Tempat Menarik

Tempat Makan Best di Ipoh

Kami pasti percutian di Ipoh bakal memberikan seribu satu kenangan manis buat anda. Mana tidaknya, ibu negeri Perak ini kaya dengan lokasi tumpuan pelancong. Untuk menambahkan lagi kemanisan percutian anda, apa kata cuba makan di restoran popular yang ada sekitar Ipoh. Inilah masanya untuk anda rasa keenakan masakan tempatan. Untuk itu, kami senarai berapa tempat makan best di Ipoh untuk anda terjah.

Pelbagai jenis restoran bakal kami kongsikan. Dari masakan kampung, western, seafood, tempat makan malam, hinggalah lokasi sarapan sedap.

Jika anda melawat tempat menarik di Ipoh, pastikan anda cuba juga makan di lokasi-lokasi di bawah.

#1 Restoran Simpang Tiga, Ipoh

Menawarkan masakan Padang, seafood, western, dan nusantara. Banyak lauk lauk campur yang menyelerakan dihidangkan sebaik anda melangkah masuk. Dari ayam goreng, aneka gulai, ikan bakar, ulam, masakan Padang, semuanya ada dijual di sini.

Selain itu anda tidak hanya terikat dengan masakan Padang sahaja, kerana masakan Melayu dan Thai juga disediakan.

Stesen dessert pastinya membuatkan anda teruja kerana banyak pilihan pencuci mulut seperti kek di susun cantik.

Waktu operasi: 11am – 11pm

Alamat: D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said, Kampung Kastam Greentown, 30450 Ipoh, Perak

#2 Restoran Nasi Vanggey

Nasi Vanggey pernah viral dan sudah sinonim dengan negeri Perak. Apa beza nasi Vanggey dengan nasi kandar? Kuah nasi Nasi Vanggey lebih pekat dari biasa. Kebiasaannya ia dihidangkan dengan nasi putih, ayam goreng, dan telur rebus.

 

Restoran ini tidak putus putus menerima kehadiran pelanggan terutamanya pada waktu tengah hari.

Lauk-lauk sampingannya juga turut menjadi sampingan seperti paru goreng, ikan masam manis, sayur goreng, sotong masak merah, dan lain lain.

Terdapat tiga buah restoran Nasi Vanggey di Ipoh, tetapi yang paling famous sudah tentung yang terletak di

Waktu operasi: 7am – 11pm

Alamat: 18F, Jalan Labroy, Taman Idris, 30100 Ipoh, Negeri Perak

#3 Goreng-Goreng Cafe & Barber

Kalau nak makan sedap di Ipoh waktu malam, kami syorkan anda ke Goreng-Goreng Cafe & Barber yang terletak di Jalam Meru Utama. Restoran ini menyajikan masakan tempatan dan Western yang menyelerakan.

Hidangan signature di sini adalah kari kepala ikan, asam pedas daging tetel, dan nasi goreng batang pinang.

www.ipoheco.com.my

Bagi masakan western pula, anda patut cuba Aloha Chicken Grill, Fettuccine Chicken Alfredo, dan Seafood Marinara.

Hiasan dalaman restoran ini juga cantik dan modern. Sesuai dengan peredaran semasa di mana pelanggan mahukan tempat makan yang indah dan selesa.

Waktu operasi: 12am – 12pm

Alamat: 27, Jln Meru Utama A1, Ipoh, Negeri Perak

#4 Mee Kari Kak Yah (Silibin)

Mee kari memang menjadi kegemaran ramai. Kalau anda datang ke Ipoh, singgahlah ke restoran Mee Kari Kak Yah yang terletak di Taman Keledang Jaya.

Restoran ini beroperasi seawal 6.30 pagi lagi. Jadi bolehlah anda merasa sarapan pagi di Ipoh yang sedap.

Ia menjadi pilihan ramai kerana kuah mee karinya yang pekat dan tidak lokek dengan lauk seperti fish ball dan lain-lain. Selain mee kari, terdapat beberapa menu lagi yang boleh anda pilih di sini seperti Bihun Sup, kueh tiaw kicap, dan Wantan Ayam.

Malah, mee/bihun/kueh tiaw, nasi lemak, telur separuh masak dengan roti bakar turut popular di sini.

Waktu operasi: 6.30am – 12pm | 5pm -12am

Alamat: 12, Jalan Jelapang Selatan 1, Taman Keledang Jaya, 30100 Ipoh, Negeri Perak

#5 Port Ikan Bakar Station 18

Seafood adalah hidangan popular yang sesuai di makan pada waktu malam. Jadi kat makan restoran ikan bakar di Ipoh yang sedap? Sudah semestinya Port Ikan Bakar Station 18.

Ikan bakar mereka sudah menjadi menu wajib order di sini. Keenakkan ikan segar yang diperap dengan rempah istimewa sungguh enak. Hidangan lain seperti sotong tepung, cencaru ikan stim, dan butter praw juga sedap.

munirahmustafar84.blogspot.com

Untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan, makanan western turut disediakan.

Restoran ini juga dinilai baik oleh pelanggan di laman Google. Maknanyam memang sedap!

Waktu operasi: 5pm – 12 am

Alamat:12, Medan Stesen 18/3, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Negeri Perak

#6 Mat Periuk Cafe

Tempat makan best di Ipoh seterusnya adalah Mat Periuk Cafe. Untuk golongan muda, pastinya anda mencari tempat makan hipster di Ipoh. Oleh itu kami cadangkan anda ke Mat Periuk Cafe di Kampung Tersusun Tasek.

Ia dimiliki oleh chef selebriti iaitu Chef Kamarul. Apa yang best di sini adalah keenakkan makanan dan hiasannya bak hotel. Tetapi ia dijual pada harga yang berpatutuan.

www.sayaiday.com

Mat Periuk menyajikan pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan hinggalah hidangan Western

Waktu operasi: 4 pm – 12 am

Alamat: Lot 22241, No.40, Hala Tasek Timur 10, Kampung Tersusun Tasek, 31400 Ipoh, Negeri Perak

#7 Maggi Ketam Sham Ipoh

Mi segera memang enak di makan dengan pelbagai cara lebih-lebih lagi menu Maggi ketam. Juadah ini mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Maggi Ketam Sham Ipoh adalah salah satu restoran yang menyediakan juadah ini. Restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan pada waktu malam. Ini menjadikan ia sebagai tempat makan best di Meru ipoh.

Apa yang membezakan hidangan ini dengan mi segera biasa adalah seekor ketam besar di masukkan kedalam hidangan itu. Gabungan air ketam dan perencah maggi itu sendirilah yang menjadi kegilaan ramai.

Kami pasti anda akan menghirup kuahnya sehingga licin.

Waktu operasi: 5.30pm – 12 am

Alamat: 1, Laluan Taman Meru 1, Taman Meru 2b, 30020 Ipoh, Negeri Perak

#8 Nasi Ganja Ipoh

Kenapa nasi kandar ini dinama ‘nasi ganja’? Kerana keenakkannya pasti membuatkan anda ketagih dan ingin memakannya setiap hari. Ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmatinya. Begitulah penangan nasi ganja ini.

Ia merupakan nasi kandar paling popular di Ipoh. Kalau anda mencari nama kedai nasi ganja memang tak akan jumpa. Ini kerana nama kedai makan ini adalah Kedai Kopi Yong Suan. Ia turut dikenali sebagai nasi kandar ayam merah Ipoh.

vkeong.com

Ia menyediakan pelbagai lauk pauk yang menyelerakan seperti aneka kari dan gulai, ayam merah, ayam goreng berempah, sotong, udang galah, paru goreng, dan banyak lagi.

Waktu operasi: 9am – 6pm

Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri Perak

#9 21 Grilled

Menu signature di 21 Grill adalah burger gergasinya! Sebuah burger bersaiz besar yang boleh dimakan oleh 3 hingga 4 orang. Apa yang membezakan burger 21 Grilled dengan burger lain adalah kualiti daging yang diperap dengan rempah istimewa.

Bukan itu sahaja ia turut menawarkan pelbagai jenis roti seperti bijan, oregano dan roti arang ‘charcoal.

21 Grilled pernah menerima kunjungan program tv terkenal, Jalan Jalan Cari makan.

Waktu operasi: 11.30am – 11pm

Alamat: 87, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Ipoh, Negeri Perak

#10 Laksa Saranghae Ipoh Plan B

Melengkapkan tempat makan sedap di Ipoh adalah Laksa Saranghae. Bunyinya macam Korea tetapi yang menjadi menu signature adalah laksa.

Laksanya dihidangkan di dalam mangkuk besar bersama beberapa lauk lain seperti fish ball, tauhu goreng, dan cili padi. Apa yang membuatkan laksa Saranghae special adalah ia turut dihidangakan dnegan telur dadar rangup.

Kuahnya pekat, sungguh menyelerakan.

Banyak lagi menu best di sini seperti ABC, masakan western, yong tau fu, dan masakan panas.

Waktu operasi: 1pm – 10pm | Tutup pada Isnin dan Rabu

Alamat: Perak, west Malaysia, 1A, Jalan Panglima, 30000 Ipoh

Itu dia 10 tempat makan best di Ipoh yang harus anda kunjungi. Kami berharap perkongsian ini dapat memberi idea kepada anda apabila bercuti di Ipoh kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!