Tempat Menarik

#10 Hotel Bajet di Cameron Highlands | Bawah RM100 & RM200

Cameron Highlands sering menjadi pilihan tempatan untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Tidak menghairankan, Tanah Tinggi Cameron memang memukau dari segi pemandangan, tempat menarik, makanan, dan suhunya yang dingin. Soalnya, anda nak menginap di mana? Bagi yang berbajet kecil, kami senaraikan sejumlah hotel bajet di Cameron Highland dalam harga sekitar RM100 – RM200.

Biarpun berharga bajet, namun ia tetap selesa, bersih, dan dekat dengan tempat-tempat menarik sekitar Tanah Rata dan Brinchang.

Hotel Bajet Cameron Highland Tanah Rata

#1 Cameronian Inn

Cukup popular di Tanah Rata kerana menawarkan harga penginapan serendah RM58 semalam. Apa yang best di sini adalah ia berkonsepkan guest house. Lengkap dengan balkoni dan taman mini yang indah.

Sesuai untuk anda dan keluarga memandangkan Cameronian Inn menyediakan pelbagai jenis bilik mengikut jumlah tetamu.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Cactus Valley – 3.3 km
  • Time Tunnel Museum – 4 km
  • Boh Tea Plantation – 6 km
  • Kok Lim Strawberry Farm – 4 km

Harga: dari RM58 semalam

Alamat: 16, Jalan Mentigi, 39000 Cameron Highlands

#2 OYO 1152 Heaven Hill 2

Hotel di bawah kendalian OYO memang sudah tidak boleh dinafikan keselesaannya. Anda boleh menginap di OYO 1152 Heaven Hill 2 pada harga serendah RM63.

Tiada apa yang istimewa pada OYO hotel Cameron ini, cukup untuk tidur yang selesa di atas katil empuk. Kemudahan asas seperti pembancuh kopi, water heater, dan tv memang pada kondisi terbaik.

Malah, Wifi juga disediakan secara percuma.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Cameron Highlands Butterfly Farm – 5.5 km
  • Bharat Tea Plantation – 3.9 km
  • YZ Agro Farm – 2.1 km

Harga: RM63 semalam

Alamat: 76 C, Persiaran Camellia, Tanah Rata, Pahang, 39000 Cameron Highlands.

#3 Orchid Haven

Hotel bajet ini juga sudah tidak asing lagi di kalangan pelancong khususnya backpackers. Kemudahan yang disediakan di sini adalah basic sahaja. Ia seolah seperti menginap di rumah sendiri kerana warna cat dinding yang agak menonjol.

Tetapi Orchid Haven ini menyediakan pelbagai jenis bilik. Dari bilik backpackers hinggalah bilik keluarga yang memiliki 3 buah katil. Bahkan, asrama juga disediakan.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Kok Lim Strawberry Farm – 3.8 km
  • Cameron Highlands Butterfly Farm – 5.4 km
  • Boh Tea Plantation – 6 km

Harga: dari RM70 semalam

Alamat: 62 B&C Persiaran Camelia 3, 39000 Cameron Highlands

Artikel berkaitan:

  1. Aktiviti di Cameron Highlands [SYOKNYA!]
  2. 11 Tempat Makan Menarik di Cameron Highlands
  3. Tempat Menarik di Cameron Highland Waktu Malam

#4 Heritage Hotel Cameron Highlands

Hotel ini juga tidak kurang hebatnya. Penginapan terbesar yang boleh anda temui di sini. Biarpun terbesar, Heritage Hotel menawarkan harga yang amat berpatutan, setanding dengan keselesaan dan kemudahan yang disediakan.

Bilik-biliknya juga amat selesa dengan pancuran air panas, tv satelit, taman,  gimnasium, dan view yang menakjubkan.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Big Red Strawberry Farm – 5.8 km
  • MARDI Agrotechnology Park – 1 km
  • Highlands Apiary Farm – 9.4 km

Harga: dari RM153 semalam

Tambahan pula, Heritage Hotel turut menyediakan breakfast kepada pelanggan.

Alamat: Jalan Gereja, 39000 Cameron Highlands, Malaysia

Hotel Bajet Cameron Highland Brinchang

#5 Nova Highlands Hotel

Hotel ini bakal membuatkan anda berasa seolah menginap di hotel mewah, sedangkan ia cumalah butik hotel yang indah. Dekorasi dalamannya cukup indah, modern, dan ringkas.

Mengetengahkan warna kuning dan putih sebagai warna tema.

Hotel ini menawarkan 8 jenis bilik berlainan saiz. Anda boleh bersantai di balkoni sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan Tanah Tinggi Cameron yang mempersonakan.

Kemudahan:

  • Restoran
  • Taman
  • Wifi
  • Tv satelit

Harga bilik: dari RM151 semalam

Alamat: The Square, Jalan Aranda Nova, Greencow, Cameron Highlands.

#6 Snooze Too Hotel

Hiasan dalaman modern merupakan tarikan utama yang dibawakan oleh Snooze Too Hotel. Malah keselesaan anda juga terjamin selepas penat seharian jalan-jalan sekitar Cameron Highlands.

Hiasan dalaman bilik-bilik memang modern dan ringkas. Bak berada dalam showroom Ikea. Kemudahan asas seperti tv satelit, mini pantry, hair dryer, dan air pancuran panas sudah tersedia untuk digunakan.

Review dari tetamu juga amat memuaskan.

Harga bilik: dari RM82 semalam

Alamat: Lot 22, Brinchang Square, 39000 Brinchang, Pahang

#7 Copthorne Hotel Cameron Highlands

Hotel bajet Brinchang yang seterusnya adalah Copthorne Hotel yang sudah tidak asing lagi di kalangan pelancong tempatan. Dari jauh, ia kelihatan seolah hotel mewah. Tetapi masih menawarkan harga bilik di bawah RM200.

Hotel premium ini menawarkan penginapan selesa, tenang, disamping fasiliti menarik seperti swimming pool. Ya, Copthorne Hotel adalah hotel ada swimming pool di Cameron Highland yang harus anda pilih.

Kemudahan:

  • Swimming pool
  • Spa
  • Taman permainan
  • Restoran
  • Gymnasium

Harga bilik: dari RM153 semalam

Alamat: Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang

#8 Casa De La Rosa

Casa De La Rosa hadir dengan hiasan dalaman ala Inggeris. Ditambah pula panorama bukit bukau dari tingkap bilik menambahkan lagi keselesaan anda sewaktu menginap di sini.

Lokasi hotel ini cukup strategik di mana ia dekat dengan beberapa tempat menarik yang sering menjadi tarikan pelancong.

Kemudahan yang disediakan juga berada di tahap terbaik iaitu menawarkan breakfast percuma, tv satelit, wifi, dan mini pantry.

Jarak dengan tempat menarik:

  • Time Tunnel Museum – 2.4 km
  • Cactus Valley –  1.5 km
  • Cameron Highlands Butterfly Farm – 4 km
  • Boh Tea Plantation – 6.6 km

Harga bilik: dari RM151 semalam

Alamat: Lot 48, Jalan Circular, , 39000 Cameron Highlands

#9 Hotel Wan Alyasa

Hotel bajet Cameron Highland Tanah Rata yang seterusnya adalah Hotel Wan Alyasa yang menawarkan penginapan mesra Muslim. Ia menyediakan pilihan bilik seperti King, Twin, Triple, dan Family untuk keselesaan para tetamu.

Setiap bilik dilengkapi dengan Wifi, tv satelit, water heater, dan pembancuh kopi.

Tetamu juga disediakan dengan tempat letak kereta yang selamat disamping dekat dengan restoran. Malah, sebuah surau bersih dan lengkap dengan kemudahan membolehkan anda solat berjemaah bersama keluarga dan rakan.

Harga bilik: dari RM95 semalam

#10

Hotel bajet Tanah Rata ini mendapat rating yang amat baik dari pelanggan yang pernah menginap di sini. Gerard’s Place mungkin tidak sesuai untuk anda yang memiliki ahli keluarga yang ramai.

Namun, sekiranya anda ingin berbulan madu atau backpacker, ia adalah penginapan yang sempurna.

Bilik-biliknya cukup selesa, lengkap dengan balkoni untuk anda menghirup udara Cameron yang segar.

Gerard’s Place juga menawarkan beberapa perkhidmatan untuk aktiviti outdoor seperti berbasikal, lawatan atau kelas tentang budaya tempatan.

Harga bilik: dari RM83 semalam

Alamat: C9, C10 & C17 Block Carnation, Greenhill Resort, Opposite Heritage Hotel,, 39000 Cameron Highlands

Memang banyak sekali pilihan hotel bajet di Cameron Highland. Permintaan cukup tinggi terutama pada musim cuti sekolah dan cuti AM. Kami sarankan anda buat tempahan awal untuk mendapatkan harga murah. Ikut SOP, dan selamat bercuti!.

2 Replies to #10 Hotel Bajet di Cameron Highlands | Bawah RM100 & RM200

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!