Terdapat DUA jenis cable car Genting yang disediakan iaitu Standard dan Glass Floor. Kedua-duanya adalah sama cuma Glass Floor menawarkan tapak kaca untuk pengalaman yang lebih menarik dan mencabar.
Harga tiket cable car Genting (One Way)
- Standard Gondola – RM10
- Glass Floor Gondola – RM21
Harga untuk satu perjalanan cable car adalah RM10 untuk Standard Gondola, atau anda boleh beli tiket pergi balik (return ticket) pada harga RM18 sahaja. Setakat ini tiket yang paling murah dijual KLOOK.
Anda boleh tempah tiket cable car Genting melalui LINK INI atau banner di bawah.
Apa kelebihan beli tiket di KLOOK?
Sudah tentulah lebih murah berbanding beli dikaunter. Malah, anda tidak perlu beratur di kaunter Awana SkyCentral nanti. Selain itu, Klook sering mengadakan promosi dan menghadiahkan voucher tambahan kepada pelanggan. Lebih jimat dan berbaloi.
Cara naik cable car Genting Highlands |
Untuk pengetahuan, cable car ini membawa anda dari Awana SkyCentral dan terus ke Awana SkyWay (Sky Avenue Station) iaitu puncak Genting Highlands di mana terletaknya taman tema.
Beli tiket cable car di Awana SkyCentral, atau secara online supaya anda tidak perlu beratur. Anda boleh bawa beg/luggage bersama. Selain itu, cable car ini juga mesra kerusi roda dan stroller bayi.
Perjalanan mengambil masa sekitar 10 minit (3.5 km). Sepanjang berada di udara, anda bakal disajikan dengan pemandangan bukit-bukau berkabus yang indah.
Hentian Chin Swee Caves Temple
Awana SkyCentral —> Chin Swee Caves Temple —> Sky Avenue Station
Setiap cable car akan berhenti di Chin Swee Caves Temple sebelum tiba di Awana SkyWay. Anda boleh turun menikmati pemandangan indah dan mengambil gambar kenangan di sini. Ramai yang turun, sebab view bukit memang lawa ditambah pula seni bina kuil ini membuatkan anda seolah berada di negara China.
Anda boleh naik semula cable car dengan menggunakan tiket yang sama untuk ke puncak Genting Highlands. Namun, sekiranya anda tidak berminat, teruskan sahaja perjalanan ke Sky Avenue Station.
Kenapa perlu naik cable car?
Menaiki cable car adalah salah satu option tambahan untuk ke puncak dengan lebih selamat dan cepat. Lagipun, pengalaman berada di dalam gondola itu memang priceless!
Anda boleh memandu kereta sendiri atau menaiki bas tetapi memakan masa sekitar 30 minit pemanduan dari Awana SkyCentral ke puncak. Malah, jalan agak curam. Agak rumit jika perlu berdepan dengan kesesakan jalan raya terutama pada musim cuti sekolah. Jadi cable car adalah pilihan paling selamat.
Naik bas ke Genting Highlands |
Menaiki bas juga adalah pilihan popular dikalangan pelancong. Anda boleh beli tiket bas dan terus berhenti di puncak iaitu di SkyWay Avenue Station.
Ramai pelancong dari KL memilih untuk ke Genting dengan bas sahaja. Ini kerana harga murah dan lebih selamat sekiranya anda tidak biasa memandu di kawasan curam.
Anda boleh menaiki bas ke Genting di beberapa hentian bas iaitu:
- 1 Utama Bus Terminal
- Pudu Sentral
- KL Sentral
- Gombak LRT Station
- Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Anda boleh rujuk harga tiket bas ke Genting di BusOnlineTicket.com dan tempah secara atas talian.
Genting SkyWorlds Theme Park |
Taman tema outdoor yang baharu beroperasi ini menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara. Menyediakan pelbagai jenis permainan bertaraf antarabangsa. Penuh dengan rides bertemakan filem-filem Hollywood popular.
Menawarkan 9 tema berlainan, dan setiap satunya memiliki rides, kiosk, permainan, mini cinema yang awesome!
- Eagle Mountain
- Central Park
- Liberty Lane
- Robots Rivet Town
- Andromeda Base
- Ice Age
- Studio Plaza
- Epic
- Rio
Sekiranya bertuah, anda bakal dihujani dengan ‘salji’ buatan di kawasan tertentu. Ini sudah tentu memberikan pengalaman unik memandangkan anda sudah berada di kawasan dingin.
Tempat: Genting SkyWorlds Theme Park
Harga tiket: Dewasa RM151 | Kanak-kanak RM128 (Beli di – KLOOK) |
Skytropolis Indoor Theme Park |
Theme part kedua yang ada di Genting Highlands adalah Skytropolis Indoor Theme Park. Sebuah taman tema indoor yang terletak di First World Plaza. Dengan keluasan 400,000 kaki persegi ini anda boleh nikmati pelbagai jenis rides dan permainan menarik.
Sesuai untuk seisi keluarga, dan setiap permainan dikelaskan mengikut umur dan ketinggian. Banyak rides unik untuk anak-anak kecil. Jadi memang berbaloi ke sini terutama pada musim cuti sekolah.
Tempat: Skytropolis Indoor Theme Park
Harga tiket: RM61 (unlimited pass ride) | Beli di – KLOOK |
Untuk menaiki cable car, anda boleh terus ke Awana SkyWay dengan klik Google Map di bawah sebagai panduan.
3 Replies to Harga Tiket Cable Car Genting (2024) – RM10 [order di sini]
Tiket cable car turun naik
Hii bila outdoor genting Highlands akan di buka
Sari, sepatutnya tahun depan bulan october kot. tapi kami pun x pasti. nak nak pula, lepas genting highland saman walt disney 4 billion