Bukit Tinggi

14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Pahang

Seperti yang kami sebut dalam artikel Tempat Menarik Pahang, negeri terbesar di Malaysia ini mempunyai banyak tempat peranginan. Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, dan Janda Baik adalah destinasi popular. Lokasi ini menjadi pilihan kerana suasananya yang nyaman dan menenangkan.

Bagi Bukit Tinggi, ia lebih kepada percutian santai untuk terokai seni bina perkampungan Perancis yang menakjubkan.

Harga tiket masuk Bukit Tinggi 2023

  • Dewasa: RM16
  • Kanak-kanak (12 tahun Ke bawah) : RM8

Harga tiket ini meliputi Colmar Tropicale, Botanical Garden, Rabbit Park, dan Japanese Village sahaja.

Oleh itu, kami kongsikan senarai tempat menarik di Bukit Tinggi yang boleh anda kunjungi.

Botanical Garden

Botanical Garden terletak kira-kira lima minit dari Colmar Tropicale sekiranya menaiki kereta ataupun bas ulang-alik yang disediakan. Taman botani ini menempatkan pelbagai jenis tumbuhan termasuk pohon herba, bunga dan orkid liar.

Pengunjung boleh melalui denai yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan sepanjang 1km. Taman ini dijaga dengan rapi jadi landskapnya memang menarik. Pencinta pokok bunga dan tumbuhan pasti tidak dapat menahan diri dari merakam gambar sekiranya ke Botanical Garden.

Pada kami, Botanical garden ini tidak mesra warga emas dan OKU. Kerana ada beberapa kawasan yang memerlukan anda ‘hiking’ sedikit untuk mendapatkan garden view.

Japanese Village

 

#2 dan #3 – Japanese Village dan Japanese Tea House

Bersebelahan Colmar Tropicale, anda boleh melawat Japanese Village yang merupakan satu-satunya perkampungan Jepun di Malaysia. Perkampungan ini 100% kelihatan seperti berada di negara Jepun.

Dari segi seni bina, landskap, bahkan anda sendiri diberi peluang untuk memakai pakaian kebangsaan mereka, iaitu kimono. Ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelancong akan adat dan budaya orang Jepun.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati di Japanese Village adalah:

  • Japanese Tea House
  • Tatami Spa
  • Ryo Zan Tei
  • Ume Tatami Suite (restoran Jepun)

Japanese Tea House kalau anda memang penggemar atau boleh telan makanan Jepun macam sushi semua memang sesuai. Untuk saya sendiri sekadar boleh tahu sahajalah. Nak rasa sendiri memang bukan dia.

  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 9.30 am  – 5 pm.
  • Harga tiket: Dewasa (RM12) | Kanak-kanak (RM8)
  • GoogleMap

#4 Taman Jepun

#5 Japanese Garden Bukit Tinggi |Public Parking

#6 Adventure Park by Colmar Tropicale

Last saya main sukan lasak ni masa sekolah menengah daulu. Sekarang saya dah 32 tahun. Sukan lasak tak buat dah. Makan secara lasak ja. Kalau anda memang berminat boleh cuba. Ada macam macam aktiviti disediakan. Antaranya flying fox zip line yang sejauh 900m. Hampir 1 km juga tu.

Ini ada Vlog daripada Amiruddin Zainal

#7 Colmar Tropicale Berjaya Hills

Berkunjung ke Bukit Tinggi tidak akan lengkap jika tidak ke Colmar Tropicale. Tempat itu dibangunkan mengikut reka bentuk bangunan dan suasana suasana perkampungan sebenar di Alsace, Perancis. Tempat inilah yang paling banyak orang bergambar di Bukit Tinggi. Masa mula mula saya sampai ke Bukit Tinggi, tercari juga yang mana satu kedudukan bangunan dalam gambar atas ni.

Dan selepas memang saya sampai sendiri, rupanya kesemua tempat yang saya buatkan jadi no 6 untuk gambar destinasi pilihan kita adalah berada di satu tempat yang sama.

Ini pula kalau gambaran dari Google Map Satelite.

Sebenarnya, kalau anda lihat dari bawah, atau dari kawasan entrace/guard untuk bayar tiket masuk boleh nampak. Deretan bangunan ini yang memanjang. Tapi gambar itu saya sudah hilangkan. Tak tahu mana saya letak. Mungkin dalam handset lama.

Dari jauh lagi anda sudah dapat lihat bangunannya tersegam indah. Masuk sahaja ke perkampungannya, pengunjung akan merasa bagaikan berada di perkampungan benua Eropah.

Anda boleh memilih untuk bermalam di sini kerana terdapat resort di dalamnya. Jangan lupa merakam gambar kenangan di sini!

  • Tiket masuk ke Colmar Tropicale.
  • Harga tiket: Dewasa (RM16) | Kanak-kanak (RM8)
  • Location: GoogleMap

Hotel di Colmar Tropicale

  • Colmar Tropicale French Theme Resort – RM204
  • Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi – RM208

Ada juga perkhidmatan shuttle bas untuk perjalanan anda ke Adventure Park dan Japanese Village dari sini.

#8 Rabbit Farm dan Rabbit Park

Rabbit Farm dan Rabbit Park ni adalah dua tempat yang tak jauh pun. Jadi kami sekalikan sahaja tempat menarik ni di dalam point yang ke 8. Sebenarnya Rabbit Farm ni memang perlu diselenggara dengan lebih baik lagi. Sebab tempat ni ada so much potential untuk jadi tarikan utama di Bukit Tinggi. Tapi mungkin sebab masalah bajet atau macam mana.

Macam sudah dipinggirkan.

Kalau anda sudah sampai sana untuk tahun 2020 ni, selepas MCO. Boleh updatekan pada kami? tinggalkan di ruangan comment. Sebab kalau tidak silap arnab ni pun sudah tak berapa banyak dah. Whole area pun sudah tidak diselenggara dengan baik.

Makanan pun tak dibenarkan untuk pengunjung suap sendiri pada arnab. Mungkin sebab restriction sebab masalah covid.

Apa pun, kita harap animal farm ni dibaik pulih secepat mungkin. Sebab ia antara tarikan yang utama di Bukit Tinggi.

#9 Masjid Berjaya Hills Resort

Tak ada yang saya nak kongsikan di Masjid ni sebenarnya. Cuma alang alang dalam perjalanan kita ke pusat menunggang kuda selepas ini. Boleh juga kita singgah di Masjid Berjaya Hills Resort. Sumbangkan seringgit dua, ada juga saham kita dari Bukit Tinggi kan.

Jum kita teruskan perjalanan lagi.

#10 Horse Trails

Dan untuk mereka yang memang berminat untuk menunggang kuda.

Horse Trails sebuah ladang kuda dengan pemandangan bukit, lembah,  dan udara segar Bukit Tinggi, pengalaman menunggang kuda di sini pasti menjadi lebih bermakna.

Anda boleh memilih beberapa aktiviti yang disediakan di sini seperti Jungle Ride, Golf View Ride, Creek and River Ride, dan Picnic Ride. Terdapat beberapa pakej menarik dengan harga berbeza yang boleh anda cuba.

Harga menunggang kuda di Horse Trails:

  • 2 hour ride: RM180
  • 3 hour ride: RM250
  • Half-day ride (with picnic lunch) min 2 people: RM320
  • Full-day picnic (with picnic lunch)min 4 people: RM600
  • GoogleMap

#11 Kesyar Falls Eco Sanctuary

Ini camping side juga. Macam Kebun Yah di no #15. Kalau Kebun Ayah aliran sungai sahaja. Tapi kalau di Kesyar Fall Eco ni, siap ada air terjun sekali. Sangat menarik.

#12 eRYAby Suria Hot Spring Bentong

Penginapan 3 star ni adalah antara penginapan pilihan utama selepas The WaterWay Villa di Bukit Tinggi.

Terletak sebelah dengan Sungai Benus, penginapan berkonsepkan modern ni hanya 24 km sahaja dengan Hutan Lipur Lentang, dan 27 km daripada Botanical Garden. Atau lebih kurang 40 minit drive kereta.

#13 The Waterway Villa

Saya mula sedar akan kewujudan The Waterway Villa dalam tahun lepas (2019, sekarang 2020 ). Ternyata, memang tempat ini sangat popular dan menjadi pilihan utama mereka yang berkunjung ke Bukit Tinggi. Mana tak nya, swimming pool yang macam ni siapa yang tak tertarik.

#14 Lata Hammer Waterfall

Kalau di Janda Baik memang banyak air terjun dan sungai sungai yang anda boleh lawati. Siap ada sungai yang di dalam resort lagi kalau di Janda Baik. Tapi kalau di Bukit Tinggi tak kurang juga bestnya. Anda boleh cuba mandi manda beriadah bersama keluarga di Lata Hammer Waterfall.

#15 Kebun Ayah

Ini adalah untuk kawasan camping. Menarik juga untuk anda yang datang secara berkumpulan untuk merasai sendiri nikmat rainforest.

 

4 Replies to 14 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Pahang

  1. Terima kasih atas maklumat yang telah di kongsikan. Sangat membantu saya untuk merancang percutian saya dengan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!