Lubuk Timah

Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet 2023

Lubuk Timah merupakan pusat rekreasi air terjun dan kolam air panas(hot spring) yang terletak di Simpang Pulai, Ipoh, Perak. Jaraknya kalau daripada Ipoh, hanya 30 minit sahaja. Dan kalau anda turun dari Cameron Highlands, sepatutnya anda akan tempoh Pusat Rekreasi Lubuk Timah ini dahulu, baru tiba ke simpang ke Simpang Pulai.

Kalau nak diikutkan Lubuk Timah ini sudah didatangi oleh pengunjung dengan lebih awal lagi, tapi ia mula dibuka secara rasminya dengan lengkap segala kemudahan pada tahun sekitar 2014. Dengan langskapnya yang lebih menarik, siap dengan aktiviti lain juga. Kawasan air panas hot springnya juga lebih luas berbanding dengan awal pembukaannya dahulu berbanding dengan sekarang untuk menampung lebih ramai pengunjung.

Lokasi Lubuk Timah Hotspring – Google Map

Kemudahan yang ada di Lubuk Timah Fall

  • Gazebo
  • Surau / Tandas awam
  • Tempat letak kenderaan
  • Tempat persalinan
  • Trek kuda
  • Chalet
Harga tiket & aktiviti di Lubuk Timah Fall / Hotspring
Tiket masuk:

  • Dewasa – RM5
  • Kanak-kanak (3 – 11 tahun) – RM3

Sewaan:

  • Gazebo – RM50
  • Gazebo X – RM70
  • Pondok – RM10
  • Peralatan BBQ – RM15
  • Peralatan BBQ + arang – RM30

Aktiviti:

  • Inflatable bouncer – RM3
  • Menunggang kuda – RM5/round
  • Skuter – RM10/30 minit
  • ATV – RM15/20 minit

Chalet di Lubuk Timah

Chalet yang disediakan tidak kurang hebatnya. Lengkap dengan kemudahan, bersih, dan mempunyai rekaan cantik. Bahkan pengunjung diberi 12 pilihan bilik bergantung kepada kapasti dan bajet.

Malah, pihak pengurusan turut menyedikan tapak perkhemahan untuk kem motivasi dan team building.

Harga chalet Lubuk Timah

Kolam air panas / kolam renang / anak sungai

Kolam Air Panas

Kolam air panas di sini luas dan lebih terjaga kerana ia dibina dengan baik serta boleh tampung pengunjung yang ramai.

Anda boleh mandi, rendam kaki, bahkan boleh rebus telur di sini. Warga emas ambil kesempatan ‘berubat’ kerana kolam air panas semula jadi dikatan boleh merawat sakit sendi dan urat.

Kolam renang

Untuk mereka yang tidak mahu mandi kolam air panas, anda boleh pilih untuk berenang di kolam biasa. Airnya bersih dan terjaga. Selain itu terdapat kolam khas buat kanak-kanak. Agak luas dan tersedia dengan tempat duduk untuk ibu bapa awasi si cilik.

Facebook: Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Hubungi: 013-433 5361 (Fansuri)

4 Replies to Lubuk Timah + Hot Spring + Harga Chalet 2023

  1. Hi boleh saya tahu sewaktu PKP disini masih dibuka? keadaannya masih lagi dalam keadaan bersih?
    dan jika berminat untuk bermalam, berapa harga chalet disini?

  2. Lu tmpt ni x ramai india. Skrg klu bhgn atas sume geng mrk. Sorry bukan rasict…tp geng ni lain mcm je cr dia konker tmpt di ats. Btul2 da x suke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *