Bukit Tinggi

Hotel Murah di Bukit Tinggi Pahang

Untuk hotel di Bukit Tinggi yang paling murah ialah Colmar Tropicale. Itu pun dalam 200 ringgit juga. kalau anda nak bawah 200 memang kami rasa sudah tiada dah di sini. Malahan, penginapan yang kami rekemen kalau anda ke Bukit Tinggi ini pun hanya ada 4 buah sahaja.

Klook.com

Yang pertama Colmar Tropicale tadi, lebih kurang dalam RM 223

Apartment Genting Sempah Berjaya, dalam RM 420 untuk 6 orang.

Oh ya, mungkin PeppaVille Resortyang dalam RM 198. Rendah yang tak jauh beza sangat. Tapi PapaVilla ni kedudukannya agak jauh dengan Colmar Tropicale.

Maksudnya, kalau anda idam-idamkan untuk datang ke bangunan orang putih di Bukit Tinggi seperti di bawah ni..

Memang elok sangat lah kalau menginap di Colmar Tropicale atau pun Apartment Genting Sempah. Sebab dua penginapan ni memang berada di dalam bangunan bangunan yang macam design orang putih ni.

Sekarang, kami nak kongsikan beberapa keping gambar untuk suasana di Colmar Tropicale dan Apartment Genting Sempah

Colmar Tropicale

Manakala Apartment Genting Sempah Berjaya Hill pula

**kami tak galakkan anda untuk bercuti di Bukit Tingi, lebih baik tinggal di First World Genting Highlands. Apa apa pun, terpulang kepada anda.

Seterusnya, kita sambung semula dengan PeppaVille Resort tadi.

Resort ni mendapat rating yang agak baik juga. memang agak susah sebenarnya kalau mana mana penginapan tu berjaya dapatkan rating 8.0 ke atas.

Ia terletak lebih kurang dalam 40 minit daripada Colmar Tropicale.

Yang menarik nya, resort ini terletak betul betul di atas satu lembah di Bukit Tinggi. Dengan tarikan swimming pool dan pemandangan pergunungan yang menghijau. Pasti siapa pun rasa puas di tambah pula dengan 2 3 batang rokok sebagai peneman.

Sesetengah bilik ada balcony yang menghadap ke lembah pergunungan Bukit Tinggi. Boleh lihat salah satu gambar yang kami screenshot kan di bawah.

Yang Terakhir..

Untuk penginapan terakhir yang kami boleh cadangkan ialah The WaterWay Villa. Villa bertaraf 4 bintang ini terletak lebih kurang 32 minit daripada Bukit Tinggi, dan 1 jam perjalanan daripada Genting Highlands. Kalau daripada Kampung Janda Baik pula, lebih kurang dalam 30 minit.

Villa ini ada 12 jenis bilik/suite yang anda boleh pilih. Daripada serendah RM 400 untuk satu malam bagi penginapan 2 orang, sehingga ke RM 1300 untuk satu malam, untuk 8 orang. Di kawasan luar Villa ini ada aktiviti seperti hiking dan memancing kalau anda berminat.

Anda boleh cuci mata sebaik nya di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!