Bukit Tinggi

Tempat Penginapan di Bukit Tinggi

Percutian dalam suhu dingin menjadi idaman rakyat Malaysia memandang negara ini bercuaca panas sepanjang tahun. Mujurlah, Pahang mempunyai tiga destinasi percutian di tanah tinggi bersuhu rendah. Salah satu daripada tiga lokasi tersebut adalah Bukit Tinggi, Bentong. Bukit Tinggi merupakan salah satu tempat menarik di Bentong, Pahang. Dari jauh anda boleh lihat reka bentuk bangunan dan suasana suasana perkampungan sebenar di Alsace, Perancis.

Tetapi persoalannya, nak menginap di mana? Oleh itu TeamTravel malaysia akan menyenaraikan beberapa tempat menginapan di Bukit Tinggi untuk anda pilih. Penginapa utama di sini adalah Colmar Tropicale, Berjaya Hills. Tetapi ia agak mahal. Jadi kami akan kongsikan juga beberapa buah hotel murah yang berbaloi untuk anda sekeluarga.

Sebelum itu kami ingin tekankan yang banyak tempat menarik di Bukit Tinggi yang boleh anda lawati.

#1 Resort Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Penginapan utama di Bukit Tinggi. Cukup indah dengan senibina perkampungan Perancis. Menginap di sini membuatkan anda seolah-olah berada di Eropah. Resort bertaraf 4 bintang ini menawarkan penginapan yang sempurna buat anda.

Colmar Tropicale mempunyai 12 jenis bilik dari Deluxe hinggalah ke suite mewah.

Hari-hari anda diresort ini bakal diisi dengan aktiviti menarik seperti:

  • Menunggang kuda
  • Paintball
  • Permainan ekstrim di Advanture Park
  • Bermain golf
  • Melawat Japanese Village
  • Melawat Botanical Garden

Harga: dari RM213 semalam

Alamat: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

#2 Tumike Hotel Bentong

Tumike adalah antara hotel murah di Bukit Tinggi, ia terletak di luar kawasan Colmar Tropicale. Untuk ke sana melalui hotel ini anda Cuma perlu memandu sekitar 30 minit sahaja.

Lengkap dengan tv satelit, hotel ini juga mempunyai hiasan dalamam yang minimal tetapi menarik.

Harga: RM108 semalam

Alamat: P.6-G, Jalan MG3,, Pusat Perniagaan Mutiaramas Gemilang,, 28700 Bentong, Pahang

#3 Berjaya Hills Resort Bukit Tinggi

Terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika pada 2,500 kaki di atas paras laut. Dengan pemandangan yang menghijau,kawasan resrot ini pasti dapat menghilangkan penat anda

Ia menawarkan penginapan yang tenang di pusat peranginan bukit yang indah dan klasik. Apatah lagi dengan senibina mengagumkan yang membuatkan anda terpesona.

Harga: RM279 semalam

#4 Selesa Resort Bukit Tinggi

Resort ini menawarkan penginapan yang agak murah. Ini kerana anda boleh memilih 3 jenis bilik yang ada iaitu budget, economy, dan deluxe.

Terpulang kepada bajet dan kapasiti sekiranya anda datang bersama keluarga yang besar.

Kemudahan: swimming pool, restoran, ruang tamu, bilik keluarga

Alamat: Selesa Hillhomes Bukit Tinggi, 28750, Pahang, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Homestay di Bukit Tinggi

#5 PeppaVille Resort

PeppaVille Resort bertempat di atas sebuah lembah, dan menawarkan tempat penginapan yang menenangkan di Bukit Tinggi. Resort ini menawarkan kolam renang luaran dan kawasan umum yang luas yang menghadap ke kehijauan yang subur.

Kami pasti anda akan berpuas hati jika menginap di sini. Bukan sahaja selesa, bahkan hiasan dalamannya juga unik. Tambahan pula ia terletak di lereng bukit, anda boleh menjamu mata dengan menyaksikan pemandangan yang indah.

Selain itu kami kelaskan PeppaVille sebagai homestay murah di Bukit Tinggi kerana harganya tidak sampai RM200.

Harga: RM198 semalam

Alamat: A323, Jalan Tanarimba Sum Sum, Janda Baik, Bentong, 28750 Bukit Tinggi, Pahang

Tempat makan di Bukit Tinggi Pahang

Le Poulet Roti

Restoran Le Pulet Roti menyajikan makanan western yang digabungkan dengan masakan Melayu. Kebanyakkan berasaskan ayam. Hidangan yang dijual agak besar. Pastikan juga anda bawa duit lebih ya? Sebab harganya agak mahal.

Antara menu yang ada adalah Classic Roast, Ayam Percik bersama nasi dan kacang panggang, dan oriental roast.

Alamat: KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi 28750 Bentong, Pahang.

La Flamme Restaurant

Terletak di dalam Colmar Tropicale, La Flamme berkonsepkan restoran di Perancis. Susun atur perabot dan hiasan membuatkan anda seolah olah berada di Eropah.

Menu apa yang ada di sini? Semestinya segala jenis masakan western seperti pasta, pizza, spaghetti, dan lain lain.

Harganya juga agak tinggi. Tetapi kami pasti ia berbaloi kerana restoran ini selesa, portion nya besar dan menyediakan hidangan Eropah yang asli.

Waktu operasi: 24 jam

Alamat: Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Kawasan tanah tinggi Bentong ini memang bebrbaloi untuk dilawati. Apatah lagi ia dekat sahaja dengan KL. Malah tempat penginapan di Bukit Tinggi juga menawarkan pelbagai kemudahan yang mampu menceriakan lagi percutian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!