Taiping adalah sebuah bandar di Perak yang kaya dengan tinggalan sejarah. Seperti yang kita tahu, bandar ini menjadi tumpuan selepeas penemuan bijih timah suatu ketika dahulu. Mendapat jolokan ‘Bandar Warisan’, bangunan-bangunan dari era kolonial masih lagi terpelihara bahkan dibaik pulih. Sebagai bandar terbesar di negeri Perak, Taiping bukan sahaja menyimpan tinggalan sejarah penting negara ini bahkan mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Jesteru itu, terdapat beberapa tempat menarik di Taiping yang berbaloi untuk anda lawati.
#1 Bukit Larut (Maxwell Hill)
Bukit Larut merupakan tempat peranginan tanah tinggi yang tertua di Malaysia. Ditemui sejak zaman kolonial pada 1884, ia masih mengekalkan keindahan landskap hingga ke hari ini.
Terdapat sebuah taman indah dibina di sini. Ia termasuk laluan pejalan kaki, jambatan gantung, restoran yang berkonsepkan Inggeris, serta menara tinjau. Bercakap tentang menara tinjau, jika pengunjung boleh melihat pemandangan Bukit larut secara menyeluruh termasuklah Selat Melaka dan Pulau Pangkor.
Mempunyai suhu sekitar 25 celcius pada waktu siang dan mencecah 15 celciul pada waltu malam. Bukit Larut boleh dijadikan ‘getaway’ untuk mereka yang mahukan percutian pada suhu dingin.
#2 Bandar Taiping
Memandangkan bandar ini merupakan tinggalan sejarah, anda boleh lihat majoriti bangunan di bandar ini mempunyai pengaruh Inggeris. Banyak mercu tanda menarik yang boleh ditemui. Sebahagiannya adalah yang pertama di Malaysia.
Walau begitu Bandar Taiping memeng berbaloi dikunjungi. Terdapat pusat membeli belah, tempat makan sedap seperti di Greenhouse Taiping, Ansari Famous Cendol, dan Mee Banjir Udang Mak Teh. Kalau nak shopping Taiping, di sinilah tempatnya.
#3 Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taping ini pada asalnya merupakan kawasan perlombongan bijih timah. Ia juga merupakan taman awam terbesar di Malaysia. Dengan keluasan 62 hektar, Taman Tasik ini menyimpan pelbagai jenis tumbuhan semula jadi.
Landskapnya juga mempersonakan. Tidak kira pada waktu pagi atau petang, Taman Tasik Taiping sering menjadi lokasi kunjungan orang ramai. Suasana di sini sangat tenang, sesuai dijadikan tempat untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.
#4 Bukit Merah Laketown Resort
Sebagai salah satu tempat peranginan popular Malaysia, Bukit Merah memiliki pelbagai tarikan pelancongan. Bukan sahaja terletak di atas bukit bahkan berhadapan dengan tasik terbesar di Malaysia. Ia merupakan tempat menarik di Taiping 2018.
Bukit Merah menawarkan taman tema air, mini zoo (Ecopark) dan pelbagai aktiviti rekreasi, termasuk berkayak, memancing dan menaiki ATV.
Aktiviti lain yang anda boleh lakukan di resort:
- Body Slides
- Water Speed Slides
- Activity Pool
- Lazy River
- Kids Adventure River
- Jumbo Shower
- Water Pillar
Tak rugi kalau bercuti di Bukit Merah, ia sesuai untuk semua golongan.
Harga hotel: Bermula pada RM109
Alamat: Jalan Bukit Merah Taiping 34400 Semanggol, PERAK Malaysia, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak.
#5 Antong Coffee Mill
Coffee lovers, Antong Coffee Mill merupakan kilang kopi tertua di Malaysia. Diasaskan pada 1933 oleh Tiah Ee Mooi, kopi Ahtong menjadi kegemaran bukan sahaja penduduk tempatan bahkan seluruh Malaysia.
Menariknya, ia bukan sahaja sebuah kilang memproses biji kopi. Tetapi ia dibuka kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat proses pembuatan kopi segar.
Anda boleh masuk sendiri di dalam kilang, mempelajari sejarah dan jenis-jenis kopi, serta membeli cenderamata di kedai yang disediakan.
Waktu operasi: 8.30 am – 5.30 pm
Alamat: Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
#6 Muzium Perak
Muzium Perak merupakan muzium tertua di Malaysia. Di bina sejak tahun 1886 lagi, ia masih mengekalkan struktur bangunan yang sama dari zaman penjajahan British. Muzium indah ini terletak di Jalan Taming Sari, jika anda dari Taman Tasik, Cuma berjalan kaki sahaja untuk ke sini.
Terdapat lebih 8,500 item sejarah tersimpan di sini. Pengunjung dapat lihat artifak arkeologi, cari gali bijih timah, kebudayaan, alam sekitar.
Galeri zoologi juga tidak kurang hebatnya, ia merupakan pameran bertaraf antarabangsa. Sesiapa sahaja pasti akan teruja jika datang ke sini.
Harga tiket: Dewasa RM2 | Kanak-kanak RM1
Waktu Operasi: 9 am – 6 pm
Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Negeri Perak
#7 Kuala Sepetang
Kuala Sepetang merupakan perkampungan nelayan yang terletak kira kira 14km dari bandar Taiping. Muka kuala ini bersambunga dengan Selat Melaka. Pekan kecil ini sangat popular di kalangan pelancong.
Ada yang datang ke sini hanya untuk makan. Ini kerana banyak tempat makan menarik khususnya makanan laut yang segar.
Selain itu, anda buja berpeluang memancing, melihat bagaimana penduduk di sini menternak udang dan proses mengeringkan ikan kering. Buah tangah seperti kudapan juga amat murah di sini.
Alamat: Kuala Sepetang, Perak
#8 Zoo Taping
Jika anda mempunyai anak kecil, kunjungan ke zoo sudah menjadi kewajiban. Anda bertuah kerana terdapat sebuah zoo yang dijaga dengan baik di Taiping. Ia menjadi salah satu tempat menarik di Perak.
Sebagai Zoo yang tertua di Malaysia, Zoo Taiping menempatkan lebih 1,300 haiwan dari 200 spesis berbeza. Pengunjung bukan sahaja dapat melihat haiwan dengan lebih dekat, malam berpeluang memberi makan kepada beberapa haiwan terpilih.
Anda patut rasai perkhidmatan Night Safari di sini. Di mana pengunjung bakal menyaksikan aktiviti malam haiwan nocturnal dengan menaiki bas khas.
Waktu operasi: 8.30 am – 11 pm
Harga tiket: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50
Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Negeri Perak
#9 5D Art Paradise Taiping
Siapa yang tidak gemar ke rumah yang mempunyai lukisan 5D kan? Jika anda berada di Taiping, singgahlah ke 5D Art Paradise yang terletak di Jalan Maharajalela di Bandar Taiping.
Di sini anda boleh bergambar dengan pelbagai gaya dengan berlatar belakangkan lukisan ilusi. Pasti seronok dan menambahkan keceriaan cuti anda.
Harga tiket: 131 cm & Keatas RM25 | 91 cm – 130 cm RM20
Waktu operasi: 10 am – 7.30 pm
Alamat: 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Negeri Perak
Air terjun di Taiping
Terdapat 2 buah air terjun di Taiping. Kami senaraikan dengan ringkas. Akan di olah dengan lebih terperinci dalam artikel khas kelak. Air terjun ini juga boleh dijadikan sebagai tempat mandi manda di Taiping.
- Air Terjun Pecah Batu
- ATV Adventure Park Larut
Tempat menarik Kuala Kangsar
Pekan Kuala Kangsar
Pekan Kuala Kangsar wajib dikunjungi. Di sinilah lokasi terbaik untuk membeli belah. Sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong, masing-masing tidak mahu terlepas dari mendapatkan pelbagai jenis barangan murah.
Tempat menarik di Lumut Perak
Pantai Teluk Batik
Pantai Teluk BatikTerkenal dengan keindahan pantainya. Pemandangan bukit yang mempersonakan, air jernih, ombaknya yang tidak kuat. Ini menjadikan ia sebagai tempat terbaik untuk aktiviti mandi manda. Paling menarik pasirnya yang memutih, ini menambahkan lagi keindahan pantai.
Alamat: 32200, Perak (Google Maps Location)
Bukan main banyak lagi tempat menarik di Taiping ni. Selain meneroka tarikan best, anda sekaligus dapat belajar banyak perkara tentang sejarah Malaysia. Semoga artikel ini menjadi panduan sekiranya anda ingin bercuti di Taiping kelak.