Cameron Highlands

10 Tempat Menarik di Brinchang [TERKINI 2023]

Brinchang merupakan bandar kedua terbesar di Cameron Highland dan terletak 2 kilometer dari lokasi pelancongan utama Cameron, iaitu Tanah Rata. Berikutan kawasannya yang agak kecil dan laluan jalan raya yang sempit, Brinchang hanya memiliki beberapa lokasi tarikan pelancong serta menempatkan kedai runcit dan pusat pemerintahan. Mungkin anda tidak perasan yang terdapat beberapa tempat menarik di Brinchang yang berbaloi untuk anda kunjungi.

Suhunya sama sahaja seperti Tanah Rata, memiliki banyak kedai makan, hotel, serta tempat menarik seperti Time Tunnel, Cactus Valley, dan banyak lagi.

Cactus Valley

Untuk peminat pokok kaktus, wajib singgah ke Cactus Valley, di sini anda bakal dihidangkan dengan pelbagai jenis dan spesis cactus segar untuk dijadikan perhiasan.

Anda pastu terpesona akan kecantikkan kaktus yang pelbagai saiz dan warna, malah ada juga kaktus yang belum pernah anda lihat sebelum ini

Selain kaktus, banyak lagi pokok-pokok perhiasan lain termasuklah yang sedang viral sekarang seperti monstera dan banyak lagi.

Belilah satu untuk dibawa pulang, kerana harganya amat berpatutan.

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

Lokasi: Google Map

Pasar Kea Farm

Siapa tidak kenal akan Pasar Kea Farm? Pasar yang terletak di bahu jalan ini menjadi destinasi shopping utama buat pelancong. Di sinilah tempat untuk anda beli sayuran, buah buahan, jagung, dan strawberry segar pada harga murah.

Kalau nak tahu, kesemua sayuran dan strawberry adalah hasil tanaman di kawasan sekitar.

Strawberry di sini amat murah berbanding di tempat lain. Buah enak ini dijadikan jem, dan dijemur kering untuk dijadikan sebagai kudapan.

Memang rugi kalau tak singgah. Malah terdapat beberapa tempat menarik di kawasan sekitarnya seperti ladang lebah dan taman rama-rama.

Waktu operasi: 8 am – 6 pm

Lokasi: Google Map

O & R Garden

Orchid And Rose Garden terbahagi kepada 3 bahagian iaitu taman bunga, ladang sayuran, dan forest walk. Pengunjung akan dihidangkan dengan pokok-pokok bunga segar dan cantik. Pokok dahlia, daisy, lili, dan kaktus memang mendapat perhatian ramai.

Tarikan terkini adalah mini zoo, di mana anak anak kecil boleh beri makan kepada arnab, burung, kambing, dan haiwan lain.

Anda kemudian bakal melalui ladang sayuran. Lihat bagaimana jagung, terung, salad, lobak ditanam segar. Anda bahkan boleh beli sayuran ini dengan harga murah untuk dibawa pulang.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM4

Lokasi: Google Map

Arked Peladang Cameron Highlands

Tempat menarik di Brinchang yang seterusnya adalah Arked Peladang Cameron Highlands. Sering menjadi tarikan pengunjung terutama mereka yang meminati bunga dan gemar berkebun.

Premis ini menyediakan pelbagai jenis pokok bunga, tumbuhan hijau, disamping menjual baja, benih serta tanah untuk bercucuk tanam.

Anda pasti teruja melihat pokok-pokok yang segar-bugar di sini.

Waktu operasi:  8.30 am – 6.00 pm

Lokasi: Google Map

Cameron Highlands Butterfly Farm

Rugi sekiranya tak singgah ke Cameron Highland Butterfly Garden. Tempat yang ideal untuk anda sekeluarga bersantai sambil lihat kecantikan rama rama yang berterbangan.

Rama-rama di sini terbang bebas membolehkan anda menyentuh haiwan jinak ini. Ia ditempatkan di dalam taman yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga yang menjadi habitatnya.

Pelbagai spesis dan warna boleh anda temui. Anak-anak pasti suka.

Selain rama-rama, haiwan lain seperti ular, serangga, katak, dan burung juga dipamerkan untuk tatapan pengunjung.

Harga tiket: Dewasa RM10 | Kanak kanak RM5

Lokasi: Google Map

Time Tunnel Cameron Highlands

Time Tunnel ini adalah sebuah mini muzium yang mengumpul sejarah, artifak, serta foto-foto dari zaman penjajahan British di Cameron Highland hingga sekarang. Ia dibuka oleh seorang penduduk tempatan yang ingin berkongsi minat dan sejarah dengan orang ramai.

Pelbagai informasi dan artifak menari yang boleh anda lihat di sini seperti baju kaum peranakan, dapur antik, barang koleksi antik seperti kotak rokok dan tin minuman lama.

Peralatan memprosesn teh pada zaman dahulu juga boleh anda temui di sini. Semuanya berkaitan dengan sejaran Cameron.

Pamerannya cukup menarik tidak hairanlah sekiranya ia menjadi salah satu tempat menarik di Cameron Highland.

Harga tiket: Dewasa RM6 | Kanak kanak RM4

Lokasi: Google Map

Waktu operasi: 9 am – 6 pm

Fragrance Nursery

Kalau nak tahu, Fragrance Nursery merupakan pembekal pokok bunga dan tumbuhan dalam pasu utama, bukan sekadar di Malaysia bahkan di Thailand dan Singapura.

Pencinta pokok bunga tegar pasti akan rambang mata menyaksikan pelbagai jenis pokok bunga pelbagai spesis dan warna di sini.

Selain bunga Fragrance Nursery turut menjual menih, baja, racun perosak, dan alat bercucuk tanam.

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Map

Mossy Forest

Mossy Forest adalah sebuah hutan simpan Cameron Highland yang unik kerana flora dan faunanya tidak seperti hutan simpan lain di Malaysia. Kedudukannya di tanah tinggi menjadikan pelbagai tumbuhan hidup dengan subur.

Dengan ketinggian seumpaman ini Mossy Forest lebih lembab, dingin, dan tenang. Di sini anda boleh lihat pelbagai jenis tumbuhan sambil menghirup udara segar. Laluan pejalan kaki disediakan, dan anda tidak perlu mendaki dan tidak memerlukn skill dan pengalaman mendaki.

Menyertai rombongan Mossy Forest ini memang berbaloi kerana anda bakal di guide oleh staff berpengalaman. Anda akan menaiki FWD sepanjang perjalanan. Selain ke Mpssy Forest, anda juga dibawa ke beberapa tarikan lain di Cameron. Memang seronok kerana tidak perlu memandu dan pening kepala fikir soal parkir.

Harga tiket: Dewasa RM65 | Kanak-kanak RM55 (Beli di – KLOOK)

Lokasi: Google Map

Ee Feng Gu Bee Farm

Ladang Lebah Ee Feng Gu juga tidak kurang hebatnya. Bukan mudah untuk lihat bagaimana madu lebah dihasilkan. Di sini, anda berpeluang lihat dengan lebih dekat bagaimana lebah membuat sarang, menghasilkan madu, sebelum madu itu di ambil untuk dijadikan bahan makanan.

Madu asli tau. Ambil peluang ini untuk bereksplorasi dan beli buah tangan seperti madu asli dan jem. Oh ya, anda boleh cuba honey comb di sini. Fresh dan sedap!

Harga tiket: Percuma

Lokasi: Google Map

The Sheep Sanctuary

Jangan lepaskan peluang untuk bermanja dengan biri-biri comel di The Sheep Sanctuary. Usah khuatir, biri-biri di sini dijaga dengan baik. Bersih dan jinak. Anda dan anak-anak boleh belai, memberi makan dan bermain dengan kambing biri-biri yang sama ada berada dalam kurungan atau yang bebas berjalan di sini.

Selain itu, terdapat sebuah cafe yang menyediakan teh, waffle, aiskrim, dan aneka snek lain untuk anda menjamu selera. Lagipun, view The Sheep Sanctuary ini memang cantik, berbaloi untuk anda kunjung. Bolehlah rakam gambar kenangan di sini.

Harga tiket: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5 (Beli di – KLOOK)

Waktu operasi: 9 am – 5.30 pm

Lokasi: Google Map

Penginapan menarik di Cameron Highlands

Banyak juga hotel menarik dan murah sekitar Cameron. Maklumlah, kawasan pelancongan. Kami sertakan senarai hotel berserta harga di bawah.

  • Kea Garden House – RM83 semalam
  • Avillion Cameron Highlands – RM207 semalam
  • Nova Highlands Hotel – RM193 semalam
  • Heritage Hotel – RM196 semalam
  • Iris House Hotel – RM101

Tempat menarik Genting Highlands

Cameron Highlands ke Genting Highlands adalah sekitar 3 jam pemanduan. Jadi, kami selitkan juga beberapa tempat menarik di Genting selain taman tema di sana.

  • Strawberry Leisure Farms
  • Happy Bee Farm
  • Butterfly Wonderland
  • Fashion Forest
  • World of Phalaenopsis (Taman Orkid Genting)

Hah, banyak juga tempat menarik di Brinchang. Mungkin ramai yang menganggap lokasi tarikan pelancong cuma ada di Tanah Rata, walhal Brinchang juga tidak kurang hebatnya. Kami cadangkan anda bercuti di Cameron pada weekdays, kerana waktu hujung minggu terlampau ramai pelancong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *