Tempat Menarik

8 Buah Air Terjun di Perak

Perak memang kaya dengan tarikan pelancongan yang lebih kepada tempat bersejarah dan kawasan semula jadi. Bagi yang merancang untuk bermandi manda, lokasi air terjunlah yang menjadi pilihan. Untuk itu, kami di TeamTravel akan senaraikan beberapa buah air terjun di Perak yang boleh anda tuju.

Salah satu faktor mengapa kawasan air terjun menjadi tumpuan adalah kerana pengunjung boleh menikmati keindahan alam sekitar. Selain itu, siapa tidak suka berendam di dalam air sejuk dan bersih?

Berikut merupakan senarai air terjun di Perak yang wajib dilawati.

#1 Air terjun Kinjang

Merupakan salah satu tempat mandi di Perak yang agak popular. Kenapa? Kerana Air Terjun Lata Kinjang adalah air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850 meter.

Air terjun ini bertingkat-tingkat dan jika anda berada di bawah, keindahannya tidak dapat diungkapkan dnegan kata-kata.

Oleh kerana ia terlalu tinggi, anda boleh lihat air terjun ini dari Lebuh Raya Utara-Selatan.

Terletak di Chenderiang iaitu 18km dari Tapah, ia sentiasa menjadi tumpuah keluarga untuk bersantai bersama.

Alamat: 35300 Chenderiang, Perak

#2 Air Terjun Sungai Bil

Lata Sungai Bil ini terletak 24km arah Utara Tanjung Malim. Lokasi air terjun ini sangat sesuai untuk seisi keluarga melakukan aktiviti kerana tanahnya lapang dan mempunyai anak sungai.

Untuk mereka yang gemarka aktiviti outdoor seperti berkhemah, berkelah, atau memancing, Air Terjun Sungai Bil memang sesuai untuk anda.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak kemudahan awam seperti tandas awam, tempat letak kereta, pondok, dan rumah rehat.

Memang mesra pengunjung!

Alamat: 35900, Kampung Sungai Bil, 35900 Slim River, Perak

#3 Air Terjun Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Ia merupakan air terjun di dalam tempat rekreasi yang telah menjadi sebahagian daripada Hutan Lipur Ulu Kenas.

Berkedudukan kira-kira 15 km dari bandar Kuala Kangsar, Air Terjun Ulu Kenas merupakan antara tempat perkelahan terbaik di negeri Perak. Kawasannya bersih, dan terurus. Airnya juga bersih dan dingin kerana datang dari puncak Gunung Bubu.

Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, anda boleh lepak di tepi anak sungai. Kerana airnya cetek dan selamat.

Kemudahan seperti tempat persalinan dan tandas awam juga disediakan.

Harga tiket: RM2 seorang | RM2 satu kereta

Alamat: Ulu Recreational Forest Kenas, Kuala Kangsar, Perak

#4 Air Terjun Lata Iskandar

Juga terletak di Tapah, jalan menuju ke Cameron Highland. Air terjun Lata Iskandar cuma 15 km dari Cameron Highlands membuatkan ramai yang keliru jika ia terletak di Pahang.

Di bawah kendalian Jabatan Perhutanan Negeri Perak Daerah Batang Padang, menjadikan air terjun ini dijaga dengan dengan baik.

Air jatuh dari ketinggian 25 meter, terus ke dalam kolam besar. Pada setiap hujung minggu, ia pasti meriah dengan kehadiran orang ramai. Ada juga yang jadikan air terjun ini persinggahan sebelu ke Cameron Highlands.

Alamat: Exit 59, 35000 Tapah, Negeri Perak

#5 Air Terjun Lata Kekabu

Hutan Lipur Lata Kekabu ini terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau yang merupakan jenis Hutan Dipterokarpa Bukit. Lokasinya tidak jauh dari Geleri Arkeologi Lenggong yang merupakan tempat bersejarah di Perak.

Tempat mandi ini bukan sahaja menjanjikan deruan air terjun yang nyaman, tetapi turut padat dengan kemudahan asas.

Laluan pejalan kaki, wakaf, tempat letak kereta dibina dengan baik. Malah, kawasan ini juga mesra kanak-kanak.

Padanlah, ia sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung pada hujung minggu.

Alamat: 33400 Lenggong, Perak

#6 Air Terjun Ulu Chepor

Air terjun yang sesuai untuk seisi keluarga kerana airnya cetek sahaja. Kawasannya juga luas, jadi adalah privacy untuk anda sekeluarga.

Cuma kemudahan seperti tandas di sini seperti tidak terurus, tetapi masih boleh digunakan dengan baik.

Harga tiket: RM4 (parking)

#7 Lubuk Timah Fall

Satu-satunya air terjun di Ipoh. Lokasi ini sangat sempurna untuk dijadikan tempat beriadah seisi keluar kerana terdapat sungai, air terjun, kolam air panas, dan kolam biasa. Tidak cukup dengan itu pengunjung juga boleh menunggang kuda di sini.

Dari segi kemudahan memang lengkap. Lubuk Timah Fall boleh dikatakan sempurna untuk percutian hujung minggu. Panas berendam dalam kolam air panas, terjun pula ke dalam kolam air terjun yang dingin.

Memang perfect lah pengalaman bercuti di Perak kelak.

Harga tiket: Dewasa: RM5 | Kanak-kanak: RM3

Waktu operasi: 8 am – 6.30 pm

Alamat: 31300 Ipoh, Perak

#8 Air Terjun Pecah Batu

Air terjun di Taiping ini menjadi tempat rekreasi warga tempatan. Terletak di kaki Gunung Bubu, Trong, ia menawarkan suasana yang tenang dan mendamaikan.

Sesuai untuk seisi keluarga kerana terdapat kolam yang dalam dan cetek. Yang inginkan kolam yang lebih dalam, anda perlu memanjat ke kawasan lebih tinggi. Hati-hati, kerana batu-batu besar agak licin.

Alamat: Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)

Tempat menarik di Lumut, Perak

  • Muzium KD Rahmat
  • Taman Paya bakau
  • Marina Island
  • Frenzy Water Park Marina Island

Pantai di Perak

  • Teluk Senangin
  • Pantai Teluk Batik
  • Pulau Pangkor
  • Teluk Nipah

Tempat mandi manda di Taiping

  • Burmese Pool Taiping (Kolam Renang Batu Besar)

Jika anda berkesempatan bercuti di negeri bijih timah ini, luangkanlah masa untuk berkelah di air terjun di Perak. Rugi kalau tak singgah, keindahan alam sekitarnya dan air terjun yang jernih pasti membuatkan hujung minggu anda lebih bermakna.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!