Hotel

Homestay di Kuantan

Terdapat banyak tempat menarik di Kuantan yang sesuai dilawati seisi keluarga. Terkenal dengan keindahan alam sekitar dan pantainya membuatkan Kuantan menjadi pilihan untuk bercuti pada hujung minggu. Namun, anda ingin menginap di mana? Kami akan senaraikan beberapa buah homestay di Kuantan yang sesuai untuk anda inap.

Kuantan merupakan ibu negeri Pahang yang mempunyai banyak kelebihan berbanding daerah lain. Selain memiliki beberapa tempat shopping, kedudukan Kuantan juga dekat dengan beberapa buah pantai. Inilah masanya untuk anda merehatkan minda sambil meluangkan masa melakukan aktiviti pantai bersama famili.

Agak tidak sesuai menginap di hotel jika mempunyai ahli keluarga yang ramai. Oleh itu, menempah homestay adalah pilihan yang bijak. Jom lihat antara homestay menarik sekitar Kuantan yang boleh anda pilih.

#1 Bakti Homestay Kuantan

Bakti Homestay ini agak popular dan mereka mempunyai beberapa buah rumah yang sedia disewa  secara harian, mingguan, mahupun bulanan. 4 buah homestay yang dimaksudkan terletak di 4 lokasi dan mempunyai jumlah bilik serta harga berbeza.

Antaranya adalah:

  • Kubang Buaya (2 bilik) – RM130
  • Kuantan Garden (3 bilik) – RM150
  • Kubang Buaya (4 bilik) – RM180
  • Kubang Buaya (5 bilik) – RM200

Kemudahan: Air cond, dapur, perabot, televisyen, pinggan mangkuk, katil pelbagai saiz.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Taman Gelora – 6 minit
  • Berjaya Megamall – 7 minit
  • Teluk Cempedak – 9 minit
  • Pantai Batu Hitam – 15 minit

Nombor telefon: 016 – 2155719

Laman Web: http://bakti-homestay.blogspot.com/

Alamat: A5792,, Lorong Kubang Buaya 60, Taman Bakti, 25250 Kuantan, Pahang

#2 Era Vila Homestay Kuantan

Terletak di Bukit Ubi, Era Villa menawarkan penginapan selesa. Mempunyai empat buah bilik tidur, homestay ini mampu memuatkan kira-kira 10 orang tetamu. Ia juga lengkap dengan taman indah. Taman ini membolehkan anda jadikan tempat BBQ, bersantai, atau menyambut hari lahir.

Homestay ini dinilai baik oleh pelanggan iaitu 7.2/10.

Kemudahan: Wifi, taman, ruang BBQ, perabot, tv

Jarak dengan tempat menarik:

  • East Coast Mall – 6 minit
  • Mini Zoo Teruntum – 10 minit
  • Teluk Cempedak – 13 minit

Harga: RM244

Alamat: No. 19, 21 & 23, Lorong Bukit Ubi 74, Jalan Bukit Ubi, Pahang, 25200 Kuantan, Pahang

#3 Casa De Villa Kuantan

Bercuti bersama anak-anak kecil semestinya mahukan tempat bermandi manda. Oleh itu anda memerlukan homestay di Kuantan yang ada kolam renang. Pilih sahaja Casa De Villa.

Ia memang dibangunkan khas untuk dijadikan homestay. Rumah lengkap dnegan perabot, dapur yang siap dengan bekalan makanan.

Dari segi kolam renang, kami pasti anda akan puas hati kerana kolam renangnya luas bak hotel. Malah, terdapat laman lapang di belakang rumah. Sesuai untuk anda menyambut hari keluarga.

Kemudahan: Kolam renang, dapur, bilik yang selesa, luas, tempat letak kenderaan yang luas.

Facebook: https://www.facebook.com/CasaDeVilla.Homestay?lst=1468248079%3A100021605721597%3A1540538523

Nombor telefon: 011 – 10515352

Harga: RM270

#4 Alor Akar Homestay

Ini adalah pilihan untuk anda yang mencari homestay di Kuantan RM100. Menawarkan penginapan yang lengkap dengan kemudahan. Terletak di jalan Alor Akar, homestay ini mudah akses untuk ke pusat bandar atau beriadah di pantai.

Setiap bilik lengkap dengan penghawa dingin, penggosok baju, dan dapur yang boleh berfungsi dengan baik.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Teluk Cempedak – 9 minit
  • Megamall – 9 minit
  • Kuantan Parade – 16 minit

Harga: RM60

Alamat: No.5, Lorong Alor Akar 30, 25250 Kuantan, Malaysia

#5 SL Guest House

Rata-rata di antara kira mahukan penginapan dalam bandar supaya dekat dengan tempat membeli belah dan kedai makan sedap. Kalau anda mahukan homestay di  bandar Kuantan, kami sarankan anda pilih SL Guest House.

Penginapan ini terletak di Jalan Dato Lim Hoe Lek iaitu Cuma 2 minit dari Est Coast Mall.

Ia menyediakan kemudahan yang selesa di mana setiap bilik dilengkapi aircond dan tv. SL Guest House mungkin agak sempit, tetapi lebih berbaloi dari menginap di hotel.

Kemudahan: Tv, wifi, tempat parking percuma

Jarak dengan tempat menarik:

  • Teluk Cempedak – 16 minit
  • Esplanade Kuantan – 17 minit
  • Aeon  – 10 minit

Alamat: No.28, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, Taman Union, 25300 Kuantan, Malaysia

#6 Big Mansion

Big Mansion kami kelaskan sebagai homestay murah di Kuantan kerana harganya yang kurang RM100.

Ini agak mengejutkan kerana hiasan dalamannya begitu moden. Ia seumpama menginap di hotel. Dengan harga RM86, memang sangat berbaloi anda sekeluarga menginap di sini.

Bersekitarannya juga tenang dan mendamaikan. Setelah penat berjalan, bolehlah anda berehat di atas tilam empuk di sini.

Harga: RM86

Alamat: A 3120 Lorong Kubang Buaya 6 Kuantan, 25250 Tanjung, Malaysia

Semoga artikel senarai homestay di Kuantan ini dapat membantu anda dalam merancanakan percutian kelak. Mana tidaknya, jika berkeluarga besar belanja untuk menginap di hotel agak tinggi. Lagipun banyak penginapan yang boleh anda pili termasuklah homestay di Kuantan yang berharga RM50. Selamat bercuti!

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!