Tempat Menarik

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor

Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Pangkor punya view boleh dikatakan yang paling cantik sekali antara rumah persekutuan yang lain. Sebab view laut.

Kalau ada yang bidas, kata view laut di RPP Tasek Kenyir pun ok juga. Tapi saya tengok macam menakutkan pula sebab terlampau laut sangat. Saya juga ada terbaca ada blogger yang kongsikan, internet apa pun tak ada katanya.

View RPP Pulau Pangkor

 

Maaf ya, gambar ni macam banyaklah pula. Sebenar kalau saya buat gambar berbentuk mosaic tiles di blog saya ni tak sesuai untuk attach gambar yang terlampau banyak. Bawah 10 sudah cukup. Tapi rasa rugi pula kalau saya tak tunjukkan semua sebab memang rumah ni cantik. Dan nampak best untuk stay.

Untuk pendaftaran RPP anda boleh rujuk artikel ini – Cara Berdaftar RPP

Untuk jarak perjalanan RPP Pangkor dengan tarikan yang ada di Pulau Pangkor pula anda boleh rujuk table dibawah ini.

Nak minta tolong kerjasama anda juga tolong check dan bagi tahu kalau ada lokasi yang tersalah paste.

Coral Beach – macam pantai yang lain juga. Pulau Pangkor pun memang jenuh dengan pantai pun kan. Tapi kalau disini macam lebih privacy. Kira tak berapa ramai sangat orang. Ada 2 cafe yang dekat dengan pantai ni.

Maybank – ya saya tahu, Maybank ni bukan tempat yang menarik pun. Tapi bolehlah anda tahu tahu kat mana nak keluar duit nanti. Maybank ni pun dah macam ke Pekan sikit. Jadi kalau nak cari breakfast di sini pun boleh. Cuba la cita rasa orang Pangkor pula.

Kota Belanda – memang Belanda yang bina untuk simpan bijih timah dahulu, iaitu dalam tahun 1670. Dalam tahun 1690 pula, kota pernah diserang oleh melayu sebab tak bersetuju dengan cara Belanda dapatkan bijih timah ini.

Resort – sebenarnya saya sengaja masukkan resort lain dalam tarikan ni. Ya saya tahu, anda pun dah tempat di RPP Pangkorkan. Tapi itu pun kalau dapat. RPP ni memang susah nak dapat sebenarnya. Bukan saya doa tak dapat tau.

Cuma memang susah. Jadi resort ni adalah antara option lain yang penginapan anda nanti. Seperti contoh macam Anjungan Beach Resort. Hotel 3 star ni antara yang paling mendapat sambutan di Pulau Pangkor.

Swimming poolnya pun bentuk sampan.hehe

Sekian.. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!