Hotel

Cara Nak Apply Rumah Peranginan Persekutuan

Rumah Peranginan Persekutuan merupakan pakej atau kemudahan penginapan murah yang diberikan khas pada penjawat awam. (termasuk dengan pemegang kad pesara)

Dan disebabkan ada rumah rehat persekutuan ini yang terletak di pusat peranginan utama seperti di Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan sebagainya, yang secara tidak langsung ia memudah dan menjimatkan kos penginapan ANDA daripada nak menginap di hotel mahupun homestay.

ANDA – yang dimaksudkan adalah untuk penjawat awam sahaja ya.

Berikut adalah antara rumah penginapan persekutuan yang sering mendapat tempahan

  1. Pulau Pangkor
  2. Cameron Highlands
  3. Morib
  4. Langkawi – Federal Villa
  5. Pulau Pinang
  6. Bukit Fraser
  7. Tasek Kenyir
  8. Labuan
  9. Port Dickson ( Tanjung Tuan )
  10. Singapura

Step 1 – Daftar di BPH

Layari laman web BPH, dan buat klik link pendaftaran di bulatan dalam gambar di bawah.

Step 2 – Isi Butiran

Selepas anda klik link di atas, sila isi butiran untuk pendaftaran dan terus submit

Step 3 – Login

Selepas siap dengan pendaftaran di step 2, anda boleh mula login untuk buat permohonan

Step 4 – Buat permohonan di ruangan RP Premier / Eksekutif

Sebaik sahaja anda login nanti, dashboard BHP akan seperti dibawah. Fokus kita adalah yang dibahagian RP Premier dan Eksekutif sahaja. Rumah transit itu lebih kepada permohonan ke tempat baru. Mudah kata, andai penjawat awam terpaksa pindah bekerja ke luar kawasan. Sebelum anda dapat kuarters atau rumah sewa, boleh menginap di Rumah Transit dahulu.

Kelayakan Memohon Rumah Premier

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :-

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kelayakan untuk menginap adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas sahaja.

Manakala untuk RP Eksekutif pula ialah:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Terus KLIK untuk permohonan baru

Step 5 – Pilih Rumah Peranginan Cameron Highlands

Sebaik sahaja anda pilih permohonan baru di step yang keempat, paparan seperti di bawah akan terhasil. Sekarang saya ambil contoh untuk pilih RPP Cameron Highlands.

Saya akan stop disini sahaja. Untuk langkah seterusnya, kalau sambung daripada paparan atas ni.

  • anda PILIH lokasi RPP di mana
  • pilih tarikh
  • semak sama ada tarikh yang anda pilih available atau tidak
  • dan kalau OK dan available, boleh terus sambung lagi untuk submission.

Adakah berbaloi menginap di RPP?

Mungkin berbaloi mungkin tidak. Bergantung kepada bajet dan kemahuan anda. Kalau dari segi bajet mungkin betul. Sebab memang akan jimat banyak. Tambah lagi kalau memang yang nak menginap ini ramai. Anda boleh rujuk link untuk Had Bilangan Tetamu. Pembatalan tempahan juga ada dikongsikan disana.

Apa apa pun bergantung kepada tempat RPP ini dibina. Kalau memang dekat dengan tumpuan percutian kira OK lah. Kalau jauh, ibarat macam anda sudah lari dari suasana pula.

Pokok pangkal bergantung kepada anda juga.

Berikut adalah preview rumah perseketuan di Cameron Highlands yang merupakan antara lokasi yang paling banyak mendapat tempahan.

Images kredit to Destinasi Percutian

You might also like

2 Replies to Cara Nak Apply Rumah Peranginan Persekutuan

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Saya ASP Yusnam Bin Zainan dari Briged Tenggara PGA tidak dapat buat buking 1 buah 2 bilik cara on linedi Rumah Peranginan Tasik Kenyir pada 22/1/2022 untuk tugas advant party untuk latihan pada 23/1/2022 hingga 26/1/2022 dari Cawangan Logistik Bukit Aman. Macam mana cara buat tempahan selain cara on line dan buat pembayaran. No tel saya 013-4534126.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!