa tidak suka sekiranya berpeluang bercuti di Cameron Highland bukan? Menikmati cuaca dingin, pemandangan memukau, banyak tempat menarik, dan dapat makan buah strawberry segar dari ladang. Faktor-faktor inilah yang membuatkan Cameron menjadi destinasi percutian keluarga. Namun, nak menginap di mana? Kami senaraikan hotel di Tanah Rata Cameron Higlands yang murah, selesa, dan berbaloi untuk anda inap!

#1 Avillion Cameron Highlands

Dari jauh lagi anda sudah dapat lihat kemegahan hotel ini. Biarpun besar dan bertaraf 4 bintang, harganya masih lagi mampu inap.

Terletak di tengah-tengah Tanah Rata dan tidak jauh dari beberapa lokasi tarikan pelancong dan tempat makan.

Bilik-bilik di Hotel Avillion memang terbaik. Minimal dengan tema hitam putih. Pilihan perabotnya juga amat tepat. Keselesaan dijamin serta amat bersih. Breakfast juga disediakan.

Anda boleh lihat keindahan Cameron dari bilik, cukup mempersonakan terutaman pada waktu pagi yang berkabus.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Taman Rama-Rama – 5.5 km
  • Ladang Strawberry Kok Lim – 3.8 km
  • Muzium Time Tunnel – 3.8km
  • Ladang Teh Boh – 6.3km

Harga bilik: dari RM176 semalam

Alamat: C-3, Jalan Camelia, 39000 Cameron Highlands, Malaysia

#2 Century Pines Resort

Bertaraf 3 bintang, menjadi pilihan pelancong tempatan kerana harganya yang berpatutan. Bilik-biliknya ber design lama tapi masih bersih dan selesa untuk anda dan keluarga.

Tandasnya juga cukup bersih dan lengkap dengan kemudahan asas seperti Wifi, parking percuma, pantry, dan restoran.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Ladang Madu Lebah Ee Feng Gu – 5.3 km
  • Ladang Teh Boh – 5 km
  • Kaktus Valley – 3.1 km

Harga bilik: dari Rm115 semalam

Alamat: Persiaran Dayang Endah, 39000 Tanah Rata, Malaysia.

#3 Zitter Suites

Bagi mereka yang pernah menginap di Zitter Suites, anda pasti tahu akan kehebatan hotel ini. Keindahan hiasan dalamannya memang tiada tandingan. Berkonsepkan Inggeris, membuatkan tetamu tenang dan merasai aura kemewahan biarpun pada harga rendah.

Ya, jangan tertipu dengan keindahan dekorasinya. Nampak mahal tapi harganya masih di bawah RM200.

Terdapat 3 jenis bilik iaitu Deluxe Two Bedroom, Deluxe Queen Studio, dan Three Bedroom Apartment.

Serba lengkap dnegan kemudahan seperti tv, wifi, pantry, daln lain-lain. Sekiranya memilih bilik jenis apartment, anda disediakan sebuah dapur yang berfungsi bak rumah sendiri.

Harga bilik: dari RM144 semalam

Alamat: Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Malaysia

Artikel berkaitan:

#4 Hillside Cottage

Untuk pelancong yang mahukan suasana kampung yang tenang dan dikelilingin pepohon hijau, kami cadangkan Hillside Cottage. Rekaannya yang menggunakan kayu, sentuhan senibina kampung dan moden ini melahirkan suasana unik.

Memiliki beberapa buah rumah kecil yang comel ini membangkitkan rasa romantis dan dan mendamaikan. Dekorasi dalamannya mengenakan sentuhan moden biarpun berkonsepkan kampung.

Hillside Cottage menawarkan pelbagai jenis kemudahan untuk keselesaan anda seperti:

  • Peralatan BBQ
  • Wifi
  • Penghawa dingin
  • Pembancuh kopi

Setiap ceruk kawasan ini sesuai untuk anda merakam gambar kenangan. Sesuai untuk bercuti bersama keluarga, family day, dan honeymoon.

Harga: dari RM180 semalam

Alamat: Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

#5 Heritage Hotel

Merupakan hotel di Cameron Highlands yang sudah tidak asing lagi di kalangan pelancong. Senibina bangunan ini yang berkonsepkan Inggeris mudah memikat hati sesiapa sahaja untuk menginap di sini.

Lokasinya cukup strategik iaitu di tengah-tengah Tanah Rata dan dekat dengan tarikan menarik.

Heritage Hotel memang sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga. Biliknya luas, selesa, dan bersih. Fasiliti yang disediakan juga tidak mengecewakan.

Untuk pengalaman yang mengasyikkan, anda boleh berjalan-jalan di tamannya yang indah. Hirup udara segar dan dingin, serta ambil gambar kenangan.

Kemudahan:

  • Gimnasium
  • Taman permainan
  • Parking
  • Wifi
  • Library
  • Game room

Selain itu, terdapat beberapa buah restoran yang boleh anda pilih untuk menjamu selera. Iaitu Jasmine Garden Restaurant, The Rainforest Restaurant, The Vintage Bar, dan The Vintage Lounge.

Harga bilik: dari RM188

Alamat: Jalan Gereja, 39000 Cameron Highlands

#6 Rose Crest Hill Hotel

Untuk yang mencari hotel bajet di Tanah Rata pula, Rose Crest Hill Hotel pastinya bakal memenuhi citarasa anda. Biarpun pada harga bawah RM100 semalam, hotel ini cukup selesa diinap.

Juga terletak di tengah pekan Tanah Rata, ia lengkap dengan wifi, pembancuh kopi, tv dengan siara satelit, dan lain-lain.

Mendapat rating 8.8/10 di laman Booking.com, ia sudah cukup menggambarkan keselesaan mereka yang pernah menginap di sini.

Harga bilik: RM70

Alamat: No 39 Jalan Besar, Tanah Rata, 39000, Pahang

#7 ATS Cameron Hotel

ATS Cameron Hotel juga merupakan hotel best di Tanah Rata Cameron Highland. Berada di sekitar kedai makan, dan kedai runcit membuatkan ramai yang ingin menginap di sini.

Dilengkap dengan kati empuk, view menari dari tingkap, tv satelit, penghawa dingin, wifi, dan bilik mandi selesa.

Terdapat 4 jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut bajet dan kapasiti keluarga anda.

Bahkan, anak-anak pasti teruja melihat taman permainan luas yang disediakan pihak hotel.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Muzium Time Tunnel – 3.8 km
  • Ladang Strawberi Kok Lim – 3.8 km
  • Ladang Teh Boh – 6.1 km

Harga bilik: dari RM179

Alamat: C-1-35, Cameron Fair, Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata.

#8 Smurf Inn Homestay

Smurf Inn Homestay pula sesuai untuk mereka yang datang dengan keluarga besar. Harga bajet dan keselesaan pula dijamin. Landskap dan rekaan ceria ini cukup menarik perhatian pelancong.

Pelbagai jenis bilik ditawarkan termasuklah jenis apartment yang boleh menampung sehingga 10 orang.

Kelengkapan seperti katil empuk, wifi, peti ais, pantry, tv, dan lain-lain berada di tahap memuaskan.

View dari balcony cukup mempersonakan. Bukit bukau Cameron dan suhu sejuk membuatkan anda tidak puas berada di situ. Pemandangan ferris wheel juga mengujakan anak-anak kecil.

Nikmati juga sarapan percuma di restoran yang disediakan.

Harga: dari RM130 semalam

Alamat: Smurf Inn home stay No : 8, Jalan Sultan Abu Bakar, 39000 Brinchang, Pahang

#9 OYO 1153 Heaven Hill Hotel 1

Bagi yang memilih untuk menginap di Oyo hotel di Tanah Rata, kami cadangkan OYO 1153 Heaven Hill Hotel 1. Banyak hotel di bawah kendalian Oyo di Cameron, tetapi yang ini lebih cantik, dan selesa.

Menyediakan 4 jenis bilik tidur termasuklah yang hadir bersama 1 katil queen dan 1 katil single.

Kelengkapan bilik tersedia dengan tv LED, wifi, air pancuran, pantry, dan katil empuk. Warna tema sudah tentulah merah putih yang membangkitkan ketenangan.

Harga: dari RM68 semalam

Alamat: 56C, Persiaran Camelia 4, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang

#10 Casa De La Rosa

Nikmati suhu dingin dan panorama mengasyikan dari balkony bilik hotel Casadela Rosa. Menyediakan bilik-bilik berkonsepkan Inggeris, ini sudah pasti membuatkan anda berasa seolah bercuti di luar negara.

Pemilihan perabot bertepatan dengan tema. Fasiliti yang disediakan juga lengkap seperti wifi, tv LED berserta siaran satelit, bathtub, pantry, dan lain-lain.

Anda dan keluarga pasti akan berasa puas selepas seharian berjalan di sekitar Cameron Highlands.

Nikmati juga sarapan pagi percuma dengan pelbagai juadah tempatan dan Western.

Harga: dari RM130 semalam

Alamat: 48, Jalan Circular, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata

Hotel di Brinchang

  • Kea Garden Guest House
  • Iris House Hotel
  • Hotel Double Star Brinchang
  • Copthorne Hotel Cameron Highlands

Memang banyak hotel di Tanah Rata, pilih yang sesuai dengan bajet, dekat dengan tempat menarik, serta kapasiti keluarga anda. Semoga artikel ini dapat menjadi rujukan kelak. Selamat berhujung minggu.

Leave a Comment!