Percutian di tempat dingin sememangnya menjadi impian rakyat Malaysia. Rata-ratanya ingin lari dari suhu panas dan meluangkan masa di tempat yang beriklim sejuk buat seketika. Anda tidak perlu ke luar negara kerana di Pahang, terdapat tiga destinasi percutian tanah tinggi yang boleh anda pergi. Salah satunya adalah Bukit Fraser. Terdapat beberapa penginapan menarik di Bukit Fraser yang boleh anda pilih. Tak tahu nak pilih yang mana satu? Jangan risau, kami akan bantu dengan menyenaraikan beberapa buat hotel di Bukit Fraser.
Fraser’s Hill tidak jauh dari Kuala Lumpur. Cuma memakan masa 2 jam pemanduan. Bolehlah jadikan Bukit Fraser sebagai ‘short getaway’ untuk anda sekeluarga.
Untuk pengetahuan, majoriti hotel di Bukit Fraser tidak mempunyai penghawa dingin. Ini kerana suhu kawasan ini sejuk dan anda tidak memerlukan penghawa dingin. Anda boleh semak harga terkini hotel di laman menempah seperti Booking.com atau Agoda.
#1 Shahzan Inn Fraser’s Hill – harga dari RM150
Salah satu penginapan mampu inap di Bukit Fraser. Hiasan dalamannya agak old style tetapi bilik bilik yang di tawarkan adalah bersih.
Shahzan Inn Fraser’s Hill terletak di dekat dengan menara jam dan pada golf. Jadi ia tidaklah begitu sunyi.
Jika anda ingin jalan-jalan untuk melihat kawasan Bukit Fraser, anda boleh menyewa basikal pada harga yang berpatutan.
Kemudahan: Restoran, bilik permainan video, tenis, sarapan
Alamat: Jalan Lady Guillemard, 49000 Bukit Fraser, Pahang Darul Makmur,, 49000 Bukit Fraser, Malaysia.
#2 Puncak Inn Fraser’s Hill – harga dari RM94
Merupakan sebuah hotel murah di Bukit Fraser, Pahang yang menghadap menara jam. Mereka menawarkan pelbagai jenis penginapan antaranya bilik hotel, apartment, dan bungalow.
Tidak ada masalah jikalau anda berkeluarga besar. Pilih sahaja apartment. Bilik jenis ini menawarkan kemudahan seperti ruang tamu, sofa, tv, dan dua atau tiga bilik tidur. Kalau nak cari homestay murah di Bukit Fraser, pilih sahaja Puncak Inn. Sebab ia lengkap dengan kemudahan.
Puncak Inn turut menawarkan perkhidmatan lain seperti:
- Menunggang kuda
- Memanah
- Jungle trekking
- Mini golf
- Paddle Boat
Alamat: Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
#3 Ye Olde Smoke House – RM495
Percutian berkonsepkan English memang menarik bukan? Ye Olde Smokehouse bakal memberikan anda pengalaman bercuti dengan suasana bak Eropah.
Ia adalah bangunan lama yang diubahsuai menjadi hotel. Ia bukan sekadar pada nama. Ye Olde Smokehouse benar-benar menerapkan English style di segenap sudut premis.
Dari kerusi, perhiasan, dan katil, lampu, semuanya membuatkan anda seolah-olah berada di England.
Penginapan di sini agak mahal. Tetapi kami yakin yang ia berbaloi.
Nombor telefon: 09-3622035
Kemudahan: Restoran, wifi,
Laman web: http://www.thesmokehouse.my/
Alamat: Jalan Jeriau, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang
#4 TM Resort Sri Intan – harga dari RM148
TM Resort Seri Intan adalah antara penginapan berkonsepkan bungalow. Terletak kira-kira 1 km dari pekan, ia menawarkan percutian yang selesa dan menenangkan.
Bilik-biliknya tersedia dengan beranda, wifi, tv, dan ruang tamu.
Resort ini turut memberikan akses taman berlandskap indah buat tetamu. Selain itu, jika anda datang dengan kumpula, kawasan BBQ dan peralatannya sudah cukup lengkap.
Kemudahan: Wifi, BBQ, restoran, menunggang kuda, mini golf.
Alamat: Jalan High Pines, 49000 Bukit Fraser, Malaysia
Sejujurnya tidak banyak penginapan murah di Bukit Fraser. Agak susah nak cari yang sekitar RM100 dan ke bawah. Mungkin juga faktor struktur tanah tidak membenarkan kawasan ini dibangunkan.
Tempat menarik di Bukit Fraser
Sudah bercerita tentang senarai hotel di Bukit Fraser, apa pula tarikan menarik yang ada di tanah tinggi ini. Suhu bukan satu-satunya tarikan yang anda. Anda boleh ke:
- Bird Interpretive Center (Taman Burung)
- The Paddock Fraser Hill
- Allan’s Water
- Kelab Golf Diraja Bukit Fraser
- Air Terjun Jeriau
- TamanFlora Bukit Fraser
Semoga artikel senarai hotel di Bukit Fraser ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam merancang percutian di tanah tinggi ini. Bukit Fraser adalah destinasi percutian terbaik untuk mereka yang ingin beristirehat dan menenangkan fikiran.