Tempat Menarik

8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam (2024)

Ipoh adalah ibu negeri Perak dan merupakan bandar ke empat terbesar di Malaysia. Sejak negeri ini menjadi lokasi perlombongan bijih timah utama pada zaman penjajahan British, banyak bangunan-bangunan lama padsa era itu masih lagia digunakan. Bangunan lamanya yang masih tersegam indah menggamit kenangan siapa sahaja yang melihatnya. Selain itu, banyak juga tempat-tempat menarik di Ipoh yang menarik perhatian pelancong. Dalam artikel ini kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Ipoh pada waktu malam yang boleh anda kunjungi.

Preview – tempat makan best dan hotel bajet di Ipoh

Jika bertandang ke Ipoh, rugi kalau tidak teroka bandar ini dengan sepenuhnya. Sebagai ibu negeri bandar Ipoh sangat aktif bergemerlapan pada waktu malam. Ada beberapa tarikan yang lebih menarik jika dikunjungi di malam hari.

Gerbang Malam

Kalau di Kuala Lumpur ada Petaling Street atau Chinatown, di Ipoh pula membeli belah di bazar larut malam Gerbang Malam. Pelbagai barangan yang boleh didapati di sini seperti pakaian, aksesori, alat makeup murah, dan banyak lagi.

Kesemuanya dijual pada harga murah. Jika anda ke sini, jangan lupa tawar menawar harga ya? Mana tahu dapat beli dengan harga lebih rendah. Menariknya deretan gerai di pasar malam ini sepanjang hampir 1 km.

Tempat: Gerbang Malam

Lokasi: Google Map

Kinta Riverwalk

Boleh dikatakan sebagai tempat menarik di Ipoh 2018, Kinta River Front sering menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam. Pokok-pokok di tepi sungai ini dipasang lampu LED menjadikan kawasan ini bergemerlapan pada waktu malam.

Tidak ubah seperti I-City Shah Alam, orang ramai mengambil peluang ini untuk mengambil angin malam sambil menyaksikan cahaya lampu.

Tempat ini sesuai dijadikan tempat lepak sama ada siang mahupun malam. Ini kerana terdapat banyak kedai makan di kawasan sekitarnya.

Tempat: Kinta Riverwalk

Lokasi: Google Map

Bulatan Amanjaya

Bulatan Amanjaya menjadi terikan terbaharu di Ipoh sejak ia mula dibuka kepada orang ramai pada 2016. Terletak di Meru Raya, kawasan ini membuatkan penduduk tempatan teruja dek kerana terbinanya sebuah taman tema air mini.

Pada waktu petang ia menjadi tempat riadah seisi keluarga. Anda boleh bersenam joging, menghirup udara segar sambil menyaksika pemandangan bukit bukau yang menjadi latar belakang kawasan ini.

Pada sebelah malam mula  air pancuran berirama dengan pancaran cahaya berwarna-warni. Usah risau soal tiket, kerana anda boleh menikmati semua kemudahan ini secara percuma.

Tempat: Bulatan Amanjaya

Lokasi: Google Map

Mat Periuk Cafe

Mencari cafe sesuai untuk lepak? Anda boleh ke Mat Periuk Cafe di Kampung Tersusun Tasek. Sesuai untuk golongan muda kerana ia boleh dikelaskan sebagai tempat hipster di Ipoh.

Untuk pengetahuan, cafe ini dimiliki oleh chef selebriti terkenal iaitu Chef Kamarul. Mat Periuk menyajikan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan hinggalah hidangan Western.

Pelanggan dapat menjamu selera dalam keadaan tenang, makanan bercitarasa eksklusif tetapi pada harga mampu mili.

Tempat: Mat Periuk Cafe

Lokasi: Google Map

Ipoh Night Market

Nak lokasi happening untuk santai dan membeli-belah, kami sarankan anda berkunjung ke Ipoh Night Market di Jalan Sultan Azlan Shah Utara. Pasar malam di snini berlangsung setiap hari dari jam 5 hingga lewat malam.

Ada kedai makan, snek, kedai pakaian, gajet, beg, dan aksesori. Rambang mata dibuatnya. Pilihan makanan juga pelbagai, anda boleh cuba mee rebus, nasi campur, rojak, dan masakan panas.

Tempat: Ipoh Night Market

Lokasi: Google Map

Waktu operasi: Setiap hari, 4 pm – 1 am

Miker Food

Kalau anda mencari tempat makan best di Ipoh waktu malam, kami cadangkan anda ke Miker Food di Lot 10 Riverwalk Kinta Riverfront. Cukup happening! Dekorasi restoran ini sudah cukup untuk mengajak anda makan bersama keluarga dan rakan.

Mereka sediakan beberapa buah stall dengan aneka pilihan makanan. Anda boleh pilih dari makanan tempatan, ala Thai, atau western. Menu yang menjadi pilihan ramai adalah pizza, chicken chop, nasi lemak, rojak, dan air buah segar.

Suasana restoran ini memang best. Terbuka dan banyak spot cantik untuk anda bergambar.

Tempat: Miker Food

Lokasi: Google Map

Ipoh Hainan Chicken Rice

Tempat menarik di Ipoh waktu malam seterusnya adalah di restoran Ipoh Hainan Chicken Rice. Restoran ini cukup popular dikalangan warga tempatan dan mendapat jolokan ‘best chicken rise in town’.

Nasi ayam ala chinese style ini menghidangkan ayam lembut dan cukup berperisa. Ditambah dengan sos serta kicap istimewa. Selain itu sup ayamnya juga tidak kurang hebatnya hinggakan pelanggan sering menghirupnya begitu sahaja.

Anda juga boleh pilih banyak lagi hidangan best untuk dimakan bersama nasi ayam seperti ayam lemon, taugeh goreng, sayur goreng, atau kerabu mangga.

Cuba juga kueh tiaw goreng/hailam, atau pati soya sebagai pencuci mulut.

Suasana restoran juga amat baik dan selesa. Cuma anda kena datang awal terutama waktu puncak untuk mendapatkan meja.

Tempat: Ipoh Hainan Chicken Rice

Lokasi: Google Map

Plan B Cafe

Terletak di Jalan Panglima, Plan B Cafe menjadi tempat lepak baharu buat penggemar kopi, dessert, pastries, dan western food.

Dekorasi bertemakan industrial ini memang kena dengan vibe golongan muda yang hadir untuk menjamu selera dan OOTD.

Selain makanan western, anda wajar cuba nasi lemak mereka yang menjadi salah satu pilihan utama pelanggan. Menu lain cukup padu! Dihias cantik, portion besar dan harganya masih munasabah.

Di luar cafe, terdapat beberapa gerai menjual cenderamata, kraftangan, dan perhiasan.

Tidak hairanlah jika ia mendapat rating yang amat baik di Google Review.

Waktu operasi: 10 am – 10 pm

Lokasi: Google Maps

 

Tempat Menarik di LUMUT

D’Mara Bazar Lumut

Sepertinya bazar ini memang dibina khas buat pelancong. Terletak berdekatan Lumut Waterfront, D’Mara Bazar Lumut merupakan bangunan yang menempatkan beberapa buah gerai. Ia menjual segala macam jenis barangan seperti kraftangan, cenderamata, kerepek, kedai makan, dan lain-lain.

Memang wajib singgah ke D’Mara Bazar Lumut kalau anda ingin membeli buah tangah serta kudapan. Tak susah nak cari bazar ini, dari jauh lagi anda boleh nampak bangunannya yang berwarna merah.

Tempat: D’Mara Bazar Lumut

Lokasi: Google Map

Tempat menarik di KUALA KANGSAR

Muzium Arkeologi Lenggong

Seperti yang pernah kita pelajari di zaman persekolahan, Kuala Kangsar menyimpan 1001 bentuk sejarah penting negara ini. Salah satu tempat yang anda boleh lawati adalah Muzium Arkeologi Lenggong.

Galeri ini menempatkan pelbagai artifak semulajadi yang ditemui di sekitar Perak. Di sini anda boleh lihat item-item asli seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan dalam gua.

Kami pasti anak-anak akan teruja dengan infografik tentang sejarah Paleolitik negara ini.

Tempat: Muzium Arkeologi Lenggong

Lokasi: Google Map

Harga masuk: Percuma

Tempat menarik di Taiping

Zoo Taiping

Zoo Taiping terletak di Taman Tasik Semulajadi, menambahkan keistimewaan zoo ini. Dengan keluasan 36 ekar, Zoo ini menempat bermacam jenis haiwan untuk tatapan pengunjung.

Mereka juga menjadikan zoo ini sebagai tempat pembiakan haiwan liar seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, dna banyak lagi.

Zoo ini terbahagi kepada dua iaitu kawasan biasa yang dibuka pada siang hari dan Night Safari. Untuk Night safari pengunjung berpeluang melihat haiwan-haiwan nocturnal iaitu haiwan yang hanya aktif pada waktu malam.

Tempat: Zoo Taiping

Lokasi: Google Map

Harga tiket: Dewasa RM16 | Kanak kanak RM8

 

Tempat menarik di GOPENG

Gua Tempurung

Salah satu gua yang terkenal di Malaysia. Dengan kepanjangan 3 km, anda menyelusuri gua ini berama kumpulan kecil sambil di bantu oleh guide bertauliah. Terdapat empat jenis Tour yang disediakan. Setiap tour memilikiki keistimewaannya yang tersendiri. Ada yang hanya berjalan melihat pembentukkan gua batu kapur ini, anda juga yang mencabar sehingga baju boleh basah lencun.

Terdapat 4 jenis tour yang ditawarkan iaitu:

  1. Golden Flowstone – RM6
  2. Top of The World – RM9
  3. Top of The World and Short River Adventure – RM11
  4. Grand Tour – RM22

Setiap tour ada keistimewaannya yang tersendiri, boleh disertai oleh kanak-kanak dan warga emas. Layari http://www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung/ untuk maklumat lanjut.

Tempat: Gua Tempurung

Lokasi: Google Map

Hotel menarik di Ipoh

Untuk penginapan pula, anda boleh pilih pelbagai jenis hotel di Ipoh. Dari hotel mewah untuk keselesaan yang maksimum, hinggalah hotel murah. Kami senaraikan beberapa buah hotel yang anda boleh consider sekirang bercuti di Ipoh.

  • The Banjaran Hotsprings Retreat – RM1350
  • The Haven Resort Hotel – RM452
  • Bedrock Hotel Ipoh – RM229
  • Seemsoon Hotel – RM112
  • Ritz Garden Hotel – RM113
  • French Hotel – RM104

Pastikan and tidak melepaskan peluang untuk ke tempat-tempat menarik di Ipoh pada waktu malam. Janganlah lepak di dalam bilik hotel sahaja. Rugi kalau tidak merasai sendiri suasana malam di Ipoh.

One Reply to 8 Tempat Menarik di Ipoh Waktu Malam (2024)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!