Janda Baik

12 Janda Baik Chalet Tepi Sungai [tersusun, lebih mudah nak tengok]

12 Senarai Penginapan di Janda Baik!

Artikel ini sudah siap sepenuhnya, cuma pihak admin akan cuba tambah beberapa penginapan lain untuk rujukan anda.

Bila kita bercuti tempat tempat yang agak remote area ni, mesti kita akan bimbangkan pasal makanan, boleh ke tidak masak sendiri, perlu ke tidak kita bawa kelengkapan dapur, pinggan periuk nasi semua.

Bagaimana pula dengan security, selamat ke tidak. Dan paling penting bila dah sampai, apa pula aktiviti yang boleh dibuat. Jangan nanti dah sampai masing masing nga nga menghadap congkak saja.

Mana yang dekat, atau datang berdua, bolehlah. Tiada masalah sangat, kalau pemilihan penginapan percutian kita tak kena. Boleh sahaja balik pilih ke resort lain.

Tapi, untuk kita yang bergerak secara berkumpulan, pasti ia satu situasi yang panas juga kalau tersalah pilih tempat. Percutian di Janda Baik bagi kami tak macam bila kita bercuti di Hotel. Hotel memang tak ada hal, kita sekadar nak menginap ja.

Tapi kalau jenis percutian aktiviti ni, kita pun nak tahu juga, betulkah sungai depan chalet? betulkan kena masak sendiri? Kalau saya dengan family jenis suka berbasikal macam mana pula?

Sebab kami akan kongsikan setiap kemudahan yang ditawarkan pada pengunjung bagi setiap chalet atau resort yang kami pilih untuk masukkan ke dalam senarai tempat menarik di Janda Baik ni.

Keseluruhannya, kami dapat 107 penginapan, sama ada resort/chalet atau homestay yang anda boleh pilih. Tapi mungkin kami tak masukkan semua atas sebab ada pihak host yang tak berapa responsive bila kami hubungi untuk detail percutian bersama mereka.

Terima Kasih Lengkapkan Survey

Dalam beberapa bulan lepas, kami ada keluarkan satu survey khas untuk anda yang ke Janda Baik. Dan Alhamdullilah, hampir 1500 perkongsian yang kami telah kami terima. Terima Kasih.

Dan hasil daripada survey itu;

  • 81% anda yang datang ke teamtravel adalah untuk mencari tempat lebih daripada 10 orang pengunjung
  • 57% pula untuk jumlah pengunjung dibawah 10 orang
  • Untuk dibawah 5 orang pula, 26.25%
  • Dan untuk percutian berdua, hanya 9% sahaja.

Hasil daripada survey ini, kami pun buka mata jugalah akan siapa pembaca teamtravel ni. Jadi kami akan putuskan untuk perkongsian artikel penginapan di Janda Baik ini lebih kepada berkumpulan.

Lagipun hasil daripada 1500 survey yang dibuat, 81% adalah wakil keluarga anda juga. Bermaksud ramai yang cari tempat untuk buat Family Day di Janda Baik.

Saya sendiri juga ada tambahkan penulisan kita kali ini dengan ruangan tab amenities. Fungsi tab ini adalah untuk memudahkan anda memilih aktiviti yang boleh anda lakukan di penginapan yang anda pilih nanti.

Untuk masalah makanan juga tak perlu bimbang, survey yang kami sediakan tempoh hari, 60% juga yang nak memasak sendiri, jadi kita akan kongsi dan highlight mana tempat yang siap dengan pekakas dapur, dan peti sejuk semua.

Berkenaan dengan barang barang masak, macam ikan ayam semua ada sahaja kedai terdekat untuk anda beli. Pihak pengurusan penginapan ni kalau ada pun, hanya sediakan keperluan masak sahaja.

So tak perlu bawa dari rumah, beli barang basah di kedai berdekatan sahaja.

Untuk pilihan aktivti, seperti ATV, Swimming Pool, BBQ pit, dan resort tepi sungai semuanya memang dah berada dalam senarai kami. Macam saya kongsikan tadi, kita akan buatkan tab amenities untuk anda mudah buat pilihan.

filter start

Objektif

Jenis Penginapan

Jumlah Tetamu

Speciality

Aktiviti

Harga Untuk Satu Malam

filter end
Harmony Valley Retreat
Penginapan bermula pada RM
0

Harmony Valley Retreat ni kepunyaan Dr Ang Peng Wong. Pada awalnya, kami ingatkan owner ni melayu. Tapi Chinese rupanya.

Kepakaran beliau dalam bidang kesihatan, malahan founder dan chairman kepada Natural Harmony Center di Petaling Jaya.

Padanlah kalau anda sampai nanti akan nampak macam macam tanaman dari buah buahan, herba, pokok bunga dan lain lain lagi. ( Durian, pisang, jackfruit, dokong, rambutan )

Penginapan

Untuk penginapan ada 4 jenis pilihan, Deluxe, Deluxe Double With Balcony, King Room With Balcony, dan Family Room.

Price range daripada RM 303 hingga ke RM 485. Bergantung kepada anda nak ambil breakfast ataupun tidak.

Makanan

Untuk kemudahan breakfast dan waktu makan anda, facility ini memang ada sediakan restaurant yang menyajikan makanan Asian cuisine.

This is one of my best stay since i love green environment, jungle stay with insects sounds. 5 star for the cleanliness, 5 star for the staff, was so helpful and friendly. And there was a cute little girl bring us around the garden show us the goat, fish pond. Room was spacious , big and clean. Surrounded with green. No lift, but i enjoy climbing stairs. Very big lobby where u can sit and enjoy the peace. Bathroom was clean. Well maintained property. Breakfast was simple and nice. We asked for scrambled egg, without hesitation they did for us without any extra charges. It’s kind of home feel. For sure will go again here. Limited parking area, but it’s good enough for the guest who staying there. Overall i love this place! Mohana

Awesome environment! Clean, spacious, and really a harmony retreats. Waken up by the chicken, birds sound, surrounded by trees.. it’s awesome. Total getaway from the city and strss. Great time with my kids and parents.Anna Lee

Good place for a quiet and calm surrounding. The room is only equipped with fan but because of the location up on the hill, the temperature is quite low so it was so chill even you switch off the fan. Not so much activity u can do here but they do provide indoor game such as pool, pingpong, table football and giant chess. No swimming pool available here. We brought our own badminton set to play at the yard. If u plan for a family day, i suggest to book the whole villa where there are 10 rooms in total. The breakfast is superb, delicious and nice.Nurul Ain

Twinkle Villa
Penginapan bermula pada RM
0

Twinkle Villa ini menyediakan 4 jenis pilihan villa yang anda boleh pilih. Resak House, Meranti House, Gaharu House dan Chengal House. 

Nama villa pun sepatutnya anda dah dapat tangkap konsep penginapan macam mana yang akan anda alami nanti. Konsep alam semulajadi gitu.

Twinkle Villa ini antara penginapan yang mendapat pengiktirafan dari segi seni binaannya, satu daripada PAM Awards pada tahun 2017, dan lagi satu daripada TIDA International Home Design ( runner up ).

PAM itu apa? Adalah short form kepada Pertubuhan Arkitek Malaysia.

Berkonsepkan kayu kayan, natural. Padanlah kalau ada group yoga yang datang untuk buat gathering disini. 

Ada juga rakan rakan non muslim kita yang memilih Twinkle Villa sebagai destinasi pilihan untuk menyambut Chrismas.

Untuk yang nak buat team building pun dibuat disini, pihak Twinkle Villa boleh juga sediakan certified HRDF trainer untuk anda. Maximum kapasity pengunjung yang boleh stay ialah 30 orang.

Penginapan

Setiap 4 Villa yang disediakan ada kapasiti awal anggaran 5 hingga ke 10 orang. Pakej penginapan serendah RM 457 ringgit sehingga ke RM 1800 untuk satu malam. 

Setiap bilik dalam Villa ini juga tidak disediakan penghawa dingin disebabkan suhu sekitar 23 – 25 darjah celcius pada waktu siang.

Makanan

Untuk memasak, open kitchen ada disediakan. Semua kemudahan barangan memasak, periuk nasi, pisau, tempat memotong, utensils ada disediakan. Sebenarnya ada juga seafood restaurant lebih kurang 15 minit daripada Twinkle Villa ini juga untuk anda yang nak tukar selera.

Tapi kami tak pasti kalau restaurant ini halal, kalau anda nak kami pastikan pun tiada masalah.

We had a lovely trip here with some friends. You’re encourage to enjoy the outdoors and we truly did. The place was clean, surround by greens and fresh air. Bring your own repellent. Will be useful as there are mosquitoes. Nice place to enjoy your bbq or steamboat too. There are facilities to keep and prepare your meals. This is the place to go to really enjoy a quick getaway from the city. Time just seems to slow down a bit here. Enjoy nature, observe the serene surrounding and relax… May Yuen

An awesome place for forest therapy, moonlighting and star-gazing. Trees aged a few centuries are found in the compound. Amazing patterns of canopy can be seen from the roof top. The owner is a highly knowledgeable mountaineer and honey collector, and very willing to share his knowledge. We had a relaxing yet fulfilling 3D2N holiday there. Also visited nearby places of interest such as Chamang Waterfall, Hotspring and Fig Farm. We are sure to return for repeated stays. BH Tan

Very good place to get away. Cooling. Mosquitoes usually dawn to 10am. And then from 3pm to 7pm. After that shouldn’t be much mosquitoes. The boss is very friendly, ask him how he built the place up. The building for an international award in 2017. No food here, but you can bring and cook, or cater from other villas nearby. They can arrange for you. As for jungle trekking, ask the boss. Ranges from 2 hours to 7 hours to and fro. No aorconds in all rooms, as temperature is around 20° Celsius at night time, cold enough….. Adam Cares

Glasshouse325
Penginapan bermula pada RM
0

Glass House ni dimiliki oleh Puan Wati dan suaminya. Berasal daripada Ipoh dan sekarang menetap di Subang Jaya. Pernah menjadi lecturer di UITM, graduated dari Ohia Uni Athens USA.

Dan GlassHouse ini antara beberapa penginapan yang beliau uruskan.

Penginapan GlassHouse, ia merupakan satu penginapan gated and guarded facility dalam Bungalow besar yang terletak di kaki bukit yang berkeluasan hampir 1.6 ekar.

So, InsyaAllah security dah terjamin dah situ.

Pemandangan anda memang straight to nature, pemandangan hutan simpan. Memang berbeza hutan yang anda lihat di kampung dengan hutan simpan. Sebab pokoknya jauh lebih tinggi dengan suasananya akan tampak lebih harmoni.

Dengan berkonsepkan design modern open space, tambah pula dengan kebanyakan permukaan ‘dinding’ binaan adalah menggunakan cermin, memang membuatkan pemandangan anda daripada dalam tempat penginapan ni terbuka luas.

Untuk bilangan pengunjung yang boleh hadir, Glasshouse menetapkan up to 10 orang.

Penginapan

 Ada 4 bilik yang setiap biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin. Untuk tambahan pengunjung, host boleh tambahkan lagi tilam lantai sehingga ke 10 orang lagi.

Bermaksud, kalau jumlah tetamu yang boleh datang seramai 20 orang, tetamu breakfast hanya untuk kapasiti 10 orang sahaja. ( +RM 75 untuk 1 satu tilam lantai )

Ada air terjun yang terletak berhadapan sahaja dengan bungalow ini.

Makanan Disediakan

Seperti yang kami kongsikan tadi, breakfast ditetapkan hanya untuk 10 orang sahaja. Jika anda ada lebih tetamu, boleh pre order awal juga. Tiada masalah. 

Breakfast, makan tengah hari, dan makan malam disediakan ikut kepada set set yang telah ditetapkan.

Ada makanan melayu kampung, set western, nasi tomato, briyani dan macam macam lagi. Yang kami rasa sangatlah banyak pilihannya. Tapi kalau anda nak masak sendiri, boleh juga.

 Pihak pengurusan akan kenakan deposit RM 300 dan akan dikembalikan jika tiada masalah atau kerosakan pada kelengkapan dapur yang disediakan.

Makanan

Untuk barang dapur untuk anda masak pula, kalau tak sempat bawa dari rumah, boleh sahaja beli di Janda Baik ini juga, lebih kurang dalam 10 minit sahaja pemanduan daripada Glasshouse325.

BBQ – untuk BBQ pit perlu disewa RM 50 untuk satu penggunaan.

No Pork Policy

Untuk yang Non Muslim, seperti biasa anda tidak dibenarkanlah memasak atau membawa barangan yang tak halal seperti babi dan lain lain. 

Family Day Best Option

GlassDoor325 ni sangat sesuai untuk anda buat aktiviti berkumpulan atau keluarga.

This house was very lovely place, nice view because this house at the top of hill, the house concept is full of glass, so you can enjoy the forest & nature view, this house very big, very suitable for large group / big family, the host very friendly and helpful… Faiz Karman

Interesting architecture and beautiful home amidst the serene forest and gurgling stream. You will also be treated to cool weather plus a stunning view from the spacious living room and all bedrooms. Kitchen is well equipped and lovely to cook in. Breakfast served was great and washer is also available. The host is truly warm and efficient and housekeepers helpful reliable attentive yet unobtrusive.. Overall it was simply wonderful for our family retreat, many thanks to the owners for allowing us the opportunity to experience their home.Noor Hayati

The best place for a group outing, at least for 10 people. It truly gives you a chance to be exposed to nature. Equipped with a rocky trail to a river at the back of the house, this gives you a lot of opportunities to take photos. Alicia Tan

Rest. Pause. Rainforest Retreat
Penginapan bermula pada RM
0

Disini, seperti rumah rehat keluarga. Anda satu kumpulan datang berehat, makan sambil tengok view lereng bukit.

Dan memang kedudukan villa ini pun di lereng bukit. Villa ni kalau dari KL hanya 40 minit sahaja. Sekejap sahaja suasana anda sudah berubah kepada alam semula jadi.

Facility ini seluas 1 acre, jadi anda bebas untuk aktifkan diri dengan kemudahan yang disediakan. Untuk security jangan risau, host sudah pun risau lebih awal untuk anda supaya anda selamat.

Parking area untuk dalam facilty hanya sebanyak 4 buah kereta sahaja. Jadi kalau lebih, atau ada pengunjung lain yang sudah datang, anda terpaksa parking di tepi jalan sahaja sebelum jalan sikit ke dalam villa ini. 

Jumlah pengunjung yang paling selesa dan sesuai ialah seramai 15 orang, tapi ia boleh sahaja memuatkan sehingga 20 orang pada satu satu masa.

Penginapan

Villa ini ada 4 bilik utama yang setiap satunya ada flat screen tv dengan pemandangan sungai dari balkoni anda. 

Untuk harga, daripada RM 1150 hingga ke RM 1450

Makanan

Untuk makanan, host ada sediakan ala cart dan makanan western, breakfast. Atau kalau nak masak pun tiada masalah, ada kelengkapan dapur, lengkap dengan peti ais untuk anda memasak. Selain itu ada juga periuk nasi, steamboat pit, cutleries.

Untuk kelengkapan memasak, dan bbq anda boleh bawa dari rumah atau beli sahaja lebih kurang 10 minit sahaja daripada sini.

LOVE THE PLACE!! Booked for 3 days and 2 nights, and we still couldn’t get enough of it. The host and housekeeper was really nice and accommodating to our needs. House is fully furnished especially the kitchen. You just need to bring the food to cook and everything (plates, bowls, utensils, pots, pans, etc. ) else is there for you. Breakfast was served each morning but I would say it wasn’t the best, but it certainly made us full. The area is so private and quiet which made it special for us to spend time. Also shops aren’t that far to the house, but it is a bit bumpy. If it rains, best to stay in to enjoy the cold day and roads can get dangerous. I wouldn’t mind coming. I really love ittt Arina Dalila

It was a pleasant staycation trip at Rest.Puase Rainforest Retreat on March 2022. Greenery environment surrounding the villa and private stream as our favorite outdoor activity during 2D1N. Good hospitality from the host, Ms Dorena and caretaker Mr Bawi. Repeatedly reply for our need and inquiries before & after check in. Local breakfast served on next day with a breathtaking view and natural sound surrounding. Comfort stay with additional mattress add on for my group. Full kitchen utensils and equipment. We had enjoyable and unforgettable moments there! Jes Tan Bee Swan

Best place to clear out your mind and refresh your soul. Thank you to housekeeper – ahboi. Very helpful and kind soul. Clean house, peaceful and cozy. Izzati Ahmad

D’Villa Janda Baik
Penginapan bermula pada RM
0

D’Villa ini special sikit berbanding dengan management villa yang lain ada di Janda Baik. Kebanyakan diuruskan family atau business keluarga.

Tapi D’Villa ini lain, ia memang diuruskan satu pengurusan khas iaitu PlayManagement, sebuah property management company.

D’Villa ini seperti penginapan homestay dalam rumah besar. Dengan 4 konsep binaan penginapan yang anda boleh pilih, Bali, Europe, Modern dan jenis Premier.

Kalau anda lihat gambar villanya, bentuk segi tiga, dengan di tengahnya ada swimming pool pun dah buatkan mata kita tertarik dan rasa nak cuba menginap disini.

Parking dalam facility pun luas, banding dengan villa di tempat lain, kadang tu saiz sudah luas, tapi parking hanya beberapa kereta sahaja.

terbaik sesuai untuk fmly, sangat2 tenang dan aman, tempat yg bagus untuk tenangkn fikiran dan rehatkan otak, staff yng friendly especially UNCLE TEOW very nice person and very helpful. Zaril

The view in this place is spellbinding. Good and clean up kept rooms and facilities. The only downside is there is no Network coverage here. There is no WiFi provided in this resort too. They don’t have food, but can be arranged by the PIC here. Night is really cooling and the view is a wow. Captariva

Very far and private place. On top of the hill. Good facility, however furniture and design might cause injury due to sharp edge of solid wood or stone. Nice view and good for family vacation. Higher rating room mean higher level and bigger private balcony. Sufian

Anani Villa
Penginapan bermula pada RM
0

Anani Villa adalah penginapan yang lengkap dengan maklumat dengan apa jenis aktiviti yang kita boleh buat disana nanti. Banding dengan penginapan lain, kadang website pun tiada. 

Kami nak dapatkan maklumat pun mudah, tak perlu contact admin sana untuk confirmkan maklumat.

Tapi dengan Anani Villa nampak lebih mudah, maklumat di website sudah terpapar dengan jelas.

Anani Villa maximum kapasiti ialah 80 orang.

Amenities

Di Anani Villa sangat sesuai untuk buat aktiviti berkumpulan, seperti team building atau reunion. Pihak Anani Villa juga boleh rancang untuk kita adakan training program, seminar, meeting, group gathering, team building disini. 

Lebih mudahkan? Sebab mereka ada certified team yang boleh uruskan.

Tak perlu dah kita nak plan sendiri. Kadang kalau kita punya team atau staff ada 40 orang, mungkin 10 orang tak boleh nak jadi peserta sebab terpaksa jadi ahli yang menguruskan program. 

Tapi di sini, kita semua boleh aktif menjadi peserta.

Ada paling kurang 12 jenis program team building yang anda boleh pilih, leadership, employee training dan lain lain, anda boleh rujuk sendiri di website mereka, stress management pun ada. 

Saya yang sediakan artikel ni mungkin perlu hadir stress management juga.

Selain daripada itu ada juga, aktiviti lain seperti waterfall abseiling, jungle trekking dan ATV ride yang pihak Anani Villa sediakan.

Penginapan

Jenis penginapan boleh pilih jenis bilik seperti biasa, ataupun katil dorm. Kalau yang bilik suite, lengkap dengan katil queen, private toilet, free breakfast dari RM 320 hingga RM 600. 

Untuk dorm, hanya RM 110 sahaja untuk satu katil.

Organised a teambuilding in Anani Villa B on 12 – 14 August 2022. The place definitely met our expectations. Rooms were clean and there was no musty smell (which is a great plus point!). However, the tiles in the shower area in the bathroom can be slippery when it’s wet. Need to be very careful when stepping on the tiles. Some of the rooms were difficult to lock. To take note of that. Dealt with Asif who is very accommodating and helpful, together with Reko and the caretaker of the villa (Nuraini). Asif also gave good suggestions when inquired. He made sure the place was according to our needs etc. Food was abundant and generally tasty. Participants were happy with the food served. The venue for our indoor sessions was a bit small but it was manageable with a team of 20. There is a big space in front of the villa which is great for outdoor exercises/activities. The place is definitely away from everything – most telco signals are almost non-existent except Celcom. However, that is a good factor to consider for team building, otherwise everyone would be on their phones. There is wifi connection, however, connectivity is only great at the front of the villa. This was not an issue with the participants. Looking forward to go back to AV again for the next round of teambuilding! Thank you to Asif and team for the great weekend we had! KT

We do our retreat in Annani Villa B , excellent place for team building & seminar.Perfect gateway , nice view , nice food and kuddos to all the staff especially Miss Fazidah to accommodate our team . Thank you Hafizah

Very angry on this management. Have been booked to visit and intended to view the villa one week ago appointment have set. The person in charge clearly know my keen of date on stay and suggested I should pay a visit before confirmation. Last Sunday confirmed on our visitation date & day. Wednesday started not replying, and not picking up call. One hour before visiting from all over the city centre, noticed that they are online and finally able to reach them end up told us the date was booked and everything not confirmed since we did not official confirm anything, we can still visiting if we want to come. Very disappointing management and service Evon Chua

Remember The Villa
Penginapan bermula pada RM
0

Remember Villa ini pernah menang awards dalam akhir tahun 2019. Asian Halal Brands Awards, #AHBA yang mengetengahkan konsep environmental friendly resort.

Yang sememangnya Remember The Villa konsepnya terbuka, supaya kita dapat nikmat alam semula jadi. Ikutkan kata pengasasnya, Datin Candy Tsang monyet pun kita boleh nampak berlari atas pokok.

Bagi kami Remember The Villa ini macam Anani Villa juga. Cuma mungkin Anani Villa lebih clear akan apa kemudahan yang mereka tawarkan. Kalau nak buat macam team gathering, training program sangat sesuai di sini.

Untuk aktiviti luar, mungkin tak berapa kita boleh focuskan sangat, sebab nampak lebih banyak indoor focus.

Penginapan

Untuk harga, kalau anda nak bermalam di dorm sahaja, hanya RM 1800 untuk 20 katil. Kalau semua villa yang boleh muatkan hampir 50 orang, adalah RM 10 000 untuk satu malam.

Swimming pool pula lebih sesuai untuk aktiviti mandian santai. Bukanlah terlampau besar sangat yang kita boleh muatkan ramai ramai untuk sebarang permainan bersama. Tapi tak mengapa, bukan nak kata Remember The Villa tak bagus, cuma konsepnya sahaja mungkin berbeza pada sesetengah pengunjung yang ramai.

Loved the place! It’s hidden on the hill with good security check at the entry point. We spent a night at the villa and enjoyed the tranquility of the place. The caretakers were helpful, too! The previous guests checked out late and they went in a big group of 40 people so the place was still a bit messy when we reached, but the caretakers cleaned up quickly. Great place for a small family or friend group getaway over the weekend. Nguyen

We are so lucky that only us for the weekend! Enjoyed the peaceful and nature environment. Cooling weather. Caretaker was very helpful and friendly. They have everything that u need in the kitchen. Free flow of coffee, milo or tea. Room was tidy. Clean Public toilets as well. Pool side wood floor have to do abit maintenance cos some paku is sticking out from the floor and it’s very dangerous. Karen Tham

Nice place suitable for retreat, corporate team building etc with a nice hall + small living room with curved LED TV. There are a variety of room types from double beds to triple to suites. They have a dorm that can fit 20 pax into capsule like beds. Larry Lee

100 Year Old Wooden Villa
Penginapan bermula pada RM
0

Untuk gathering aktiviti family yang tak lebih 25 orang, boleh cuba ke 100 year old wooden Villa ni. Kalau anda perasan konsep yang dibawakan oleh Twinkle Villa macam lebih kurang sama dengan 100 year old Wooden Villa ini. Cuma binaannya kayu kayanlah, daripada kayu jenis cengal.

Kayu jenis cengal ni, memang walaupun ia ditanam dalam tanah, tapi bila kita belah dan tengok isi dalamnya masih lagi nampak basah, seolah macam baru ditebang. Padanlah kalau saiz meja makan pun boleh cecah RM 3500. Nak menunjukkan kuat dan berkualitinya kayu cengal.

Sungai hanya 1 minit perjalanan sahaja. Ada juga Gazebo di tepi sungai untuk anda beristirehat.

Laman depan villa ni luas juga, kalau anda ada khemah nak pasang pun tiada masalah.

Amenities

Wifi, tv, smoke alarm, hair dryer, aircon, mesin basuh, security camera tidak terdapat di dalam facility villa ini ya. Tapi person incharge 24 jam ada.

Makanan

Ada juga kemudahan dapur untuk anda masak menggunakan barang yang anda bawa sendiri, garam, minyak, pepper juga dikatakan ada. Cuma janganlah bila kata ada terus lega. Eloklah prepare juga tak berat pun. Beli sahaja bekas boleh isi macam macam dari Shopee untuk memudahkan kita bawa nanti. Sebab takut takut ada yang tak cukup.

I fall in love with this place. So quite and the view is breathaking. It isolated with outside world. Have its own river. It just superb. I will make it as my yearly staycation. Marcelo

I wish to give 5* but only 4* due to safety reasons, the overall stay experience is great & memorable, but some safety is needed like hand rail, lighting from ground flr to room, esp go to toilet at nite, a concrete stair case instead of slippery grass path, hand rail at surrounding balcony, to avoid 8ft drop, vy dangerous for eldest & kids, the toilet need more privacy instead of curtain cover in a half open area, ladies r vy unsecure whn pee or showering, the surrounding greens are superb w well maintanance, nice flowers, river, wide grass field, noisy frog singing w sleepless nite, a very unique old wooden house, worth for the price & return. Tony Teoh

Tiarasa Escapes Glamping Resort
Penginapan bermula pada RM
0

Glamping ni adalah singkatan kepada Glamorous Camping. Bermaksud fasilitinya tak sama macam kita camping biasa. Tak perlu pasang khemah apa semua. Sebab semuanya sudah siap lengkap dengan kemudahan asas sebuah bilik.

Cuma bezanya, kita masih lagi berada di dalam khemah besar yang lengkap dengan kemudahan seperti katil, ruang tamu, aircond pun ada.

Tiarasa juga ada menyediakan corporate retreat package untuk mereka plan dan setup team building aktiviti untuk anda. Wedding dan sebarang event juga sangat sesuai.

Penginapan

Luasnya juga Tiarasa Escapes ni, 7 ekar. Untuk jenis penginapan ada 5 jenis penginapan. Dragonfly Tented Villas, Hornbill Tentet Villas, Rajah Brooke Family Suites, Ficus Treetop Villa pula atas pokok, dan terakhir Ranee Suite yang boleh memuatkan 20 orang.

Kelima lima jenis penginapan ni ada WIFI. Semua bilik sesuai untuk family dan couple kecuali Ranee Suite yang lebih sesuai untuk satu kumpulan. Ranee Suite juga ada disediakan khemah khas untuk meeting.

Overall, jumlah khemah atau glamping ini ada 20 buah, tak termasuk lagi dengan 5 buah Focus Treetop Villa.

Untuk harga, bermula pada RM 990. 

Amenities

Bayangkan dengan size 7 ekar begini, memang luas. Padang bola Manchester United pun baru 1.7 ekar sahaja. Memang Tiarasa Escapes ni sarat dengan aktiviti. 

Dan untuk pengetahuan anda juga banyak juga aktiviti yang ada di sini, tiada di tempat lain. Buatkan ia antara kemudahan facilities yang paling lengkap di dalam senarai kami ni.

Untuk BBQ kalau anda malas nak buat sendiri pun tiada masalah, sebab hanya perlu pilih sahaja menu yang anda mahukan, nanti lepas siap ia akan dihantar ke khemah anda.

Stayed here recently for a couple of nights in one of the ‘tree house’, a room built high so you can have meals below. Really targeted for family with young children. Not us. Pros – nicely located surround by forest with a stream next our room – quiet – friendly service Cons – pricey, only breakfast included – not much for adults to do – maybe that’s the point? – for a forest resort, no trails to check out the forest. – need to have an excursion trip to another place for jungle trekking. Cheng Hwee

I run a 3 acre hospitality facility and let me tell you, the work they do here I wouldn’t dare to attempt. Sure there are shortcomings, but if you are in the know, the level of work and effort that goes in to make the place what it is, is nothing short of a miracle. Services are exceptional, food is good, while prices are high from a purely consumer pov, from within the industry, considering what I paid, I wouldn’t have been able to charge the same and call it profitable. I’m impressed. Highly recommend.Bo Feng

The place is unique for Malaysia as the owners brought Africa to Malaysia. And it is not easy as it look as I co-found such a nature place but 10 acres. It has problems in term of maintaining the same vibes it offered 5, 6 years ago. At 4 acres it is nice. We came to celebrate our 19th anniversary and I find I couldn’t sleep as there is a light source our tent which didn’t switch off after midnight and as the tent is white the light disturb my sleep. The cafe in the place served food which if we have known we might not take the bbq set but tried laksa Sarawak or others. The river is great too but as it is hard to maintain it as rubbish can be seen from upriver making it dirty. This is a beautiful effort and I hope it can be replicated in other places in Malaysia (which are being done by others) Khairul Anuar

Enderong Resort Malaysia
Penginapan bermula pada RM
0

Enderong Resort ini sangat sesuai kalau nak buat aktiviti berkumpulan. Konsep binaan resort ini pun serba moden dengan sentuhan alam semula jadi.

Penginapan

Di Enderong resort ada menyediakan 4 jenis penginapan. Yang pertama, Enderong House, yang boleh memuatkan 26 orang. Next, The Cottage, yang dikatakan seperti rumah kampung Melayu. The Cottage ini ada 4 bilik ya, so intotal muat untuk 10 orang.

Seterusnya, Annexe Rooms. Annexe Rooms ini lebih kurang seperti The Cottage sahaja, cuma The Cottage lebih sesuai untuk family stay, manakala Annexe Rooms sesuai untuk couple, balkoni pun ada. Total Annexe Rooms ada 6 unit, so kalau setiap unit penuh, boleh muatkan 12 orang, atau 6 pasangan.

Annexe Plus Rooms ini lebih luas. Siap ada private balkoni juga. Kalau di Annexe Rooms muat 2 orang, tapi yang saiz plus ini muat untuk 4 orang. So kalau pasangan yang ada anak, memang sesuai.

 

Annexe Rooms Plus ini total ada 4 unit. Dan kalau diisi semuanya, boleh muat lagi 16 orang. So cukupkan resort ni boleh menampung 64 staying guest.

Harga daripada RM 350 ke RM 3800 untuk satu malam bagi hari hari biasa.

Amenities

Sebab semua kemudahan sudah pun disediakan di dalam resort. Anda nak suka suka smoking pun tak boleh. Tapi kolam renangnya memang memukau. Anda tengok sendiri gambar yang kami kongsikan pun pasti akan rasa terbaik.

Antara aktiviti berkumpulan yang biasa dibuat di Enderong Resort ialah family gatherings, company retreats, wellness and spiritual retreats, mungkin macam yoga event, kebiasaan group chinese rajin buat ni, knowledge workshops and seminars, artistic events dan Wedding.

Boleh buat wedding sebab ada hall yang besar, maximum boleh muat sampai 140 orang. Bergantung kepada jenis audience juga, sama ada corporate atau casual gathering. Di Enderong ada 4 jenis penginapan atau villa yang anda boleh pilih.

Makanan

Makanan tak dibenarkan untuk anda bawa dari luar, memasak apatah lagi. Sebab memang Enderong sudah sediakan restaurant untuk anda menjamu selera.

The place seems run down and not so well kept. Some of the rooms had a musty smell. I saw a few beds covered with cloth and they had several spots of lizard poop on it. I assume these rooms have not been rented out for some time. The pool was also far away and you have to walk down a slope to get there. The steps going down to the pool was also mouldy, which may be a hazard to the elderly or young kids. There was no sun deck to rest or put your things on. There was a changing room nearby but I did not check it out. There is a bungalow unit that can fit 26 people but you have to book the entire bungalow. They don’t sell the rooms inside individually. If you book the hall for meetings and events, they don’t include meals. You’ll have to pay for the meals separately and you have to get them from their cafe provider. Calvin Teh

Nice and clean room. Amazing nature around the resort, there’s fish pond, swimming pool etc. Cooling in the morning. Good place for taking a break after a long hectic week! Miza Razak

So green, if you are lucky, the fireflies may come to your room to greet you at night! Nice evergreen architecture, with environment that seems like heaven on earth. Nice place to unwind and be near nature. Very friendly and attentive staffs. The cafe is nice spot to ‘lepak’ and serves ‘farm to table’ meal and coffee. Food served is 5 stars. Boon Yew Lee

Embun Luxury Villas
Penginapan bermula pada RM
0

Embun ni adalah dedicated nama daripada ibu kepada pemilik Embun Luxury Villas sendiri. Hasil daripada pemilik yang memang selalu travel, buatkan beliau inspired untuk bina satu penginapan Embun Villas.

Lebih kurang 45 minit sahaja daripada KL. Embun Luxury Villas ni nampaknya macam sesuai untuk family kecil buat aktiviti macam birhday party, ataupun pasangan couple.

Tapi boleh sahaja kalau ada yang nak buat plan meeting, dengan jumlah tetamu dewasa sebanyak 15 hingga 17 orang sahaja. Bilik meeting dan seminar pun memang ada disediakan.

Penginapan

Untuk penginapan di sini, ada 4 kategori, bermula daripada RM 989 hingga ke RM 3149 untuk satu malam. Hanya bilik RM 989 sahaja yang tiada kolam renang, yang lain memang ada private pool untuk anda. Untuk penginapan berharga RM 3149 ada 3 bilik, dan sesuai untuk 6 orang dewasa.

So sepatutnya anda dah boleh berpakat pakat dah berapa orang nak pergi. Supaya kita dapat kemudahan yang lebih baik pada harga yang lebih penjimatan. Macam iklan petronas pula rasanya.

Oh ya, setiap bilik dan facility dalam Embun Villa juga wheelchair friendly.

Amenities – Facilities

Untuk aktiviti yang memang ada disediakan di dalam resort ni adalah seperti BBQ, massage spa dan kolam renang mengikut penginapan tadi. Tapi kalau anda ada plan lain untuk cuba singgah ke tempat lain, waterfall hiking, memanah, paintball dan sebagainya, boleh sahaja Embun Villas usahakan.

 

Senarai aktiviti yang Embun Villa boleh sediakan.

Untuk keperluan yang disediakan di dalam bilik, anda boleh rujuk website Embun Villa, memang sangat lengkap.

Very few places feel like a getaway but yet have all the comforts of home. We stayed in the one bedroom pool villa and it is beautifully decorated and spacious. We just felt like we had the utmost space and privacy. You can pretty much stay in the villa for the entirety of your stay and not worry about a thing. The entire place is beautifully curated and serviced by friendly and attentive staff. We will definitely be coming back again. Senthuran

𝘛𝘩𝘦 𝘪𝘥𝘦𝘢 𝘰𝘧 𝘦𝘴𝘤𝘢𝘱𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦 𝘤𝘪𝘵𝘺, 𝘭𝘦𝘢𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘩𝘪𝘯𝘥 𝘥𝘢𝘪𝘭𝘺 𝘴𝘵𝘳𝘦𝘴𝘴 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘸𝘩𝘪𝘭𝘦 𝘳𝘦𝘤𝘰𝘯𝘯𝘦𝘤𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘶𝘵𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘱𝘳𝘪𝘷𝘢𝘤𝘺 – 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘮𝘣𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘢𝘮 𝘢𝘤𝘤𝘰𝘮𝘮𝘰𝘥𝘢𝘵𝘦 𝘺𝘰𝘶 𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘧𝘪𝘯𝘦𝘴𝘵. 𝘞𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘪𝘯𝘵𝘳𝘪𝘨𝘶𝘦𝘥 𝘣𝘺 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘰𝘶𝘵𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦 𝘳𝘦𝘱𝘶𝘵𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘳𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘦𝘺 𝘥𝘰 𝘭𝘪𝘷𝘦 𝘶𝘱 𝘵𝘰 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘳𝘢𝘯𝘬. 𝘙𝘦𝘴𝘵 𝘢𝘴𝘴𝘶𝘳𝘦 𝘺𝘰𝘶 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘳𝘦𝘤𝘦𝘪𝘷𝘦𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘱𝘳𝘪𝘷𝘢𝘤𝘺 𝘺𝘰𝘶 𝘯𝘦𝘦𝘥 𝘢𝘴 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘝𝘪𝘭𝘭𝘢𝘴 𝘢𝘳𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘰𝘸𝘯 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘰𝘶𝘯𝘥 𝘣𝘶𝘵 𝘺𝘦𝘵 𝘢 𝘤𝘢𝘭𝘭 𝘢𝘸𝘢𝘺 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘮𝘣𝘶𝘯 𝘵𝘦𝘢𝘮 𝘸𝘩𝘰 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘢𝘭𝘸𝘢𝘺𝘴 𝘣𝘦 𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘧𝘦𝘦𝘵. 𝘐𝘵 𝘸𝘢𝘴 𝘢 𝘭𝘰𝘷𝘦𝘭𝘺 𝘴𝘵𝘢𝘺 𝘪𝘯𝘥𝘦𝘦𝘥 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘩𝘢𝘯𝘬 𝘺𝘰𝘶 𝘧𝘰𝘳 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘸𝘢𝘳𝘮𝘵𝘩 𝘩𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘭𝘦𝘢𝘥 𝘣𝘺 𝘔𝘳 𝘛𝘢𝘶𝘧𝘪𝘲, 𝘋𝘩𝘢𝘳𝘮𝘢 & 𝘛𝘩𝘦 𝘌𝘮𝘣𝘶𝘯 𝘛𝘦𝘢𝘮. (𝘸𝘰𝘶𝘭𝘥 𝘱𝘳𝘦𝘧𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘬𝘦𝘦𝘱 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘱𝘭𝘢𝘤𝘦 𝘩𝘪𝘥𝘥𝘦𝘯 𝘣𝘶𝘵 𝘪𝘵 𝘥𝘦𝘴𝘦𝘳𝘷𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘰𝘶𝘵. 𝘏𝘰𝘱𝘦 𝘢𝘯𝘺𝘰𝘯𝘦 𝘸𝘩𝘰 𝘪𝘯𝘵𝘦𝘯𝘥 𝘵𝘰 𝘷𝘪𝘴𝘪𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘮 𝘴𝘰𝘰𝘯 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘦 𝘵𝘰 𝘭𝘦𝘢𝘷𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘴𝘶𝘳𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘦 𝘶𝘯𝘵𝘰𝘶𝘤𝘩𝘦𝘥 𝘸𝘩𝘪𝘭𝘴𝘵 𝘦𝘯𝘫𝘰𝘺𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦𝘪𝘳 𝘱𝘳𝘦𝘴𝘦𝘯𝘤𝘦. 𝘛𝘩𝘢𝘯𝘬 𝘺𝘰𝘶.) Ann

Amazing service and hospitality from TR, Dharma and the team. The villas were beautiful and truly luxurious. TR and team helped to keep us entertained by arranging a number of activities like teambuilding and in room karaoke that was more than we expected and everyone enjoyed and will definitely be back soon! Azlin

Serene Resort & Training Centre
Penginapan bermula pada RM
0

Bagi kami Serene Resort ni memang sarat dengan aktiviti yang kita oleh buat. Pendek kata, kalau anda perasan di ruangan amenities resort yang kami senaraikan di Janda Baik ni, kadang ada yang ada, ada yang tak ada. Tapi disini, macam semua ada. 

 

Ikutkan website seren resort ini, untuk satu satu masa boleh tampung pengunjung seramai 120 orang.

Penginapan

D Serene Resort ada 5 jenis penginapan, apartment yang ada 14 katil single, standard triple room yang ada 3 single bed, studio chalet yang ada 3 single bed, family chalet yang ada 6 single bed, dan Executive Chalet yang ada 4 single bed.

Apartment sahaja yang tiada aircond, yang lain ada.

Harga pula, untuk apartment yang ramai ramai tu dalam RM 1300. Selain daripada apartment price range dari RM 200 – RM 400 ( weekday price )

Amenities – Facilities

Sini, kalau anda nak buat macam aktiviti sukan atau sebarang tournament pun sesuai. Besar juga lamannya, kolam renang juga pun boleh tahan besar untuk buat sukan air ka macam mana. Nama pun training center.

 

Dewan/Ruangan besar, bilik seminar, video conference room dan surau pun ada.

Kalau malas nak fikir apa rancangan permainan kita nak buat, ada sahaja kelengkapan yang ada dalam resort untuk anda jadikan sebagai bahan aturcara. Contohnya, snooker game, memanah, berkuda, ping pong, peralatan dan kemudahan sukan ekstrem pun ada juga.

Makanan

Makanan juga boleh dihidang secara buffet untuk mudahkan para tetamu yang hadir, maklumlah dah penat dengan aktiviti siang tiba tiba kena masak pula untuk diri sendiri. Nak tempah kambing golek pun tiada masalah.

Kalau buat teambuilding atau seminar memang sesuai sangat ni. Kalau nak minta pihak Serene anjurkan program pun boleh.

 

Tags: Hiking, Horseback riding, Cycling, Pool tables, Darts, Table tennis, Archery Fishing, FREE Wifi, kolam renang, restaurant, outdoor dining area, karaoke, BBQ, surau

Love the view, peacefull ambience, friendly staff, worth the price. We just had our family day here.. all of the common area is huge enough for any activities.. kids love the 3 level swimming pool..adult love the room setting.. for me, it’s beyond our expectation.. keep up the great service 👍 Dr Suhaiza

The place is serene. There are a few pools for you to cool down during the day with the family. There’s a pool for children and there are pools for adults. The chalet that i took was spacious with air-conditioner in every room and water heater with warm water because the water here is too cold for the water heater. You are not allowed to cook in the chalets but do prepare with food because the nearest restaurant is about a kilometre away. They should provide guest with basic tea making facility but they just provide a kettle and mineral water. The cacophony of the jungle is evident all through the day and especially at night. The place is comfy that’s for sure. Akmal Yusuf

The place is quite remote, can only access with own transport. Facilities are limited w/o breakfast and food will only be served with bookings. Rooms are clean & beds are comfortable but no coffee making facilities unless you ask for it without the tea/coffee. Not much to do here except swimming the big pool. Izaham Musa

inap desa chalet
Penginapan bermula pada RM
0

Ada yang berpendapat Inap Desa Chalet ni perlukan lebih sentuhan, mungkin dari segi kekemasan dan kebersihan. Tapi Inap Desa Chalet ini kalau kita datang, anda akan rasa macam balik kampung sendiri.

Sebabkan chalet ni nampak bersahaja, rasanya lebih selesa untuk setengah kita yang tak suka berprotokol sangat. Dan lebih baik lagi, sungai dekat sahaja. Buat yang kaki pancing, memang sudah disediakan kolam di dalam chalet ini untuk anda beradu tenaga, dan BBQ pula lepas tu.

Harga chalet pun berpatutan, daripada RM 150 hingga ke RM 200 untuk satu malam. Kapasiti maksimum untuk chalet ini ialah seramai 20 orang.

Kawasan keliling cantik, ada kolam memancing, pool utk mandi tepi sungai, tmpat masak n bbq yg selesa. Cuma kalo blh chalet kena upgrade/refurbish. Chalet lampam/talapia kalo blh letak tmpat penyidai tuala/telekung di dlm bilik. Chalet tongsan pulak kalo blh tambah tv (basic channel), aircond & penyidai towel. Overall kami puas hati, insyaAllah akan dtg stay sini lg. Tq. Hasliza

Best nya kat sini, selesa sngt2 ada sungai, ada swimming pool,ada kolam mancung ikan,ada pemandangan pergunungan, air sungai yang jernih, chalet yg luas dan sangat bersih. Akmal

I booked 3 of the chalet and i can tell that this place need upgrade. Do have basic amenities, some of the chalet dont even have aircond and tv. But the areas are acceptable if you want to bring whole lot of family to staycation here. Got fish pond for fishing, pool for adult and kids, and river for extra point. Much activities can be done here if permits that the weather are good throughout the day. If rain season, remember to bring extra pair of boots coz you will need it.Syahreen

As-Sudais Cabin Janda Baik
Penginapan bermula pada RM
0

Penginapan dalam Cabin ni betul betul berhadapan dengan Sungai Cheringin. Nanti anda tengok gambar sendiri sebagai bukti. Kalau memang niat nak cari port mandi sungai, mancing, BBQ pula tepi sungai dengan family memang ini tempat dia.

Ada dua cabin yang ditawarkan, lengkap dengan penghawa dingin, kipas, tv dan katil queen, katil double decker, toilet setiap cabin, BBQ pit dan meja makan keluarga. Kolam mandi untuk kanak kanak pun disediakan.

Untuk keselesaan, setiap cabin ni sesuai untuk 5 ke 6 orang dewasa sahaja. Kalau lebih, takut tak selesa pula nanti. So, maximum tempat ini kami cadangkan 10 orang sahaja.

Ada juga perkhidmatan sewa motorsikal kalau anda nak, selain itu sebabkan kita memang dah ditepi sungai, padanlah kalau ada yang pasang khemah juga untuk lebih rasa feel gitu. Tapak khemah pun ada disediakan. Pelampung pun ada untuk anda sewa.

Percutian di kabin di hadapan sungai Cheringin, Janda Baik. Menikmati deruan sungai yang mendamaikan di samping aktiviti bersama keluarga atau sahabat handai, aktiviti mandi (tube rafting explore) atau memancing sungai (baung,bujuk, tengas, daun, talapia menanti anda), outdoor karaoke, sewa motorsikal eksplorasi Janda Baik, campfire sambil berkhemah (tapak khemah juga disediakan), BBQ & byk lagi aktiviti sambil menikmati keindahan alam (pelbagai spesis flora & fauna boleh dijumpai, antaranya burung enggang, burung tiong, kicauan burung2 memecah kesunyian, bunga2 orkid hutan). Jika musim durian, makan selagi ada yang gugur. 2 hari 1 malam tak puas rasanya.. Wan Muzafar

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Ex-Ranger’S @Janda Baik Chalet
Penginapan bermula pada RM
0

Cuba tengok gambar yang saya muatkan dalam gallery di bawah. Sebab nampak jelas sangat dah tu.

 

Ada 4 buah chalet, setiap satunya hanya RM 150 sahaja untuk penginapan satu malam. Kalau nak toto extra ada extra charge RM 10.

 

Chalet ni memang menghadap sungai. Untuk anda bermandi manda, atau nak memancing memang sesuai. Tiada charge dikenakan untuk memancing, tapi kalau dapat tangkapan ia akan discharge mengikut berat ikan yang anda dapat nanti.

 

Makanan tidak disediakan, tapi kalau anda rajin nak masak sendiri boleh sahaja. Ada BBQ pit juga untuk memanggang apa apa. Atau kalau rasa malas pula, nak mudah. Ada sahaja kedai makan yang berdekatan.

Chalet owner encik bakri Sgt peramah n layan baik, mudah deal, chalet pun betul2 depan Sungai yg sesuai utk budak2 mandi air pun jernih je recommended for family besar nak buat gathering. Link to review

 

The owner, En Bakri lives nearby. There are few houses where his siblings/family live. He owns this 2-acre area. Durian trees all around here. I stayed in one of his chalet, 1 night. Room was clean, 2-single beds, with towels and small soap. Cute TV, 14″ I guess. No refrigerator, no aircond, just a ceiling fan, no problem. Bring your own mosquito spray, insect repellent. Bring also drinking water. The barbeque place is nearby, with utensils, plates, spoons, water sink, etc. Bring your own food and charcoal. Please clean up the area after use. En Bakri was so courteous, quickly changed the water kettle since the one in the room is not working. The river is nearby, less than 30meters from our chalet unit. The fishing pond is also close, a stone away. Suggestions to En Bakri; Supply 2 water bottles, and tissue roll, for more convenience experience. Overall, thumbs up! Link to Review

No telco signal except celcom. Link to review

Tammat

Untuk sekarang, hanya ada 12 sahaja lokasi penginapan yang anda boleh pilih. Kami cuba pilih dan tapis sehabis baik untuk memudahkan anda buat pilihan sebenarnya.

Kalau nak ikutkan ada total 107 penginapan yang kita sudah selidik. Tapi masih lagi tak berapa sesuai untuk kita masukkan dalam senarai ni atas sebab beberapa maklumat yang masih lagi tak lengkap.

Tapi InsyaAllah kalau ada yang sudah siap dan lengkap maklumatnya kami akan masukkan kedalam senarai ini juga nanti.

reminder

Minta maaf, masih lagi ada yang minta kami confirmkan tempahan untuk anda di ruangan komen. Harap maklum, kami hanya berkongsi kelebihan dan perbandingan percutian sahaja, untuk sebarang tempahan sila hubungi direct kepada pihak pengurusan yang kami dah juga sertakan setiap hujung akhir review kami di atas.

Disclaimer

Pihak kami juga tidak bertanggungjawab atas kesahihan maklumat yang kami kongsikan, takut takut kalau berlaku perubahan. Jadi, lebih baik anda confirmkan semula semasa membuat tempahan.

Dan kalau tidak keberatan, minta kongsikan kepada pihak kami juga jika berlaku sebarang perubahan daripada penulisan diatas. Boleh tinggalkan diruangan komen dibawah.

Glossary

Training Certified Organiser – bermaksud, pihak pengurusan penginapan tersebut ada team khas yang boleh anjurkan team building atau gathering aktiviti untuk anda.

Recommended Team Building – as it name itself, hasil daripada telitian kami, dan amenities yang ada pada satu satu tempat percutian. Kami cadang tempat ini sesuai untuk buat team building. Tapi tak semestinya ada pihak penganjur yang boleh uruskan.

Jumlah Tetamu – ini adalah jumlah kapasiti penuh yang boleh ditampung oleh pihak pengurusan. Bukannya satu bilik. Seperti contoh, Resort A ada 10 buah bilik, dan setiap bilik boleh muatkan 2 orang dewasa. Bermaksud kapasiti penuhnya ialah 20 orang.

Bermaksud, katakan group atau family anda ada 15 orang. Hanya pilih 20 sahaja di ruangan filter di atas. 20 orang ini mungkin ada yang stay dalam jenis bilik yang berbeza.

Harga – Ini adalah harga penginapan satu malam. Kalau jumlah tetamu diatas adalah jumlah yang maximum kapasiti penuh pengunjung yang boleh pihak pengurusan penginapan terima, kalau harga pula kami setkan harga bilik yang paling rendah.

Seperti contoh penginapan di Remember The Villa, harga bermula dari RM 1800 sehingga ke RM 10 000. Tapi kita setkan penginapan Remember The Villa untuk harga RM 2000 di filter.

Testimonial- adalah lebih baik kalau kita baca sendiri review daripada mereka yang sudah pun hadir. Kami ada sertakan juga 3 review daripada pengunjung yang sudah pun hadir.

17 Replies to 12 Janda Baik Chalet Tepi Sungai [tersusun, lebih mudah nak tengok]

  1. Sila hntar sebutharga yg detail untuk kami satu group @ 12 family. Saya bercadang di chalet serene Resort

    1. tak susah tuan. yang tu lagi mudah, kalau kami letak semua butiran dalam page ni, akan jadi lambat loading. sekrang ni baru 16 listing. kalau dah berpuluh puluh listing akan jadi slow. untuk contact semua, saya dah masukkan kat bahagian listing setiap tempat tu.

      1. kami ada linkkan ke facebook atau website, atau airbnb mereka. atau pun, kalau pergi ke direction untuk tengok location. lepas klik google map pun ada juga link ke website mereka.

  2. Menarik! Keluarga kami sedang merancang percutian keluarga merangkap family day. Terima kasih atas idea. Tiba2 rasa jadi masalah sebab tak tau nak pilih resort yg mana. Huhuhu..!

    1. Itu la cik, list ni macam ada problem sebab pembaca tak boleh nak filter supaya lebih mudah untuk decide pergi mana satu. InsyaAllah saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Sekarang data dah siap, cuma nak sediakan summary setiap penginapan sahaja.

      1. salam cik nur, kami dah buat perbaharuan untuk artikel ni. untuk sementara ni 16 tempat dahulu ya. nanti lagi 2 3 hari insyaAllah siap yang totalnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!