Janda Baik

Tempat Menarik di Janda Baik

Siapa tidak kenal dengan tempat peranginan Janda Baik yang terletak di negeri Pahang ini. Janda Baik merupakan perkampungan yang mendamaikan kerana terletak di kaki bukit. Ekoran itu banyaklah tempat menarik di Janda Baik ini termasuklah beberapa pilihan penginapan best.

Suhunya tidak dingin seperti Tanah Tinggi Genting. Tetapi suasana kampung dengan bunyi desiran anak sungai serta angin yang bertiup mengusik rimbunan pohon itulah yang menjadi nilai tambah Janda Baik.

Bagi yang tinggal di kota raya, mereka lebih memilih untuk bercuti di lokasi yang tenang dan mendamaikan. Ini adalah satu cara untuk mereka lupakan seketika beban kerja di pejabat dan meluangkan masa dengan yang tersayang.

Klook.com

Kebanyakan tempat menarik di Janda Baik ini bergantung kepada penginapan dan chalet. Ini kerana setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada yang mempunyai kolam renang, ada yang dekat dengan sungai, malah resort mewah turut tersedia untuk anda.

Tanpa membuang masa jom kita lihat senarai tarikan yang ada di Janda Baik Malaysia ini.

#1 Happy Paradise – harga dari RM150

Adakah anda sudah lama teringin untuk menunggang kuda? Anda boleh mempelajari di Resort Happy Paradise. Di sini, anda akan diajar dan dilatih oleh staff bertauliah berserta dengan skill dan keselamatan yang betul.

Penginapan di sini juga tidak kurang hebatnya. Mereka menyediakan kolam renang outdoor berserta ‘blow-up’ gelongsor disebelahnya. Disamping itu banyak aktiviti lain seperti trampolin, taman permainan, bahkan jika anda memilih untuk berkhemah, khemah turut disediakan untuk anda.

Selain itu, Resort Happy Paradise turut mempunyai kebun buah-buahan dan anda boleh memetik dan makan buah-buahan ini secara percuma.

Alamat: Lot 5596, Kg Cherenging Pahang, 28750 Kampung Janda Baik, Malaysia (Google Maps Location)

#2 Suria Hill Country House – harga dari RM160

Suria Hill Country House ni nampak dan bunyinya seperti penginapan eksklusif. Tapi harganya masih mampu inap iaitu bermula dari RM160 sahaja. Ia merupakan kawasan persendirian yang mempunyai kebun buah buahan di dalamnya. Bertuah kalau dapat bercuti di sini sewaktu musim durian dan manggis!

Salah satu sebab mengapa Suria Hils Country ini menjadi pilihan ramai adalah kerana ia dekat dengan anak sungai. Inilah masanya untuk anda mengadakan barbeku, berkelah dan mandi sungai. Sesuai untuk anak-anak kerana airnya cetek sahaja. Penginapan ini dilengkapi perabot moden, TV satelit skrin rata. Pengunjung berpeluang mengadakan barbeque dalam suasana mendamaikan dan segala kemudahannya disediakan oleh pihak resort.

Terdapat sungai dan air terjun Janda Baik berdekatan resort ini. Bolehlah meluangkan masa bersama keluarga di sana.

Alamat: 8567, Kampung Janda Baik, Bentong, 28700 Bentong, Pahang  (Google Maps Location)

#3 Sailor’s Rest Janda Baik

Sailor’s Rest terletak 600 meter di atas paras laut di sepanjang Banjaran Gunung Titiwangsa. Menariknya, pengunjung boleh memilih jenis penginapan mengikut selera dan bajet. Apa yang ditawarkan di sini adalah:

  • Chalet biasa
  • Banglo (dua bilik tidur)
  • House Boat

Jika anda mahukan pengalaman luar biasa, maka pilihlah House Boat. Melalui penginapan ini anda akan bermalam di dalam boat yang berlabuh di tepi tasik buatan.

Bilik-bilik yang disediakan mempunyai rekaan menarik dan bersih. Bahkan landskap Sailor’s Rest ini cukup mempersonakan.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah seperti jungle trekking, memancing, mandi sungai, dan berbasikal. Terdapat kedai-kedai makan dalam jarak 5 km pemanduan.

Anda boleh hubungi 012-360 9227 untuk mengetahui harga.

Alamat: Lorong Dato’ Panglima, Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang, (Google Maps Location)

#4 Le Manah Retreat

Tempat terbaik jika anda mempunyai ahli keluarga yang ramai. Le Manah Retreat menawarkan pelbagai jenis bilik mengikut kapasiti seperti:

  • Tudor Bungalow
  • Tudor Pond (chalet tepi tasik)
  • Tudor Dorm Lily
  • Tudor Dorm Daisy

Ia sering menjadi pilihan mereka yang ingin mengadakan masjli keraian, hari keluarga, majlis perkahwinan, serta kursus/seminar.

Kemudahannya juga serba lengkap seperti tasik untuk memancing, gelanggang badminton/tenis, taman, dan anak sungai.

Hubungi 019-321 8877 untuk tempahan.

Alamat: Lorong Belia 1, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#5 Latto Charok Chalet

Mereka yang gemar akan aktiviti outdoor sudah pasti akan teruja sekirnya dapat bercuti di Latto Charok Chalet.

Di sini pengunjung boleh melakukan aktiviti jungle tracking, memancing, berkayak di dalam tasik, berkhemah, kembara malam. Ia merupakan salah satu chalet Janda Baik yang menawarkan harga murah.

Chalet ini yang paling dekat dengan Air Terjun Tampit. Tidak lengkap rasanya jika tidak bermandi manda di sini.

Latto Charok menjanjikan kelainan suasana percutian dengan berlatarbelakang hutan hujan semulajadi yang menghijau disamping dendangan unggas rimba yang mengasyikkan.

Hubungi: 019-347 0772

#6 Hawa Resort Janda Baik

Hawa Resort, salah satu chalet popular di Janda Baik. Mempunyai persekitaran yang tenang dan damai, dan yang paling best ia terletak di tepi sungai. Anda tidak perlu berjalan jauh untuk menikmati kemudahan ini.

Resort ini menawarkan percutian yang penuh dengan aktiviti bersama keluarga kerana lengkap dengan gelanggan badminton, bola tampar, BBQ, dan rentas halangan.

Dengan kemudahan dewan terbuka dan asrama, resort ini sentiasa menjadi pilihan buat sekolah dan agensi untuk mengadakan kursus dan seminar.

Kemudahan: Wifi, dewan, dorm, gelanggan badminton, bola jaring, alatan BBQ, indoor games, merentas desa, kantin,

Alamat: Kampung Orang Asli Hulu Chemperuh, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

#7 Fifty4Ferns

Bagi anda yang inginkan percutian mewah di Janda Baik, Fifty4Fern adalah pilihan terbaik. Ia memiliki kolam renang yang luas, landskap bertaraf dunia, serta kemudahan kemudahan lain yang hebat.

Kemudahan yang kami makduk jakuzi outdoor, kolam ikan, kafe, pondok rehat, trek jogging, petting zoo, dan gelanggang serbaguna.

Fifty4Ferns menyediakan 12 buah chalet mewah dengan interior berkonsepkan Melayu tradisional dengan sentuhan moden.

Yang paling menyeronokkan anda boleh bersantai di tepi kolam sambil ditemani bunyi unggas dan menghirup udara nyaman.

Hubungi: 019-345 4284

#8 Riverside Janda Baik

Riverside Janda Baik terletak bersebelahan Pulau Santap. Menyediakan tempat yang bagus untuk berkelah, terutamanya mereka yang ingin berkhemah. Ini merupakan kawasan persendirian.

Ia menyediakan chalet jenis semi-D, chalet berkonsepkan kampung, dan asrama. Selain itu, Riverside turut menawarkan perkhidmatan homestay Janda Baik sekiranya anda datang dengan keluarga besar.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah:

  • BBQ
  • Berkhemah
  • Memancing
  • Mandi sungai
  • Jungle trekking

Alamat: Lot 5506, 28750, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang (Google Maps Location)

Bukan main banyak lagi tempat menarik di Janda Baik ini. Sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan kota. Lagipun, ia Cuma mengambil masa sekitar 1 jam sahaja dari Kuala Lumpur. Jadi, datanglah ke Janda Baik pada hujung minggu ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *