Genting Highlands

Aktiviti Outdoor Theme Park Genting Highlands

Bercuti ke Taman Tema Genting Highland menjadi idaman rakyat Malaysia. Dengan cuaca di negara ini yang panas sepanjang tahu, sekali sekala lari dan menikmati suhu dingin sememangnya mengasyikkan. Bila sebut tentang Taman Tema Genting, pasti pelbagai permainan yang ada di sana terbayang di minda bukan? Apa aktiviti outdoor theme park Genting Highland? Teruskan membaca artikel ini.

Dengan Cuma satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur sudah cukup untuk ada bergembira bersama keluarga di sini.

Ada yang tertanya-tanya, apakah permainan outdoor yang menarik di Genting? Malangnya permainan outdoor sudah lama dihentikan untuk memberi laluan kepada pembinaan taman tema  20th Century Fox World.

Anda pasti familiar dengan nama  20th Century Fox bukan? Sebuah studio yang mengahasilkan filem Hollywood yang pecah panggung. Menariknya taman tema ini bakal memuatkan pelbagai jenis permainan yang diinspirasikan dari beberapa filem popular  20th Century Fox.

Seperti Titanic, Ice Age, Night At The Museum, Deadpool, dan banyak lagi.

Akan tetapi hasrat rakyat Malaysia untuk berhibur di sini masih lagi samar-samar. Walt Disney dan Twenty-First Century Fox Inc disaman lebih AS$1 bilion (RM4.19 bilion) semalam oleh pemilik kasino Genting Malaysia Bhd atas tuduhan melanggar kontrak.

Akan kami kemaskini dalam artikel akan datang.

Oleh itu kami kongsikan beberapa aktiviti menari yang boleh anda lakukan di Taman Tema Genting Highlands.

Aktiviti dan tempat menarik di Genting Highlands

Indoor Theme Park

Nah, kalau anda bercadang nak bercuti di Genting Highlands 2019, pastikan anda berkunjung ke indoor theme park mereka. Banyak permainan menarik yang sesuai untuk seisi keluarga.

Terletak di dalam pusar membeli belah, anda seolah melangkah ke dunia baharu. Bangunan setinggi 4 tingkat ini menawarkan permainan mempersonakan seperti:

  • Carousel
  • Tour de Paris
  • Ferris Wheel
  • Venice Gondola
  • Monorail
  • Reindeer Cruiser
  • Euro Express
  • Genting Sky Venture
  • Harga tiket Genting Highlands Theme Park 2019

Tiket masuk indoor theme park sangat murah iaitu RM60, sekali bayar dan anda boleh bermain semua jenis permainan yang ada. Ataupun, anda juga boleh membayarnya hanya untuk bermain permainan pilihan sahaja.

Rugi pula kan? Lebih baik beli tiket RM60. Tiket boleh di beli di Klook.com.

Snow World

Inilah peluang anda untuk rasa main salji dalam suhu dan suasana bak benua Eropah. Taman ais yang merupakan sebahagian daripada Resorts World ini menjadi salah satu tarikan utama pelancong selain daripada Taman Tema Genting Highland.

Suhu dalam SnowWorld mencecah -6 celcius. Memang seronok! Anda bukan sahaja dapat menikmati suhu dingin, tetapi banyak permainan menarik di sediakan.

Kami pasti anak-anak pasti akan teruja bukan sekada dengan suhu sejuk, bahkan banyak tarikan lain yang ada seperti gelongsor Cresta Run, ukiran ais menarik, cahaya lampu LED, malah ia direka supaya Snow World boleh bertukar dari siang ke malam.

Anda kena siap sedia dengan baju tebal, tetapi jangan risau kerana pakaian tebal boleh di sewa di sini.

Harga Tiket: Bayaran Masuk (MyKad): Dewasa (12 – 59 Tahun) RM40 | Kanak-kanak (3 – 11 Tahun) RM30 | Warga Emas (60 Tahun & Keatas) RM30

Waktu Operasi: 9:30 am – 11.20 pm

Alamat: Level T2A, First World Plaza, 69000 Genting Highland Resorts, Pahang

Sky Avenue

Buat kaki shopping, jangan lepaskan peluang untuk membeli belah di Sky Avenue, sebuah pusat membeli belah bertaraf antarabangsa. Anda boleh temui butik pakaian berjenama, pusat hiburan, dan restoran.

Bercakap soal restoran, ramai yang merungut makanan di Genting Highlands mahal. Apa kata anda cuba makan di Medan Selera Food Court @ SkyAvenue.

Medan selera ini menawarkan pelbagai jenis juadah dari tempatan, Thai. Western, Japanese, dan Italian. Persekitarannya juga cantik dan selesa. Malah, harga makanan di food court ini agak berpatutan.

Sky Avenue ini sangat happening. Ia adalah tempat menarik di Genting Highlands waktu malam.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Tak perlu ke luar negara kerana Tanah Tinggi Genting di Bentong sudah mampu melengkapkan percutian anda.

Walaupun aktiviti outdoor Genting Highlands masih belum dibuka, masih banyak lagi keseronokkan yang boleh anda rasai di sana. Jika tidak masakan ia Genting menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia? Selamat bercuti!

 

One Reply to Aktiviti Outdoor Theme Park Genting Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!