Cameron Highlands

Hotel Yang ada Hot Tub di Cameron Highlands

Bila cuaca sejuk sejuk ni, syahdu juga rasanya kalau berendam sekejap dalam hot tub. Malangnya, di Cameron macam tak berapa banyak sangat hotel yang sediakan hot tub. Tak pasti kenapa.

Kalau hotel kurang sediakan facility macam swimming pool boleh faham lagi, mungkin disebabkan cuaca yang sejuk. Tapi kalau hot tub itu mungkin sesuatu yang patut diambil berat. Untuk kumpul hotel yang ada bath tub di Cameron Highlands macam sukar juga sikit, banding dengan di Langkawi yang lebih banyak pilihan.

Apa apapun, kami jumpa 7 penginapan yang ada sediakan hot tub. Tapi kami terpaksa buang 1 unit disebabkan ada beberapa perkara yang tidak jelas akan pakej penginapan yang ditawarkan. Jadi, lebih baik kami buang terus dari senarai yang kami cadangkan.

Untuk 6 unit yang kami cadangkan, kebanyakannya homestay. Homestay jenis penginapan apatment. Hotel atau resort tiada sediakan hot tub.

*tinggal 5 unit sahaja, 1 unit lagi kami terpaksa keluarkan daripada senarai ini sebab homestay tersebut sudah tidak beroperasi lagi selepas kami contact sendiri pemiliknya, sebab ada masalah informasi yang disediakan. Rupanya dah tutup, mujur kami call.

5Min walk to Kea Farm market @Cameron Highlands

Nak merasa view cantik dan mendamaikan dari balcony penginapan anda? Hanya 5 minit berjalan kaki sahaja ke Kea Farm. Apartment ini ada 3 bilik, 1 ruang tamu dengan tv flat screen.

Ada juga mesin basuh disediakan.

*hot tub

Promo Luxury Spacious Cozy Apartment Hotel

Terletak hanya 6 km sahaja daripada Boh Tea Plantation, ada 3 bilik tidur, balcony, tv flat screen. Apartment ini problem sikit sebab owner macam tak ada nama homestay. Tajuknya ditulis pulak untuk promosi.

Tapi kedudukannya terletak berhadapan dengan Copthorne Hotel, di depan sana ada deretan apartment, dan salah satunya adalah unit homestay ini.

*Hot Tub

Homestay Dear Dino European Villa

Cantik ni, villa ini berkonsepkan ala ala europe sikit. Boleh buat bbq dan ada kemudahan hot tub juga.

Pengunjung yang datang hanya boleh sewakan bilik sahaja. Ada 4 bilik total, 3 daripadanya ada view gunung ganang yang cantik. Semua bilik ada private bathroom.

L STAY APARTMENT

Yang ini sesuai untu family atau kumpulan yang ramai. Sebab setiap penginapan boleh muatkan ramai ramai orang. Ada yang boleh muatkan sampai 10 orang sekali gus.

Boleh cuba, penginapan jenis apartment.

Apartment RG PRIMA VILLA APARTMENTS

Rasanya inilah satu satu penginapan yang sediakan satelit tv. Ada hot tub, ada 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!