Janda Baik

Air Terjun di Janda Baik ( 7 yang berdekatan )

Kalau tak silap saya, Janda Baik adalah antara tempat menarik di Malaysia yang ada banyak aliran sungai. Maksud saya sungai yang tidak diberikan nama khas seperti yang ada tercatat dalam senarai wikipedia ini. Padanlah dengan permukaan geografi JandaBaik yang berada berdekatan dengan Bukit Tinggi dan Pusat Peranginan Genting.

Image result for air terjun sungai chiling

Antara nya:

  1. Chemperoh Waterfall ( 17 reviews )
  2. Lepoh Waterfall ( 249 reviews )
  3. Bentong Waterfall ( 49 reviews )
  4. Air Terjun Sungai Chiling ( 611 reviews )
  5. Chamang Waterfall ( 1084 reviews )
  6. Dua Waterfall ( 105 reviews )
  7. Lata Hammer Waterfall ( 44 reviews )

Ada 7 semuanya, mungkin ada lagi yang lain.

*disclaimer
Air Terjun ni tak bertumpu di Janda Baik sahaja, berselerak sampai ke KKB dan lain lain nya. Sebab jarak perjalanan tak jauh sangat. InsyaAllah, walaupun terpaksa drive jauh sikit, ia berbaloi untuk percutian anda.

Oh ya, kalau anda memang berhasrat untuk ke Janda Baik hujung minggu ni, hati hati dan bersabar lah. Sebab Janda Baik memang destinasi wajib pagi pengunjung yang datang dari Selangor dan Kuala Lumpur. Sebab ia destinasi pakej lengkap, sungai ada, chalet di sana pun banyak yang memang ada sungai bila anda buka buka sahaja pintu.

dah baca chalet tepi sungai di Janda Baik?

Kalau kan ikut popularity, nampak macam lebih bertumpu di Chamang Waterfall. Mungkin sebab kemudahan yang boleh tampung pengunjung yang lebih ramai. Parking pun luas.

Lokasi sungai ni yang paling dekat dengan KL pun mungkin punca utama nya juga. Lebih kurang 1 jam 20 minit sahaja. Banding dengan kalau anda ke depan lagi untuk ke Sungai Chiling, yang akan ambil masa lagi dekat 2 jam.

Tapi boleh ikut Batang Kali untuk 1 jam 20 minit juga. Cuma anda tak merasa lah keindahan dan nikmat tempat menarik yang lain. Macam Genting, Fraser, Taman Jepun dan sebagainya. Sebab semua tarikan ini lebih dekat dengan Sungai Chamang.

Namun, untuk saya sendiri, rasanya Air Terjun Sungai Chiling macam lagi best. Sungai nya nampak lebih luas untuk kita mandi. Air terjun nya pun nampak tirus dan lebih cantik. Sedangkan, air sungai chamang ni macam menyeram kan pula. Sebab deras sangat.
Oh ya, Sungai Chamang ni dekat sangat dengan Pekan Bentong, jadi mudah lah kalau nak sediakan bekalan makanan dahulu sebelum pergi berkelah nanti.

Dan Sungai Chiling pula dekat dengan Kuala Kubu Bharu.

Lata Hammer Waterfall pun ok, tapi mungkin susah sikit untuk ke dalam, sebab kedudukannya ke dalam sikit. Serupa juga dengan Sg.Dua Waterfall. Anda perlu masuk ke dalam sikit.

Baiklah, saya rasa itu sahaja buat masa ini.

Oh ya, dan kalau ada diantara anda yang berminat untuk berakit rakit dahulu, berakit rakit ke hulu. Boleh cuba di Whitewater Rafting Kuala Kubu Bharu. Memang bukan daerah Janda Baik pun, lebih kurang 1 jam drive daripada sini.

Tapi boleh la kalau nak cuba. 1 jam pun bukan lama. Tidur sahaja lah, biar driver yang bersengkang mata.

Setiap entry untuk pusat peranginan di atas kemungkinan besar perlu bayar tiket parking. Tapi tak mahal mana, contoh Sungai Chamang, dalam 3 ringgit untuk satu kepala.

Kalau nak jimat, boleh la pergi tanpa kepala.
#guraujer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!