Hotel

Hotel Pavilion Kuantan Review

Sedang merancang percutian ke Kuantan? Kalau ya, anda pasti tercari-cari hotel mana yang sesuai untuk menginap. Maklumlah, banyak tempat menarik di Kuantan, Pahang, ni. Jadi ramai yang lebih selesa untuk menginap sahaja di tengah-tengah bandar. Dan kalau anda mempunyai peruntukan yang terhad dan mencari hotel bajet, kami cadangkan Hotel Pavilion Kuantan.

Nah, mendengar namanya sahaja sudah gerun. Tapi jangan risau, namanya seakan sama seperti tempat membeli-belah terkemuka dan apartment mewah di Kuala Lumpur. Tetapi Hotel Pavilion merupakan salah sebuah hotel bajet di Kuantan.

Ia adalah antara hotel yang sering menjadi pilihan pengunjung. Jika anda semak Hotel Pavilion di laman-laman menempah seperti Agoda atau Trivago, hotel ini menerima rating atau dinilai sangat baik oleh mereka yang pernah menginap. Di laman Booking.com contohnya, ia dinilai 8.0 dan dikelaskan sebagai ‘Very Good’.

Apa yang bestnya tentang hotel ini? Akan kami terangkan dalam artikel ini.

Berkonsepkan butik, Hotel Pavilion menjanjikan penginapan yang selesa buat anda. Seperti hotel hotel lain seumpamanya, ia mempunyai sentuhan mewah tetapi pada harga berpatutan.

Ini dapat dilihat pada hiasan dalamannya. Pada pengamatan kami, mereka menjadikan rona merah terang sebagai warna rasmi dan ia dapat dilihat pada segenap sudut seperti karpet, dinding, dan lampu. Warna ini sekaligus mencetuskan suasana tenang dan mewah.

Pertama kali anda melangkah masuk ke dalam bilik, anda pasti merasakan seolah-olah berada di hotel mewah. Walhal ia cuma hotel bertaraf 3 bintang sahaja. Ini adalah kerana pemilihan perabot dan dekorasi yang menyerlahkan sisi elegan hotel ini.

Hotel ini mempunyai 7 variasi bilik iaitu Deluxe King Room, Deluxe Queen Room, Executive King Room, Family Room, Luxury Triple Room, Deluxe Twin Room, dan Small Double Room.

Dari segi price range pula, sudah kami katakan tadi bahawa ini merupakan hotel bajet. Maka harganya sangat berpatutan iaitu sekitar RM100 – RM150 sahaja. Namun, ia bergantung kepada jenis bilik yang anda pilih.

Harga bilik Hotel Pavilion Kuantan

Dari segi kemudahan pula cukup lengkap. Pengalaman bermalam tetap sempurna dengan kemudahan wifi percuma, TV muka rata, peti simpanan selamat di samping perkakasan membancuh kopi dan teh.

Harga bilik termasuk dengan hidangan breakfast.

Hotel ini menyediakan Tv satelit yang dilengkapi 33 saluran antarabangsa. Pada kami sangat penting untuk menonton rancangan kegemaran ketika beristirehat. Malah DVD player juga disediakan.

Menariknya Hotel pavilion menempatkan ‘mini runcit’ di ruangan lobi yang menjual makanan segera, snek, dan minuman. Tidak perlu risau sekiranya perut berkeroncong di waktu malam.

Memandangkan ini merupakan hotel murah/bajet, maka ia tidak mempunyai swimming pool.

Memandangkan hotel ini terletak di dalam bandar Kuantan, maka anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ke lokasi-lokasi yang sering menjadi tarikan pelancong.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Berjaya Megamall (2.2 km, 5 minit)
  • East Cost Mall (1.2 km, 3 minit)
  • Teluk Cempedak ( 6.6 km, 15 minit) – Teluk Cempedak menjadi kawasan riadah seisi keluarga mahupun teman kerana landskapnya yang cantik iaitu pantai yang dikelilingi batu-batu besar. Cukup popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong.
  • Mini Zoo Teruntum (6 km, 11 minit) – Mini Zoo Teruntum merupakan sebuah lagi zoo yang terdapat di Pahang. Walaupun zoo ini kecil, tetapi ia tetap menempatkan haiwan-haiwan yang menarik buat tatapan anak-anak
  • Taman Esplanade Kuantan (3.9 km, 8 minit) – Merupakan persisiran Sungai Kuantan sentiasa menjadi pilihan para pengunjung melakukan riadah bersama dan rakan pada waktu petang mahupun hujung minggu. Dengan landskap menarik, kemudahan riadah yang lengkap dan angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan Taman Esplanade sesuai untuk beristirehat.

Baiklah, antara hotel lain yang seangkatan dengan hotel ini di sekitar Kuantan yang boleh anda pilih adalah Hotel Rocana, Hotel Sentral, Hotel Cathayana, Zenith Hotel, dan Kosma Hotel.

Penulis cuba untuk mencari website Hotel Pavilion Kuantan ini tetapi nampaknya mereka tidak mempunyai laman rasmi sendiri. Walau bagaimanapun, mereka menggunakan platform laman sosial Facebook untuk berkongsi promosi terkini serta berinteraksi dengan pelanggan.

Facebook: https://www.facebook.com/Pavilion-Hotel-Kuantan-393772804082152/?rf=164546983580944

Contact number: 09-517 3318

Alamat: A25 & A27, Jalan Tun Ismail 1, 25000 Kuantan, Pahang

Google Maps Location

Semoga artikel Hotel Pavilion Kuantan ini sedikit sebanyak memberi anda idea sekiranya ingin bercuti di Kuantan.

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!