Pahang Darul Makmur merupakan negeri terbesar di Malaysia. Malah, negeri ini mempunyai geografi dan alam semula jadi sempurna iaitu meliputi tanah tinggi, tasik, hutan lipur, gunung –ganang, pantai, dan pulau. Maka tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat-tempat menarik di Pahang.
Jadi melalui artikel ini Team Travel akan senaraikan beberapa lokasi menarik di Pahang. Bermula dengan lokasi tanah tinggi, tasik, pantai, air terjun, dan pulau yang ada di negeri ini.
Dalam pada itu, kami sertakan juga pautan Google Maps Location untuk memudahkan perjalanan anda.
Genting Highland
Tidak dinafikan cuaca di Malaysia ini memang panas. Sekali sekala jika ingin menikmati percutian dingin dan menyegarkan, kami cadangkan anda supaya ke genting Highland. Hanya memakan masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Kuala Lumpur.
Suhu di Genting Highland adalah di antara 20 darjah Celsius hingga 24 darjah Celsius pada ketinggian kira-kira 1,000 meter dari paras laut. Ia dikelilingi flora dan fauna yang subur, selain turut menyimpan khazanah alam termasuk sungai dan air terjun.
Selain cuaca sejuk dan nyaman, satu lagi faktor utama yang menyumbang kehadiran pelancong ke Genting Highland adalah taman temanya. Dengan adanya taman tema yang luas, panggung wayang, teater, dewan konsert percutian anda di sini pasti tidak membosankan.
Cuma kami ingin ingatkan, bagi mereka yang belum pernah ke sini… harga makanan di Genting agak mahal. Harap anda buat persediaan awal.
Bukit Fraser
Ada yang menggelarkannya sebagai ‘Little England’ kerana bukan sahaja bersuhu rendah tetapi reka bentuk kebanyakkan bangunan zaman kolonial British yang ada di tanah tinggi ini.
Bukit Fraser adalah antara lokasi terbaik buat mereke yang mendambakan suasana rehat yang tenang. Keindahan alamnya juga cukup indah, sesuai untuk percutian bersama keluarga, rakan, mahupun bulan madu yang romantis.
Dengan suhu minimum 15 hingga 25 darjah Celsius setiap hari, banyak aktiviti best yang anda boleh lakukan di sini seperti melawat Pusat Burung Interaktif, sewa boat berkayuh di Allan’s Water, menunggang kuda, dan banyak lagi.
Cameron Highland
Kalau sebut Cameron Highland, ladang teh dan strawberri pasti akan muncul di fikiran. Tidak lengkap percutian anda ke Tanah Tinggi cameron sekiranya tidak bergambar di ladang teh yang terbentang luas dan memetik sendiri buah strawberri yang segar.
Antara lain yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah pasar yang terletak di tengah-tengah pekan Cameron Highlands. Banyak sayur sayuran, buahan, dan bunga segar yang boleh didapati di sini. Semuanya dijual dengan harga berpatutan.
Untuk menambahkan lagi seri percutian anda, singgahlah ke Taman Rama-Rama. Selain rama-rama, haiwan lain khususnya dari spesis reptilia seperti ular turut dipamerkan. Harga tiket Taman Rama-Rama Cameron Highland adalah RM7 (Dewasa) dan RM4 (kanak-kanak).
Bukit Tinggi, Bentong
Sebuah lagi percutian di tanah tinggi yang di di Pahang. Terletak hanya 60km dari Kuala Lumpur, Bukit Tinggi menawarkan beberapa tempat menarik seperti Colmar Tropicale, Japan Village, Animal Park, ladang kuda dan taman botanikal.
Namun tarikan utama lokasi ini adalah eindahan seni bina Colmar Tropicale yang bertemakan perkampungan Perancis. Ini menjadikan Bukit Tinggi dan Genting Highland sebagai tempat menarik di Bentong.
Bukit Tinggi merupakan tempat peranginan yang sesuai buat mereka yang inginkan percutian di tempat dingin serta mempunyai sentuhan Eropah.
Gambang Water Park
Faktor utama yang menarik pelancong ke Bukit Gambang adalah Gambang Resort City iaitu sebuah taman tema terbesar di Pantai Timur. Gambang Water Park, Academy Activity, dan Safari Park, merupakan tiga tarikan utama taman tema ini.
Rasai keseronokan bermandi manda di taman tema airnya yang berkeluasan 1 kilometer persegi. Gelongsor juga salah satu permainan air yang menyeronokkan. Ada lima jenis gelongsor berbeza yang boleh anda pilih.
Academy Activity pula meliputin sukan lasak seperti bermain ATV Ride, Family Raft Ride dan pelbagai lagi aktiviti mencabar adrenalin.
Manakala Safari Park pula Safari ini menempatkan lebih 400 spesis hidupan liar. Menariknya di sini, pengunjung akan merasai pengalaman bagaikan berada di dalam hutan sebenar kerana konsepnya yang unik, mesra pengunjung yang membuatkan mereka dekat dengan haiwan. Gambang merupakan tempat terbaik di Pahang untuk meraikan sambutan family day.
Anda boleh rujuk artikel Tempat Menarik di Gambang untuk semak harga masuk ke taman tema ini.
Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak memang cukup popular di kalangan penduduk tempatan. Setiap hari, pantai ini sentiasa dipenuhi pengunjung tidak kira siang mahupun malam. Apatah lagi, lokasinya Cuma 12 minit sahaja dari pusat bandar. Boleh dikatakan antara tempat menarik di Kuantan yang boleh anda lawati.
Teluk Cempedak menjadi kawasan riadah seisi keluarga mahupun teman kerana landskapnya yang cantik dikelilingi batu-batu besar. Deretan restoran yang menyajikan masakan Melayu dan Barat termasuk McDonalds yang beroperasi selama 24 jam menjadikan Teluk Cempedak sebagai lokasi sesuai untuk lepak di waktu malam.
Bahkan, banyak kemudahan yang ada di pantai yang di beri gelaran ‘TC’ oleh masyarakat tempatan ini seperti tandas awam, tempat mandi, wakaf, dan tempat letak kereta.
Mini Zoo Teruntum
Selain Gambar Safari Park, Mini Zoo Teruntum merupakan sebuah lagi zoo yang terdapat di Pahang. Walaupun zoo ini kecil, tetapi ia tetap menempatkan haiwan-haiwan yang menarik buat tatapan anak-anak. Antara haiwan yang terdapat di sini adalah ular, burung unta, kancil, buaya, seladang, orang utan, dan banyak lagi.
Landskap Mini Zoo Teruntum juga menarik setelah dinaik taraf pada 2008. Menariknya, masuk adalah percuma.
Alamat: Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang
Taman Gelora
Cuma 7 minit dari Teluk Cempedak, Taman Gelora merupakan taman rekreasi. Ia menjadi pilihan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan jogging kerana banyak kemudahan bersenam dan laluan jogging sudah disediakan.
Salah satu faktor utama Taman Gelora menarik perhatian pengunjung adalah kerana ia terletak betul-betul di tepi pantai. Penulis sendiri cukup suka beristirehat di Taman Gelora, begitu mendamaikan.
Oh ya, banyak juga gerai makan di sini. Yang paling mendapat perhatian adalah rojak ayam dan nasi ayam. Pada waktu pagi pula, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan nasi lemak di sini.
Alamat: Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan
Natural Batik Village
Untuk peminat kain batik dan ingin mengetahui dengan lebih teliti proses bagaimana dari sehelai kain putih kepada kain batik, Natural Batik Village adalah lokasi yang sesuai untuk anda. Bahkan, anda sendiri akan diberi peluang untuk mencanting mengikut kreativiti dan citarasa masing- masing.
Pengunjung akan dibekalkan dengan satu set alat untuk mencanting batik, termasuk kain yang telah siap dicop, warna dan berus.
Disamping itu, anda juga boleh membeli cenderamata dan kain batik yang telah siap di sini.
Alamat: Kampung Cengal Lempung, 26100 Balok
Petrosains Playsmart
Jika Kuala Lumpur mempunyai Petrosains yang terletak di KLCC, Pahang memiliki Petrosains Playsmart yang terletak di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.
Pusat sains ini pasti akan menceriakan hujung minggu anak-anak kerana item menarik yang membolehkan mereka menerokai dunia sains. Setiap informasi berkaitan sains diterjemahkan dalam bentuk permainan interaktif. Ini adalah supaya anak-anak boleh mempelajarinya dalam keadaan santai dan tidak membosankan.
Dibuka setiap hari kecuali Isnin, bermula 9 pagi hingga 4.30 petang.
Alamat: Jalan Kamunting, 21500, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang
Cherating
Sama ada pelancong tempatan aatau asing, Cherating memang terkenal sebagai pantai perkelahan dan riadah terkemuka di Pahang. Berkedudukan di sempadan Pahang dan Terengganu, Cherating sering menjadi destinasi pilihan mereka yang mahukan percutian di tepi pantai.
Tambahan pula, banyak hotel dan resort mewah dan murah sepanjang persisiran pantai untuk dipilih. Banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip di waktu malam, menaiki ATV, mandi manda, menunggang kuda, Cherating Mangrove River Cruise, dan banyak lagi.
Malah, kini Pantai Cherating menjadi bualan di kalangan peluncur ombak tempatan sebagai pusat luncur ombak terkemuka negara.
Dah alang-alang berada di sempadan Terengganu ni, apa kata terus je ke sana dan terokai tempat menarik di Terengganu pula.
Muzium Sungai Lembing
Pada suatu ketika dahulu, Sungai Lembing pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah terbesar di dunia. Tempat yang kaya dengan sejarah negara ini kini dibuka kepada orang ramai sebagai Muzium Sungai Lembing.
Muzium ini mempamerkan peralatan dan sejarah berkenaan industri perlombongan bijih timah untuk tatapan pengunjung. Menariknya di sini, terdapat terowong bawah tanah yang pernah digunakan oleh pekerja untuk menggali biji timah.
Pengunjung dibenarkan menaiki gerabak kereta api sepanjang 80 meter dan merasai sendiri bagaimana pekerja zaman dahulu melakukan kerja kerja penggalian bijih timah.
Alamat: Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Taman Negara
Taman Negara dikategorikan antara hutan simpan paling tua di dunia. Mereka yang gemar akan alam semula jadi dan keindahan flora dan fauna pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk explore Taman Negara.
Taman Negara yang berkeluasan 4.343 kilometer persegi dan dianggarkan memiliki 150,000 jenis serangga, 10,000 pokok, 300 spesies burung dan 270 reptilia mendiami kawasan itu.
Antara aktiviti lasak yang di tawarkan adalah berjalan malam iaitu nite jungle walk, pemanduan 4WD, jungle tracking, dan banyak lagi. Untuk mereka yang ingin bermalam di sini, jangan risau kerana chalet disediakan.
Bukit Panorama Sungai Lembing
Berketinggian 291 meter dari aras laut, Bukit Panorama mendapat tempat di hati pengunjung sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong asing.
Antara tujuan utama ramai yang sanggup menaiki 815 anak tangga adalah untuk melihat keindahan detik matahari terbit yang cukup indah.
Untuk melihat matahari terbit ini, engunjung perlu memulakan perjalanan sawal jam 5 pagi kerana pendakian ke puncak mengambil masa kira-kira 30 minit. Pendakian anda pasti berbaloi kerana anda akan dapat melihat panorama yang mempersonakan.
Alamat: Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Air Terjun Sungai Pandan
Air Terjun Sungai Pandan atau terkenal dengan panggilan Air Terjun Panching dari penduduk tempatan sering menjadi tumpuan khususnya pada hujung minggu.
Ia bukan sahaja mempunyai pemandangan yang indah dengan air yang jernih dan dikelilingi batu-batu besar, kemudahan di sini juga serba lengkap. Ia merangkumi tempat letak kereta yang luas, tempat solat, tempat persalinan, tandas awam, wakaf, dan gerai menjual makanan ringan.
Alamat: Jalan Air Terjun Sungai Pandan (Panching), 26060 Kuantan, Pahang
Pulau Tioman
Pulau Tioman adalah salah satu pulau pelancongan di negara ini yang memiliki air yang sangat jernih. Maka tidak hairanlah pulau ini tidak pernah putus menerima kunjungan sama ada pelancong tempatan mahupun dari luar negara.
Seperti biasa, banyak aktiviti best yang anda boleh lakukan di Pulau Tioman seperti scuba diving, snorkeling untuk melihat keindahan hidupan laut yang ada di sekitar.
Ramai yang memilih untuk bersantai ditepi pantai atau menaiki banana boat di sepanjang persisiran pantai.
Siapa tidak suka melihat keindahan pantai yang membiru di bawah sinaran matahari?
Muzium Masjid Sultan Abdullah
Bagi yang mencari tempat menarik di Pekan pula, anda boleh ke Muzium Masjid Sultan Abdullah. Sebelum ini ia hanya sebuah masjid tertua di Pekan iaitu dibina pada 1932, kini bangunan ini diubahsuai menjadi sebagai muzium Islam bagi membolehkan pengunjung menghayati warisan Islam.
Seni bina Muzium Masjid Sultan Abdullah cukup unik bagaikan sebuah masjid dalam taman. Ia mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah.
Pengunjung dapat melihat sumbangan Islam dalam tamadun dunia yang pelbagai termasuk alat muzik. Ia diikuti dengan sejarah perkembangan Islam di Pahang dengan penemuan Batu Nisan Permatang Pasir yang menandakan kedatangan Islam di negeri ini.
Alamat: Â Kampung Pancur, 26600 Pekan
Kubang Gajah Water Park
Selain masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin, kat mana lagi tempat menarik di Temerloh? Anda boleh cuba ke Kubang Gajah Water Park. Walaupun tidak seluar Gambar Water Park, menghabiskan hujung minggu di sini bersama anak-anak pasti menggembirakan.
Taman tema air mini ini menyediakan pelbagai kemudahan dan keseronokan bukan sahaja untuk kanak-kanak, bahkan untuk orang dewasa untuk bermandi manda.
Harga tiket:
- Kanak-kanak (Setahun hingga 12 tahun) : RM8
- Dewasa (13 tahun ke atas) : RM10
- OKU (Separuh harga) : RM5
- Penjaga (Yang tidak main air) : RM1
Alamat: Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang
Eight Acres, Raub
Ramai yang menyangka Raub merupakan kawasan terpencil dan dikelilingi hutan rimba sahaja. Jika anda berpeluang ke daerah ini, kami cadangkan supaya anda bermalam di salah sebuah tempat penginapan menarik yang diberi nama Eight Acres.
Eight Acres merupakan sebuah resort mesra alam sekitar di mana ia dibina di tengah-tengah kebun buah-buahan, ladang kelapa sawit, dan ladang getah di Raub. Seni binanya juga menarik iaitu mempunyai sentuhan moden kontemporari.
Bagi penggemar-penggemar durian, datanglah menginap di sini kerana anda bakal dihidangkan durian jenis musang king di sini!
Alamat: Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub.
Janda Baik
Perkampungan ini sangat sesuai buat mereka yang ingin lari dari kebisingan kota. Hanya mengambil masa kira-kira satu jam dari bandar Kuala Lumpur, Janda Baik kaya dengan keindahan flora dan fauna.
Banyak penginapa best yang anda boleh pilihi di sini seperti Suria Hill Country House. Riverside Janda Baik, dan Saujana Janda Baik.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah berkelah, bermandi manda di air terjun, berbasikal, menaikki ATV, dan banyak lagi.
Bagi yang bercadang untuk menjadikan Pahang sebagai lokasi percutian, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan. Rancang percutian anda dengan bijak sebab banyak sangat tempat best di Pahang yang boleh anda lawati.