Tempat Menarik

Tempat Bersejarah di Perak ( Kuala Kangsar )

Untuk tempat bersejarah di Perak memang saya terpaksa ingat ingat semula apa yang sudah saya pergi sepanjang pengalaman saya berjalan jalan di Perak ni.

Sebab yang betul betul ingatkan di kepala adalah masa saya meninjau Muzium Arkeologi Lenggong sahaja, lebih kurang 2 tahun lepas.

Kita mulakan dengan Muzium Arkeologi Lenggong ya.

Muzium Arkeologi Lenggong

Terletak lebih kurang 37 minit dairpada Kuala Kangsar, dalam perjalanan anda ke Utara. Kira kalau perjalanan anda dari utara menuju tempat menarik di Ipoh, bolehlah singgah di Muzium Lenggong dahulu.

Untuk saya sendiri memang saya lalu kawasan ini bila nak gerak ke Kelantan. Kampung wife saya.

Apa yang ada dalam Muzium Arkeologi Lenggong ni? Yang betul betul saya ingat adalah rangka Perak Man.

Sebenarnya Muzium ni memang saya duk aim lama dah untuk datang. Tapi lepas berapa kali baru dapat masuk. Renovationnya macam terlebih lama pula. Rasanya selepas saya pergi 2 atau 3 kali dengan wife baru berjaya masuk. Itu pun masa saya bergerak sendiri ke Kelantan. Saja singgah sekejap untuk tengok kalau dah siap reno atau belum. Saya pun nak hilangkan mengantuk juga. Ikutkan tak nak masuk, sebab wife pun tak gerak sekali.

Tapi akhirnya, saya masuk jugalah. Agak seram juga masa masuk tengok Perak Man ni sebab saya sorang sahaja yang ada di dalam masa tu. Tiada lagi pengungjung lain.

Selain daripada tu, ada lagi jenis jenis batu lama yang anda boleh tengok dan belajar.

Saya sendiri memang berminat dengan ilmu sejarah. Dalam banyak tempat saya lawati untuk jadikan sebagai penulisan dalam blog ni, kalau tak review hotel, memang saya suka review pasal tempat bersejarah.

Istana Kenangan, Kuala Kangsar

Istana Kenangan ni macam sudah ditukar nama kepada Muzium Di Raja Perak. Saya pun tak pasti bila ditukar, sebab kalau tidak silap, sebelum ini memang saya google map guna nama ‘Istana Kenangan’. Sekarang ni, kalau anda Google Map Istana Kenangan ni, akan menuju ke entah siapa. Saya pun tak pasti. Dan kalau anda google Muzium Di Raja Perak pun akan jadi salah.

Mungkin internet saya yang tengah jadi pening.

Apa apa pun, lokasi untuk Istana Kenangan adalah yang ini, Google Map. Dekat dengan Istana Iskandariah. Istana ni mula mula saya lawat, kalau tak silap masa saya darjah dua dahulu. Sekarang saya dah umur 32 tahun pun. Mungkin dalam tahun 1998 gitu. Dalam tahun 2018 atau 2019 memang saya ada pergi juga untuk singgah. Tapi tengah renovation pula. Tapi sekarang ni sudah siap ya.

Pokok Getah Tertua di Kuala Kangsar

Pokok ni lebih seratus tahun umurnya. Dikatakan antara badge terawal masa penanam getah di Kuala Kangsar bermula.

Kalau anda datang, boleh berhenti dalam 10 minit sahaja gitu. Sebab pokok ni memang satu satunya peninggalan yang bersejarah disini.

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri Sultan Azlan Shah ni saya pernah pergi. Awal lagi saya dah masuk. Kalau tidak silap, selepas balik daripada Istana Kenangan di atas yang tak jadi saya masuk sebab renovation, terus singgah ke sini.

Luas ni, rasanya ada 2 3 bangunan yang anda boleh masuk dan tengok.

Pendapat saya sendiri, rasa macam biasa sahaja. Tiada apa yang menggagumkan.

Mungkin pendapat saya salah, bila saya masuk ke galeri ni, apa yang saya harapkan adalah kehebatan atau sejarah asal usul kerabat di raja kita. Tapi nanti bila anda masuk, lebih kepada perkongsian hadiah daripada ketua polis, hadiah itu, hadiah ini dari negara dan orang kaya sekian sekian. Atau pun kereta yang digunakan, yang kita pun tahu memang raja ni kaya. Pinggan apa mereka guna semua.

Saya tak nak tahu itu semua sebenarnya, atau mungkin saya tersalah Muzium?

So, saya agak kecewa, saya lebih suka perkongsian asal usul diraja.

Mungkin pendapat saya sahaja, apa apa pun. Selamat berkunjung. Saya sudah lupa berapa harga masuk tiket. Rasanya FREE sahaja.

Masjid Ubudiah

Masjid Ubudiah ni teringat lagi masa saya kecil kecil, berpusing satu masjid mencari tandas. Memang masa tu saya dalam darjah 2 begitu. Apa yang orang kata, lawatan sambil belajar tu kan?

Jumpa jugalah akhirnya tandas tadi tu.

Masjid Ubudiah ni bukan kita melayu sahaja yang datang. Saya perasan orang bukan Islam pun ada masuk dan tangkap gambar. Malah masa saya datang, kalau tak silap ada Chinese yang tangkap gambar dan beberapa kereta Indian yang parking untuk tangkap gambar wedding mereka.

Antara masjid yang tertua di Malaysia, dibuka pada tahun 1917 lagi.

Tempat bersejarah di Taiping saya terlupa pula nak kongsikan. Tak mengapalah, nanti bila anda lalu di Taiping, cuba search guna ayat macam ni ‘histocal places in Taiping’. Akan keluarlah nanti beberapa tempat menarik untuk anda kunjungi.

Baiklah, tamat disini dahulu.

Seterusnya, saya akan sediakan tempat bersejarah di Ipoh pula nanti.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *