Saya memang asal Ipoh. Atau lebih tepat Simpang Pulai. Biasanya kalau anda nak turun ke Ipoh.
Akan ada 3 entrance tol yang utama, sama ada tol dari Meru (yang dari utara), tol di Ipoh (untuk ke Tg Rambutan/Tambun) dan juga tol yang paling selatan, iaitu tol masuk ke Simpang Pulai.
Bila dah masuk menggunakan tol Simpang Pulai, anda boleh pilih untuk terus naik ke Cameron Highlands atau teruskan perjalanan ke Ipoh, yang ambil masa dalam 15 minit sahaja. Lebih kurang. Kalau anda nak ke Kellie Castle pun akan menggunakan tol masuk Simpang Pulai juga.
Dan kampung saya di Simpang Pulai itu lah.
Memang sudah dekat sangat dengan Ipoh. Tapi bila saya belek belek semula artikel yang saya hasilkan dalam teamtravel ni. Macam kurang pula perkongsian tempat menarik di Ipoh. Padahal inilah tempat yang saya paling tahu kan? haha
Yang ada pun, Air Terjun Sungai Lubuk Timah. Ini memang sungai yang saya duk mandi selalu betul masa zaman budak budak dulu ni.
Tak mengapalah.
Bismillah, kita mulakan ya.
#1 Lubuk Timah – Air Terjun + Hot Spring
Memandangkan saya dah sebut sikit tadi. Saya tambah sahaja sikit lagi point berkenaan dengan Sungai di Lubuk Timah. Sebenarnya ini kawasan quary. Masa saya pergi dulu dulu lah. Ingat lagi, masa tu tak lengkap lagi kemudahan yang macam sekarang.
Walaupun mungkin ada yang merengek sebab nak masuk ke sungai ni mahal.
Tapi percayalah, sebenarnya owner baru (perempuan, saya lupa nama, datin rasanya) yang beli kawasan ni banyak juga beliau belanja untuk naikkan tempat ini. Kalau dulu kawasan camping tak ada. Tandas awam pun tak ada juga rasanya. Dan kalau kita nak naik ke Air Terjun dalam gambar bawah ni, terpaksa mendaki sikit untuk sampai.
Mana yang orang orang tua memang sampai arwahlah tak merasa.
Tapi sekarang, mereka sudah buka elok. Cantik.
Gazebo yang siap ada plug untuk charge laptop atau smartphone pun ada.
Surau pun ada. Chalet berhadapan dengan sungai pun ada.
Dulu, kolam air panas ni muat satu family sahaja. Sekarang, sudah lebih luas. Lebih selesa, panas airnya pun sudah dibahagikan kepada yang panas, sederhana dan yang sesuai untuk kanak kanak.
Jalan masuk pun menggunakan jalan tar yang kemas dan selamat. Banding sebelum ni, kami lalu atas batu kerikil. So bagi saya, tak mengapalah kalau cas macam mahal sikit pun. Yang sebenarnya tak mahal pun. Kita pun bukannya mandi sungai setiap hari kan. J
Maafkan saya. Hehe
Oh ya, Lubuk Timah ni kalau anda teruskan lagi perjalanan, sampai lah ke Cameron Highlands.
Kita teruskan jalan jalan ke Ipoh pula.
Di Ipoh, bukan Lubuk Timah sahaja yang ada, malah kami ada 7 lagi sungai untuk anda pilih mana satu yang lebih dekat. Rujuk artikel air terjun ini.
#2 Kellie Castle
Istana berhantu ni kan. Pernah masuk Majalah 3 dulu. Tapi lokasi ini jugalah, saya dan orang rumah jadikan set pengambaran untuk wedding kami. Dan macam retis sebab orang asing yang datang nak bergambar dengan kami pula.
Saya mula mula datang sini kalau tak silap dalam tahun 2010 rasanya. Masa tu ada program motivasi untuk UPSR. Tak juga diselenggara baik banding dengan sekarang. Sangat banyak pembaharuan. Siap ada ruang parking yang luas, bas pun boleh masuk sekarang.
*bangunan yang saya datang masa tahun 2010 dahulu pun masih ada, cuma dah jadi terbiar. Entah entah hantu Kellie Castle pun sudah duduk dalam ni. #gurau
#3 Lost World of Tambun
Kalau dulu Ipoh memang sangat sangat dibanggakan dengan kewujudan Maps kan. Sekarang, MAPS pun dah tutup. Abang saya yang kerja sebagai Chef dalam MAPS pun sudah diberhentikan.
Hangat hangat tahi ayam.
Lastnya, Lost World of Tambun juga yang megah bertahun tahun, sejak 2004 lagi (Wikipedia)
Saya baru tahu, Lost World Tambun ni ada masuk National Geographic. Anda dah tengok? Ini link nya, National Geo
#4 Gua Tempurung
Gua Tempurung ni sepatutnya saya cerita di atas sebaik sahaja masuk tol Simpang Pulai tadi. Atau mungkin lagi elok kalau anda lagi bergerak ke selatan, untuk masuk dari tol Gopeng untuk ke Gua Tempurung.
Jarak perjalanan lebih kurang XX minit dari Ipoh.
Saya last pergi Gua Tempurung masa tahun 2014 kalau tak silap. Saja saya dan kawan kawan kerja kilang kami buat aktiviti hujung minggu.
Ada 3 level kesengsaran kalau anda masuk ke dalam.
Saya dengan kawan kawan masa tu kami masuk track level 2.
Kalau level 3, akan menyelusuri ruang ruang kecil, merangkak tak silap saya. Lalu ke kawasan yang memang penuh dengan kelawar. So anda sepatutnya boleh bayangkan dah apa jadi pada badan anda di stop akhir nanti.
Saya sukan lasak sangat jarang sebenarnya saya cuba. Kali pertama saya cuba di Kuala Dipang di Gopeng. Di sana rasanya lebih susah lagi dari yang Gua Tempurung level 2 ni. Tapi rasanya kalau di Kuala Dipang tak sesuai untuk pergi by group dalam 10 orang. Mungkin perlukan lebih ramai lagi penyertaan lebih seronok, sebab ia sesuai untuk program team building.
Untuk Gua Tempurung, jangan lupa pakai cap dan juga kasut. Sebab bila anda masuk, masih ada lagi group group terumanya adik adik amoi kita yang menggunakan selipar. Sangat bahaya macam tu. Di Gua Tempurung ni, kalau anda bergerak berdua atau bertiga pun tiada masalah.
Nanti, kapten yang ditugaskan untuk guide perjalanan anda akan kumpulkan dalam 20 atau 30 orang untuk sekali jalan. (saya sudah lupa berapa ramai akan bergerak sekali). Tiket pun saya sudah lupa berapa charge untuk satu kepala.
Tapi insyaAllah tak mahal mana. Dan penjelajahan anda tu berbaloi dan pasti akan dikenang dikemudian hari. Sebab bukannya pengalaman yang kita selalu dapat.
#5 Taman Rekreasi Gunung Lang
Kalau anda tang ke Gunung Lang, tapi sekadar parking kereta, dan singgah sebentar ke entrance dan balik. Baik anda tak payah datang.
Kiranya, lebih baik anda luangkan masa untuk naik bot dan bersiar siar di tasek semula jadi Gunung Lang ni. Bina kenangan manis, sebab ia akan kekal manis di hari tua.
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz / Padang Polo
Ini tempat beriadah di waktu pagi. Kedai kedai makan pun banyak di sini sebab ia antara tarikan tempat rekreasi utama juga di Ipoh.
#6 Blueblue Playland – yang ni saya belum pernah pergi lagi. Anda boleh cuba.
#7 X Park Sunway City Ipoh – yang ini pun sama, saya belum pernah pergi lagi.
#8 Zoo Taiping
Baik, kalau rasa nak kembali ke habitat masing masing. Boleh lah ke Zoo Taiping.
Bila pergi ke Zoo Taiping saya tak berapa puas hati dengan harga tiket. Ada pula harga tiket lebih murah untuk mereka yang memang menetap di Taiping. Sedangkan kita yang dari jauh ni di charge lebih mahal sedikit. Kenapa ya buat macam tu! Tak faham saya.
Apa apa pun. Zoo Taiping memang tetap best.
Saya pernah pergi siang, saya juga pernah pergi malam. Naik keretaapi nya pun saya pernah sebab malas nak berjalan jauh.
Zoo Taiping antara destinasi yang mesti anda pergi bila dah sampai ke Ipoh.
Anak anak tolong pegang elok elok bila masuk ke Zoo Taiping, sebab saya pernah nampak ada bintang yang terkeluar dari sangkar bebas. Saya pun tak pasti sama ada betul atau tidak apa yang saya nampak, entah entah saya yang termasuk dalam kandang barangkali.
#9 Taman Mini Jepun
Ingat taman Jepun ada di Bukit Tinggi sahaja? kami pun ada tau.
#10 Gerbang Malam
Terus terang cakap, Gerbang Malam yang sekarang tak seberapa banding dengan yang dulu. Tapi tak apa, anda datang sahaja lah. InsyaAllah mana tahu jumpa barang yang menarik. Lagipun alang alang dah sampai kan, seronok ke tak seronok lain hari fikir. Sementara sudah turun Ipoh. Luangkan masa sahaja selagi boleh, bila lagi kan.
Tarikan lainnya adalah anda boleh cuba makan di caffee berhampiran Gerbang Malam ni. Ada satay semua. Memang sedap, saya pernah cuba sebelum ni.
#11 Pasar Karat / Low Chain
Kalau saya katakan Gerbang Malam sudah tak berapa, tapi tidak dengan Pasar Karat. Pasar Karat ni sudah beralih tempat berapa kali sebenarnya, tapi masih lagi mengekalkan prestasinya antara tarikan utama yang mesti pergi di Ipoh.
Berbeza dengan Gerbang Malam, Pasar Karat banyak menjual barangan antik dan terpakai. Barang-barang yang dijual adalah antara koleksi yang sukar diperolehi. Antaranya vinyl, radio, peralatan dapur, aksesori, perabot, dan banyak lagi.
Kalau anda seorang pengumpul barang antik, anda pasti rambang mata berkunjung ke Pasar Karat ini.
Selain itu terdapat juga gerai yang menjual baju bundle. Kebanyakkannya dari jenama terkenal dan asli. Kalau pandai memilih, sudah pasti anda akan dapat barang berkualiti. Jangan lupa untuk tawar-menawar ya?
#12 Muzium
Negeri Perak mempunyai nilai sejarah yang luar biasa pada zaman kolonial. Kisah penjajahan dan perlombongan bijih timah memberi impak besar terhadap negeri ini dan Malaysia.
Untuk mengetahui sejarah Perak dengan lebih mendalam, kunjungi Muzium Darul Ridzuan yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.
Bangunan ini sendiri mempunyai sejarah yang tersendiri. Bangunan muzium ini yang dahulunya merupakan rumah agam persendirian seorang jutawan dalam bidang perlombongan, Foo Choong Kit yang dibina pada tahun 1926.
Muzium seumpama ini sangat menarik jika anda bawa kanak-kanak bersama.
#13 Kinta Riverfront
Semacam I City Shah Alam, tarikan utama adalah lampu warna warni. Selain daripada itu, ada banyak kedai makan sedap di tepi tepi pejalan kaki track Kinta Riverfront ni. Kalau anda berjalan kaki jauh sikit, akan jumpa restaurant nasi arab, HadrulMaut yang boleh tahan juga rasanya.
Saya sudah 3 kali rasanya cuba di Restaurant Nasi Arab ni.
#14 Muzium Geologi Ipoh
#15 Dataran MBI Food Court
Ni tempat makan best bila malam ni. Seakan deretan warong.
#16 Bulatan Amanjaya
Bulatan Amanjaya ni sebenarnya adalah salah satu projek upgrade semasa MAPS dibina. Selepas MAPS padam, bulatan Amanjaya masih lagi terus menjadi tarikan. Tambah lagi kanak kanak yang memang boleh terus mandi di astaka Bulatan Amanjaya ni.
Tempat pun sangat cantik untuk duduk duduk rehat selepas penat berjalan. Di sekeliling Bulatan Amanjaya ini juga ada kedai makan, restaurant untuk anda pilih.
Juga, ada hotel yang memang betul menghadap bulatan Amanjaya juga kalau anda mahu.
#17 Tasik Cermin Gunung Rapat
Ini adalah antara tempat menarik di Ipoh yang tak berapa ramai lagi orang tahu. Tak macam gunung Lang. Mungkin macam terlindung sikit. Ipoh tak seperti Alor Setar, ataupun Pendang, ataupun Batu Kawan yang permukaannya agak rata, flat dan pembangunan kebiasaannya hasil daripada tambakan tanah ke atas sawah. Pemandangan kita pun akan terus direct sejauh mata memandang.
Berbanding dengan Ipoh, bandarayanya dikelilingi oleh bukit batu kapur dan gunung ganang. Yang menjadi kelebihan utama tarikan di sini.
Itu sebab jugalah, terjadinya tarikan semula jadi seperti di Gunung Lang dan juga Tasik Cermin. Ada lagi satu tempat menarik di Gunung Rapat, iaitu di Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village. Tapi saya belum lagi sampai. kenapa lah belum pernah ya, padahal sangat dekat dengan Simpang Pulai ni.
#18 Miniature Wonders Art Gallery Ipoh
#19 Ulu Chepor
Ulu Chepor memang tumpuan sebagai pusat riadah/mandi sungai sejak berapa abad dah. Saya mula mula datang sana pun masa masih lagi sekolah rendah. ( sekarang saya 32 tahun ).
Gambar, kredit to Hafizudin Channel
Bila time waktu hujung minggu memang tersangat ramai.
Saya sendiri, lebih prefer mandi di Ulu Kenas. Tak jauh sangat dari Ulu Chepor.
Ulu Chepor dan Ulu Kenas ni memang jauh lebih awal jadi tempat tumpuan banding dengan Lubuk Timah.
#20 Padang Ipoh
Saya ingat lagi, dulu Siti Nurhaliza pernah buat persembahan di Padang Ipoh ni. Saya ke depan ke depan, rupanya saya sudah jatuh masuk dalam longkap. Malunya rasa. Di Padang Ipoh tiada apa yang menarik sebenarnya. Sebab saya pun jenis susah nak verifykan sesuatu tempat itu menarik atau tidak. Cuma Padang Ipoh ni sudah dekat sangat dengan Kinta Riverfornt tadi. Jadi ia sebagai penanda yang anda sudah dekat dengan Kinta Riverfornt sahajalah. Selain daripada saya nak bagi yang saya pernah jatuh dalam longkang. Sakit, sampai sekarang saya menyesal dan tidak akan buang masa pergi mana mana konsert retis. Lebih baik kalau saya habiskan RM200 di mana mana hotel dan buat kerja untuk tulis artikel review untuk teamtravel.
Sebut pasal hotel, bila saya buat pemilihan. Saya suka hotel yang anda meja, heater, parking safety dan ada breakfast. Kira, kalau nak cari budget pun atleast, biarlah ada meja, supaya saya boleh buat kerja. Kalau kita nak kan televisyen flat screen semua, kadang kadang tu memang tak sempat pun untuk kita tengok kan.
Sebab dah penat berjalan.
Tak mengapalah, saya nak kongsikan juga hotel terbaik di Ipoh untuk anda pilih.
Assalamualaikum.
Hotel menarik di Ipoh
Dah tahu tempat-tempat menarik sekitar Ipoh, tapi nak menginap di mana? Untuk itu, kami senaraikan beberapa buah hotel sekitar Ipoh. Pastikan anda menyemaknya di laman menempah.
- Regalodge Hotel Ipoh – RM115
- Ipoh Downtown Hotel – RM115
- Brick Box Hotel – RM105
- D Eastern Hotel – RM98
- Hotel Seri Malaysia Ipoh – RM111
- Merton Hotel Ipoh – RM125
Tempat menarik di Taiping
Sementara itu kami senaraikan juga beberapa tempat menarik di Taiping.
- Zoo Taiping
- Taiping Lake Gardens
- Perak Muzium
- Spritzer EcoPark
- Bukit Larut
- Bukit Merah Laketown Resort
Tempat menarik di Kuala Kangsar
- Istana Kenangan Bukit Chandan
- Masjid Ubudiah Bukit Chandan
- Pekan Kuala Kangsar
- Pavilion Tower Kuala Kangsar
Kalau nak melawat tempat menarik di Perak, memang tidak sah kalau tak ke Ipoh. Bukan main banyak lagi tempat menarik di Ipoh yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Kami pasti percutian di bandar hebat ini pasti akan meninggalkan memori manis yang bakal dikenang sampai bila-bila