Hotel

Senarai Hotel di Raub

Memilih untuk bercuti di Raub adalah pilihan yang bijak kerana daerah ini menawarkan percutian yang tenang dan mendamaikan. Jika anda dari Kuala Lumpur perjalan ke Raub cuma memakan masa selama 1 jam 30 minit. Sesuailah sekiranya anda sekeluarga menjadikan Raub sebagai destinasi ‘short getaway’. Raub mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh anda lawati. Tapi persoalannya nak menginap di mana? Oleh itu kami senaraikan hotel di Raub untuk anda pilih.

Ingin kami ingatkan bahawa Raub tidak mempunyak hotel bertaraf lima bintang. Kebanyakkannya adalah hotel murah tapi masih bersih dan selesa. Cuma tempat penginapan Tanah Aina yang lain dari yang lain.

#1 Grandview Hotel Raub – harga dari RM93

Antara hotel yang menjadi pilihan di Raub. Terletak kira-kira 1km dari Raub Square. Grandview Hotel Raub menawarkan penginapan yang selesa dan bersih.

Kelengkapan di dalam bilik seperti televisyen, toiletries, pembancuh kopi semua lengkap tersedia. Pengunjung di beri pilihan 4 variasi bilik iaitu:

Deluxe Room, Twin Single Deluxe Room, Super Deluxe King Room, Triple Deluxe Room, dan Superior Deluxe Room. Harga sangat berpatutan iaitu serendah RM93 untuk bilik Deluxe Room. Boleh dikatakan sebagai nice stay hotel in Raub.

Kemudahan: Wifi, parking, iron, restoran.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Air terjun Pulau Chekas – 33 minit
  • Lata Jarum – 33 minit
  • Raub Durian Orchard – 16 minit

Alamat: 46, Bandar Perdana, Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang

#2 Hotel Jelai Raub – harga dari RM92

Hotel ini memberikan pengunjung keselesaan berganda memandangkan ramai yang datang ke Raub atas urusan kerja. Setelah penat seharian, anda pulang ke hotel dan berehat di atas tilam empuk dan selesa.

Selain bilik hotel, anda juga boleh membuat tempahan dewan seminar.

Setiap bilik serba-lengkap ini mempunyai TV skrin rata, meja tulis dan lantai kayu. Terdapat juga bilik mandi en suite dengan kemudahan pancuran mandian air panas/sejuk

Kemudahan: Wifi, bilik mesyuarat, lounge, parking awam percuma

Jarak dengan tempat menarik:

  • KFC Raub – 1 minit
  • Old Town White Cofee – 5 minit
  • Lata Jarum – 40 minit

Alamat: Jalan Tan Tiong No., 36, Jalan Tan Tiong, 27600 Raub District, Pahang

#3 Hotel Raub, Pahang – harga dari RM98

Merupakan hotel yang berkonsepkan butik. Menggunakan tema putih sebagai warna utama ternyata membangkitkan rasa tenang dan segar.

Terdapat 5 jenis bilik yang boleh anda pilih termasuklah bilik keluarga. Harga sangat berpatutan iaitu serendah RM98. Hotel Raub turut mendapat rating tinggi dari pelanggan yang pernah menginap di sini.

Kemudahan: Wifi, housekeeping, parking percuma

Jarak dengan tempat menarik:

  • Pulau Chekas – Pulau Chekas
  • TMG Mart Raub – 1 minit
  • KFC – 4 minit

Alamat: 57-58, Jalan Lipis, (Next to Caltex), 27600 Raub District, Pahang

#4 Hotel Indigo Hotel Inn

Hotel ini menawarkan rekaan dalaman yang moden dan menarik. Berada di dalam hotel ini seolah olah menginap di hotel yang terletak di bandar besar.

Lihat sahaja gambar di bawah. Bilik yang disediakan cukup bersih, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas.

Malangnya, anda tidak boleh membuat tempahan secara online.

Jarak dengan tempat menarik:

Nasi Ayam Hainan – 3 minit

Lata Jarum – 38 minit

Nombor telefon: 09-355 0959

Alamat: Taman Raub Jaya, 27600 Raub District, Pahang

Homestay di Raub

Bagi yang yang datang bersama keluarga besar, menginap di hotel mungkin tidak praktikal. Terdapat beberapa buah homestay di Raub yang boleh anda pilih.

  • KK Wawasan Homestay
  • Bayu Bukit Homestay
  • Homestay Sungai Pasu

Walaupun Raub tidak banyak tempat menarik seperti daerah lain di Pahang, ia masih berbaloi untuk anda bercuti. Lagipun jaraknya agak dengan dengan KL. Semoga artikel senarai hotel di Raub ini dapat membantu dalam merancanakan percutian di Raub kelak!

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!