Tempat Menarik

Tempat Menarik di Parit Buntar

Parit Buntar merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kerian. Tidak se-popular Ipoh, Kuala Kangsar, mahupun Larut yang memiliki pelbagai destinasi ekopelancongan. Namun, tidak bermakna Parit Buntar tidak berbaloi untuk dilawati. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa tempat menarik di Parit Buntar yang boleh anda kunjungi.

Taman Pinggiran Sungai Kerian

Untuk pengetahuan, Sungai Kerian menjadi titik pertembungan 3 negeri utara iaitu Perak, Kedah, Penang.

Untuk menyaksikan sempadan ini, pihak kerajaan tempatan membina sebuah kawasan rekreasi di tepi Sungai Kerian. Dibina dengan landskap indah, lengkap dengan kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tempat duduk, pondok rehat, tandas awam, dan banyak lagi.

Baca: 7 Tempat Menarik untuk Family Day di Perak

Malah taman permainan juga disediakan untuk kanak-kanak bermain. Tidak rugi ke sini, kerana pemandangan sungai ini cukup cantik dan tenang, terutama sekali pada waktu senja. Lokasi ini menjadi tempat menarik di Kerian.

Alamat: 23, Jalan Sungai, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Pasar Malam Parit Buntar

Terletak di hadapan Menara Jam Besar, pasar malam yang hanya berlangsung pada hari Jumaat ini cukup meriah dengan deretan gerai dan kehadiran masyarakat setempat.

Seperti biasa, pelbagai makanan, minuman, snek, serta pakaian dijual pada harga murah dan mampu milik.

Baca: Tempat Menarik di Taiping

Makanan seperti nasi campur, mee sup, burger, ayam gunting, air minuman boba, dan ice blended adalah antara yang menjadi perhatian ramai.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tudung dan aksesori di sini ya?

Waktu operasi: 5 pm – 11 pm | setiap Jumaat

Alamat: 93, Jalan Teh Peh Kong, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar.

Restoran Seri Dayang

Tempat makan menarik di Parit Buntar yang harus anda cuba adalah Restoran Seri Dayang yang terletak di Jalan Satria. Menu istimewa di sini adalah mee bandung udang! Keenakannya memang tiada tandingan!

Mee bandung dilimpahi kuah pekat dan meriah dengan udang bersaiz besar. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi kegemaran pelanggan. Selain itu, hidangan ala Thai seperti tomyam dan masakan panas juga sedap.

Pada waktu tengah hari Restoran Seri Dayang menyajikan pelbagai masakan kampung.

Waktu operasi: 11.30 am – 10.30 pm  | tutup pada Ahad

Alamat: Jalan Satria, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak

Brader’s Cafe

Buat penggemar masakan Western, pastikan Brader’s Cafe yang terletak di Jalan Perwira menjadi kunjungan anda. “Chicken chop terbesar” menjadi tagline restoran ini, memang tepat sekali kerana poertion chicken chop nya memang besar dan rasanya sangat padu!

Selain chicken chop aneka menu western turut ditawarkan seprti spaghetti, lamb grill, homemade burger, hidangan platter, dan banyak lagi. Nasi ayam penyet juga disediakan.

Tak rugi makan di sini, hargnya juga amat munasabah.

Waktu operasi: 8 am – 11 pm

Alamat: 55, Jalan Perwira, pusat bandar baharu, 34200 Parit Buntar.

Nasi Lemak Kuning Pekan Lama

Nasi Lemak Kuning Pekan Lama Pekan Lama memang terkenal akan keenakan nasi lemaknya. Menjadi port sarapan pagi di Parit Buntar, restoran ini menyediakan nasi lemak yang berwarna kuning bersama aneka lauk pauk.

Selain sambal tumis, banyak lagi lauk lain seperi ikan masak merah, sambal sotong, daging masak kicap, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 7.30 am – 3 pm | tutup pada Ahad

Alamat: 340a, Jalan Ria, Kampung Permatang Tok Mamat, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak.

Tempat menarik di Bagai Serai

  • Kuala Gula Bird Sanctuary
  • Segari Turtle Sanctuary
  • Dutch Fort

Tempat Menarik di Nibong Tebal

  • Taman Kelip-Kelip Nibong Tebal
  • Taman Negeri Bukit Panchor
  • Byram Estate (The 99-door mansion)

Tempat menarik di Taiping

  • Spritzer EcoPark
  • Ansari Famous Cendol
  • 5D Art Paradise Taiping
  • Bukit Larut (Maxwell Hill)

Tidak banyak tempat menarik di Parit Buntar yang boleh kami kongsikan, walau bagaimanapun, anda boleh berkunjung ke Taiping yang hanya memakan masa 1 jam perjalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!