Taman Tema Genting Highlands merupakan antara destinasi pelancongan yang paling popular di Malaysia. Berdasarkan statistic yang dikeluarkan oleh TourismPahang untuk purata tahun 2016, 2017, dan 2018. Kira kira dari 6 hingga 8 juta juga jumlah pelawat yang ke Genting Highlands dalam setahun.
Pihak kerajaan Malaysia telah pun membenarkan sektor pelancongan dibuka dan kita semua sudah diberi kebebasan untuk rentas negeri sejak pandemik. Maka kunjungan pelancong ke Genting Highlands semakin meningkat. Tambahan pula outdoor theme park atau Taman Tema Genting SkyWorlds akhirnya dibuka pada 8 Februari 2022 lalu.
Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds bakal membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem popular terbitan Fox seperti Epic, Robots, Ice Age, Night At The Museum, Rio, dan banyak lagi.
Nikmati pameran bertemakan pengembaraan, dan juga permainan yang bertaraf antarabangsa.
Antara tarikan yanf ditawarkan adalah:
Selain taman tema, anda juga boleh nikmati pelbagai hidangan menari di beberapa buah restoran seperti Five Guys, membeli belah, dan banyak lagi tarikan menyeronokkan dalam cuaca dingin.
Harga tiket adalah RM189, tetapi sekarang Genting SkyWorlds menawarkan diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Feb hingga 31 Mac 2022. Harga tiket sekarang adalah RM151 dan RM128 untuk kanak-kanak.
Boleh tempah tiket di – Klook.com
Kalau nak gerak dengan kenderaan sendiri boleh follow Google Map atau pun Wave ya. Kami lebih prefer Google Map. Anda boleh decide untuk terus drive sampai ke atas atau pun macam kami pergi baru baru ni, hanya perlu parking di bawah (Awana Skyway) dan naik Cable Car sahaja.
Untuk naik kereta cable ada 2 station yang sepatutnya boleh naik. Iaitu Awana Skyway dan juga Genting Skyway.
Tapi Genting Skyway ni sudah tutup dan hanya buka Awana Skyway sahaja.
Untuk tempahan tiket Cable Car dari kaunter Awana Skyway, anda perlu beratur. Agak panjang terutaman pada hujung minggu dan cuti sekolah. Kami galakkan anda beli tiket secara online di Klook.com.
RM10 sahaja. Beli di – Klook.com
Boleh berhenti di bawah Awana Skyway juga, sebab disediakan perhentian bas di sana.
Kenapa Genting Skyway TUTUP?
Seperti yang saya katakan tadi, untuk perkhidmatan kereta cable ke puncak genting ada dua:
Awana Skyway ni sudah upgrade dan lebih baik kemudahannya dengan Genting Skyway. Genting Skyway hanya menempatkan station cable car sahaja, tapi Awana Skyway siap ada shopping complex lagi.
Ruangan parking kenderaan pun lebih selamat.
View dari ruang atas ( bumbung ) Shopping Complex Awana ini pun cantik sebab betul betul menghadap pergunungan. Banding dengan Genting Skyway yang seakan bangunan lama yang usang sahaja.
So kita faham lah, kenapa pihak pengurusan Genting sendiri focus pada Awana Skyway sahaja, untuk majukan juga pernigaan perniagaan di Shopping Complex Awana yang disewakan mereka.
Dan untuk perkhidmatan bas yang available dan harga. Anda boleh rujuk RedBus di artikel, cara tempah tiket bas ke Genting Highlands menggunakan RedBus
Indoor theme park memang sudah terkenal di kalangan pelancong. Terdaapat pelbagai permainan dan keseronokkan yang ditawarkan. Sesuai untuk semua peringkat umur, Skytropolis menyediakan lebih 20 jenis permainan dan tarikan untuk pelancong.
Jika anda perhatikan, ia seolah olah membawa penonton ke beberapa negara dalam satu bangunan. Ia dapat dilihat melalui jenis permainan yang disediakan seperti:
Tidaklah mahal sangat. Kalau nak diskaun, boleh beli di KLOOK pada harga RM62 sahaja. Beli – https://bit.ly/3hdwapW
Kalau di Genting ada dua pilihan untuk anda manginap, sama ada di atas atau di bawah.
Saya sendiri lebih selesa menginap di bawah, pergi 2 3 kali pun menginap di bawah sahaja. Di Hotel Seri Malaysia. Dan kalau nak naik atas, hanya perlu menuju ke Awana Skyway dalam 7 minit.
So, saya cadangkan kalau anda memang lebih selesa untuk menginap di bawah, atau pun mungkin hotel yang di atas sana sudah habis boleh jadikan Hotel Seri Malaysia antara pilihan terbaik untuk anda.
Selain daripada Hotel Seri Malaysia, ada beberapa lagi hotel yang OK untuk anda menginap di bawah, antaranya:
Atau kalau memang nak menginap di atas, antara hotel yang patut anda jadikan pilihan ialah:
Untuk yang nak menginap di atas, macam yang saya katakan di awal tadi. Kalau memang nak drive naik kereta ke atas boleh juga, atau pun parking di Awana Skyway naik cable car. So beg beg yang di bawa tu faham faham lah ya, jangan semua nak diangkut, baldi baldi semua simpan.
Apa apa pun, selamat datang ke Taman Tema Genting Highlands, semoga review dan perkongsikan kami dari TeamTravel ini sedikit sebanyak mampu memudahkan perjalanan anda.
Sekiranya terdapat soalan atau cadangan, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
Kalau beli tiket online dengan harga rm60 tu termasuk semua permainan ke? Macam mana kalau dah bayar rm60 tu tapi nnti dkt sane ade permainan yg tak dapat pengunjung main?
Hello ..theme park outdoor sekarang dah buLey masuk😳 ?
saya dah call kan untuk cik nara. outdoor tak siap pun lagi. indoor sahaja
Hello..nak tanya..theme park outdoor sudah boleh masuk???
hi untuk bdk kecik 1yr sesuai x utk main indoor?
eh maaf, 1 year old ya. kecik sangat tu, saya tak pasti pula. atau kalau ada mainan yang bapak sekali boleh naik 🙂
kalau pakej all past berapa yer untuk tahun 2019
Hi.. harga tiket indoor theme park berapa? Semua game indoor boleh main ke?
hi, if kite nak beli tiket indoor, kena beli online sahaja or bole beli di kaunter?
Hi…blh x sy nk tanye klu indoor theme park kena beli tiket utk nk main game n klu kita bawa senior citizen yg x main pape di indoor theme park..kena.bayar juga ke..just duduk di coffee house..?
Salam sis,,Nak tnye klau sy nk bli tiket indoor n skyway slain bli di genting…Area gombak atau kl ada kaunter yg buka utk bli tiket x?…Nk jimat masa kt skyway tu xperlu bli tiket lgi dh..
Hai. Outdoor Theme Park masih ditutup ke buat masa sekarang (pertengahan Disember 2018) ? Boleh kongsi harga tiket Skyway dan Taman Tema ? Thank You
Salam…nk tanye..skrg indoor dan snow world broperasi ke tak?
Hii
Bulan 2 2019 untuk tema permainan
Outdoor sudah boleh buka ta
Pls email me latest info regarding the theme park
Assalamualaikum, harga ticket indoor theme park termasuk sekali dgn snow house ke?
Maaf nak tanya. Boleh tak share cara-cara untuk pergi genting highlands ni dari kuala lumpur? kos utk transport dan facilities?
Maaf nak tanya. Boleh tak share cara-cara untuk pergi genting highlands ni dari kuala lumpur? kos utk transport dan facilities?
Bila outdoor akan dibuka?
Hi..indoor theme park yg under renivation sudah beroperasi ke
Assalamualaikum nk tnye pekej skali tiket theme park hotel dgn mkn😊😊😊
tak sabar nak naik genting..agak2 bila la yae open..nak naik sana..lama sgt dah tak kesana..tutup lama sgt..😉
Encik, outdoor park da buka ka belum?
Hi Azielah, outdoor park masih belum di buka
Snow park tu termasuk indoor ke?
indoor dah buka atau undermaintenance?
tiket indoor tu tuk semua permainan ke
ohh dh buka ka indoor? alhamdulillah ujung bulan ni blh lah pi..mcm mn nk beli tiket indoor online,beli dlm talian murah berbanding walk in
Harga tuk All pass berapa
Sya bercdg nak bawa pelajar ke sana… Cdgn yg paling murah sekurang2nya dpt naik kabel car dan indoor
Indoor tu harga terkini ke
Eda
November 7, 2021 at 6:50 pmSalam.. dgr kata sekrng dh bukak outdoor… Hrga brp ye.. pakej semua ni😍outdoor dn indoor.. thank you in advance
Syira Pink
September 30, 2020 at 11:43 amslm nk tya klaw naik cable car tu berhenti satu tempat pastu naik balik kena beli tiket baru ker ataw boleh trus naik
SyedShaff
October 1, 2020 at 4:49 pmWasalam. apa maksud ya dengan soalan ni. hehe.
kalau dah beli, memang naik sampai ke atas jer.