Hotel

Le Village Resort

Oleh kerana bandar Kuantan sendiri dekat sangat dengan pantai, jadi banyak resort resort menarik sepanjang pantai yang sering menjadi pilihan pelancong. Dalam artikel akan datang kami akan senaraikan resort di Kuantan. Kerana dalam artikel kali ini kami akan terangkan terangkan tentang Le Village Beach Resort dan kenapa resort ini berbaloi untuk diinap.

Terletak di Beserah iaitu menghadap Pantai Balok. Pantai Balok merupakan salah satu pantai di Pahang yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, pantai yang bersih, tenang, dan menjadi lokasi pilihan sukan luncur angin.

Le Village Resort cuma 12.7 km atau hanya 19 minit pemanduan sahaja dari bandar Kuantan. Mungkin juga ini salah satu sebab mengapa resort ini sering menjadi pilihan pelancong. Senang untuk mereka ke tempat-tempat menarik di Kuantan.

Resort bertaraf 3 bintang ini menyediakan bilik-bilik dengan konsep moden seperti hotel serta bilik jenis chalet ‘ala kampung’. Bilik berkonsep moden sudah semestinya mempunyai perabot serta hiasan dalaman dengan sentuhan mewah.

Manakala chalet ala kampung pula paling menjadi pilihan kerana rata-rata pelanggan menginginkan suasana tenang seperti adanya pokok-pokok dan tanaman menghijau.

Dah nama pun bercuti di tepi pantai, tak akan lengkap percutian anda jika tidak menghabiskan masa melakukan aktiviti di tepi pantai. Di Le Village Resort, anda berpeluang berkayak dan berkanu serta jet ski dan memancing di pantai persendirian sepanjang 150 meter ini.

Ombaknya tidak begitu kuat, maka bolehlah bermandi manda bersama anak-anak kecil di sini.

Tidak cukup dengan itu, resort ini turut menawarkan dua buah kolam renang yang luas dan bersih. Ini termasuk kolam khas untuk kanak-kanak. Malah mini bar turut tersedia di tengah tengah kolam renang.

Restorannya, iaitu Karang Café menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa sama ada buffet atau ala carte. Jika anda memilih untuk makan di luar pun boleh. Sebab banyak restoran seafood di sepanjang jalan berdekatan resort ini.

Kemudahan: Wifi, pantai persendirian, berkanu, berkayak, memancing, swimming pool, restoran, parking percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Berjaya Megamall – 12.7 km, 19 minit
  • East Coast Mall – 13.5km , 23 minit
  • Teluk Cempedak – 13.3 km, 20 minit
  • Mini Zoo Teruntum – 13.2 km, 18 minit

Harga bilik Le Village Resort

Harga bilik dikelaskan sebagai mampu inap iaitu bermula dari RM108.

Le Village Resort Kuantan blog / website: http://www.levillagebeachresort.com

Alamat: Lot 1260, Sungai Karang, Berserah, 26100 Kuantan (Google Maps Location)

Jika anda mencari resort lain seumpamanya anda boleh cuba ke Duta Village Beach Resort yang juga terletak di Pantai Balok. Jika anda melalui jalan Alor Akar- Pantai Balok, resort ini bersebelahan dengan Hotel Swiss Garden Kuantan iaitu hotel yang tidak kurang juga hebatnya.

Kalau anda meneruskan pemanduan dari Le Village, kira-kira 3 minit menghala ke Kemaman anda disambut oleh De Rhu Beach Resort. Ia merupakan sebuah resort bertaraf 3 bintang di mana harganya bermula pada RM140.

Boleh tahan juga Le Village Resort ni, bukan sahaja banyak kemudahan menarik bahkan dekat dengan bandar Kuantan. Lagi best, cuma beberapa kilometer sahaja dengan Terengganu. Kami harap artikel ini dapat menjadi rujukan untuk percutian anda di masa akan datang.

 

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!