Cameron Highlands

Aktiviti di Cameron Highland [SYOKNYA!]

Seronoknya kalau dapat bercuti di Cameron Highland. Suhu dingin, pemandangan menarik, dan buah strawberry murah, malah banyak aktiviti di Cameron Highland yang boleh anda lakukan bersama keluarga dan rakan.

Menjadi salah satu tempat percutian paling popular Malaysia, Cameron Highland menawarkan pelbagai lokasi dan aktiviti menarik buat pelancong. Dek kerana suhunya yang rendah iaitu sekitar 17 hingga 23 celcius, pengalaman bercuti di Cameron Highland pastinya akan merakan memori indah bersama yang tersayang.

Artikel berkaitan:

Jom lihat antara aktiviti menarik di Cameron!

Petik dan beli buah strawberry murah

Memetik buah strawberry sudah menjadi aktiviti wajib sekiranya bercuti di Cameron. Buah yang hanya boleh ditanam di kawasan tanah tinggi dan sejuk ini memang sedap dan murah.

Jauh lebih murah berbanding di pasaraya.

Oleh itu banyak ladang strawberi yang membenarkan pengunjung memetik sendiri buah strawberi.

Terdapat beberapa ladang strawberi di Cameron, tetapi yang paling berbaloi untuk anda kunjungi adalah KHM Strawberry Farm.

Apa yang best tentang KHM Strawberry Farm adalah anda boleh petik sendiri buah strawberri dan menikmati minum petang dan pastries sedap dikafe yang disediakan.

Cubalah cheese cake, scones, pavlova dan waffles bersama jem strawberi. Harganya juga amat berpatutan berbanding tempat lain.

Waktu operasi: 9 am –  5 pm

Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata

Lawat taman dan kebun bunga

Selain teh dan strawberi, keindahan pokok bunga di sini juga tidak dapat dinafikan. Di sini anda boleh temui pelbagai jenis spesis pokok bunga, pokok berdaun, serta kaktus comel.

Green View Garden

Semuanya segar dan diletakkan di dalam taman berlandskap indah buat tatapan pengunjung. Anda juga bole beli pokok bunga, benih, dan baja untuk dibawa pulang.

Antara taman bunga yang ada di sini adalah:

  • Lavender Garden
  • Green View Garden
  • Fragrance Nursery
  • Rose Valley
  • Tan’s Camellia Garden

Singgahlah ke Lavender Garden untuk lihat pokok lavender dengan lebih dekat. Bukan itu sahaja, mereka turut menjual aiskrim yang berwarna ungu unik dan dessert sedap!

Lawat ladang teh

Bharat Tea Plantation

Seperti strawberi, ladang teh juga cukup sinonim dengan Cameron Highland. Untuk pelancong yang melalui Tanah Rata, pastinya anda tidak terlepas akan keindahan ladang teh Bharat Tea yang berbukit dan beralun.

Cukup terkenal dikalangan pelancong, Bharat Tea memberi peluang kepada orang ramai untuk masuk ke ladang dan mengambil gambar kenangan.

Tiket RM3 dikenakan sekiranya anda ingin masuk ke dalam ladang. Berbaloi untuk lihat sendiri daun teh dan mengambil gambar kenangan.

Selain itu, anda boleh menjamu selera di kafe terbuka yang menghadap ladang. Scone, teh, waffle dan pastries berasaskan strawberi di sini memang sedap! Pengalaman bercuti di Cameron Highland pastinya akan jadi lebih bermakna.

Harga tiket: Dewasa RM3 | Bawah 12 tahun PERCUMA

Alamat: Tanah Rata, Pahang.

Ladang Teh Boh

Jenama teh Boh memang menjadi kegemaran ramai. Ambil peluang untuk ke Sungei Palas BOH Tea Centre di Cameron dan lihat sendiri daun teh segar, cara pemprosesan, dan nikmati teh panas dan pastries di kafe.

Anda boleh saksikan ladang teh yang terbentang luas, bergambar, dan melawat kilang. Tempat menarik di Cameron Highland ini dibuka secara percuma.

Malah, kafenya lebih besar dan mampu memuatkan ramai pelanggan dalam satu masa. Scone nya juga tidak kurang hebatnya!

Waktu operasi: 8.30 am – 4.30 pm

Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang

Shopping di Kea Farm

Kea Farm memang tidak asing lagi buat penduduk tempatan dan pelancong. Di sinilah tempat untuk mendapatkan strawberi, anggur, sayuran segar pada harga rendah.

Kesemuanya merupakan hasil tanaman di sini ya? Selain itu, ambil peluang untuk beli jem, dan cenderamata untuk dibawa pulang.

Terokai Mossy Forrest

Terletak di Brinchang, Mossy Forrest merupakan hutan simpan yang memiliki flora dan fauna yang lain dari yang lain. Ini kerana kebanyakkan pokok di sini hanya tumbuh di kawasan bersuhu sejuk dan basah sepanjang tahun.

Ramai yang menggelarkan Mossy Forrest sebagai Cloud Forest dan Elfin Forest kerana persekitarannya yang berkabus.

Anda tidak perlu skill mendaki, kerana anda akan dipandu oleh pegawai khas dan laluan pejalan kaki disediakan untuk pengunjung. Jadi ia sesuai untuk semua golongan.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak PERCUMA

Lawat Muzium Time Tunnel

Melawat Muzium Time Tunnel adalah salah satu aktiviti di Cameron Highland yang tidak harus anda lepaskan.

Ia adalah sebuah mini muzium yang mengumpul sejarah, artifak, serta foto-foto dari zaman penjajahan British di Cameron Highland hingga sekarang. Ia dibuka oleh seorang penduduk tempatan yang ingin berkongsi minat dan sejarah dengan orang ramai.

Pelbagai informasi dan artifak menari yang boleh anda lihat di sini seperti baju kaum peranakan, dapur antik, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Harga tiket: Dewasa RM6 | Kanak kanak RM4

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Alamat: UT/MR/F-255, Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39100

Lawat Taman Rama-Rama Kea Farm

Rugi sekiranya tak singgah ke Cameron Highland Butterfly Garden. Tempat yang ideal untuk anda sekeluarga bersantai sambil lihat kecantikan rama rama yang berterbangan.  Rama-rama di sini terbang bebas membolehkan anda menyentuh haiwan jinak ini. Ia ditempatkan di dalam taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang menjadi habitatnya.

Pelbagai spesis dan warna boleh anda temui. Anak-anak pasti suka.  Selain rama-rama, haiwan lain seperti ular, serangga, katak, dan burung juga dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Alamat: MDCH 3, Batu 43, Green Cow, 39100 Kea Farm, Pahang

Aktiviti di Cameron Highland ini semuanya santai, sesuai untuk anda seisi keluarga menghabiskan cuti hujung minggu bersama. Pemandangan dan suhunya sahaja sudah mampu menjadikan percutian yang cukup bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!