Meluangkan waktu hujung minggu atau cuti sekolah bersama keluarga pastinya sangat menyeronokkan. Anda bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan tetapi dapat menjamu mata dengan melihat keindahan alam semula jadi. Untuk mereka yang tingga di sekitar Selangor atau Lembah Klang, banyak tempat berkelah di Selangor yang boleh anda tuju.
Kalau nak tahu, negeri Selangor menyimpan banyak destinasi percutian menarik. Tidak kiralah tarikan alam semula jadi, tempat hiburan, atau taman tema.
Teruskan membaca artikel untuk mengetahui senarai tempat berkelah di Selangor
#1 Pantai Morib
Terletak kira-kira 1 jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur menjadikan Pantai Morib sebagai destinasi ‘getaway’ warga kota pada hujung minggu. Dibangunkan sebagai lokasi pelancongan, anda boleh menenangkan fikiran dengan bersantai di tepi pantai dan bermandi manda di sini.

Pantainya landai dan airnya cetek membuatkan ia sangat mesra kanak-kanak. Seronok juga sekiranya dapat menikmati angin laut yang segar dan melihat pohon ru melambai-lambai.
Banyak kemudahan seperti tempat berteduh, laluan pejalan kaki, tandas, surau, dan taman permainan. Selain itu nikmati juga makanan di restoran yang ada. Air kelapa, keropok, dan makanan laut memang popular di sini.
Tempat menarik di Bantik ini wajib anda kunjungi.
Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor
#2 Pantai Bagan Lalang
Pantai Bagan Lalang adalah antara pantai di Selangor yang tersohor. Sama seperti Morib, pantainya landai terutama waktu air surut. Anda boleh berjalan sejauh 400 meter ke tengah laut. Ini sekali gus bakal menghasilkan gambar kenangan yang cantik.

Apa aktiviti menarik di Pantai Bagan Lalang?
- Mandi manda
- Berkelah
- Berkhemah
- Bermain layang-layang
- Menaiki ATV
Kemudahan tempat kereta juga disediakan. Begitu juga dengan tandas, taman permainan, serta tempat berteduh.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di sini kerana panoramanya sangat memukau.
Selain itu, ada yang mengatakan Pantai Bagan Lalang sebagai lubuk ketam. Banyak anak-anak ketam yang boleh anda temui. Ini pasti akan mengujakan kanak-kanak.
Alamat: Bagan Lalang, 43950 Tanjong Sepat, Selangor
#3 Taman Metropolitan Kepong
Merupakan sebuah taman rekreasi yang penuh dengan kemudahan serta menawarkan landskap yang cantik. Dengan keluasan 95 hektar, Taman Metropolitan Kepong ini lengkap dengan laluan jogging, trek berbasikal, taman permainan, refleksologi, dan lain-lain.

Ia dibangunkan khas untuk orang awam supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat. Rumputnya yang menghijau, serta banyak tempat berteduh membuatkan ramai yang mengambil peluang untuk berkelah bersama keluarga dan rakan.
Malah, taman ini turut mempunyai sebuah tasik buatan yang luas. Bertambah cantiklah landskapnya.
Taman Metropolitan Kepong adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang percuma.
Alamat: Kepong Metropolitan Park, Jalan Lingkaran Tengah, Kuala Lumpur, 52100
#4 Pantai Remis
Pantai yang sering menjadi tumpuan warga kota. Mana tidaknya, Kuala Lumpu tidak mempunyai pantai, alternatif terdekat adalah Pantai Remis di Kuala Selangor.

Suasana hujung minggu di pantai ini meriah dengan kehadiran orang ramai. Masing-masing seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Keadaan pantai di sini sudah tidak seperti dahulu. Akibat hakisan pantai, pihak berkuasa terpaksa meletakkan batu-batu besar di sepanjang pantai. Jadi, Pantai Remis tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda.
Selain dapat beristirehat, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan laut di gerai-gerai yang berdekatan.
Alamat: Jalan Pantai Remis Kampung Dungun 45600 Jeram Selangor.
#5 Taman Rimba Kiara
Sebuah lagi taman rekreasi yang menenangkan jiwa di Selangor. Ini kerana landskapnya yang menarik serta dikelilingi oleh pokok-pokok. Suasana sebegini sangat mendamaikan, sesuai untuk anda yang ingin beristirehat selepas penat berkerja.

Ia bukan sekadar taman rekreasi tetapi hutan simpan yang dibangunkan pinggir kota. Biarpaun dibangunkan pihak kerajaan tetap mengekalkan sebahagian besar tumbuh-tumbuhan supaya dapat seimbangkan alam sekitar.
Apa yang menarik di Taman Rimba Kiara? Anda boleh berkelah, bersenam, berbasikal, melihat habita beberapa spesis haiwan jinak, kem motivasi, bergambar, dan lain lain.
#6 Air Terjun Gabai
Mencari tempat mandi manda di Selangor? Apa kata anda ke Air Terjun Gabai. ini sudah tidak asing lagi buat warga kota. Air terjunnya bertingkat dan mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai.
Batu-batuan di sini besar membuatkan ramai yang menggelongsor daripada atas. Ingin kami ingatkan bahawa air di sini agak dalam dan tidak sesuai untuk semua golongan.
Tetapi untuk anak-anak kecil, mereka boleh bermain air di anak sungai yang mengalir di sini.
Dekat dengan KL, kawasannya luas, boleh berkhemah dan mandi manda. Ini menjadikan Gabai adalah tempat berkelah di Selangor yang cukup popular.
Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor
#7 Farm In The City
Rehatkan minda anak-anak dengan membawa mereka mendekati haiwan jinak di Farm In The City. Ia merupakan ‘petting zoo’ di mana pengunjung boleh berinteraksi dan memberi makan kepada haiwan yang ada.

Terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Turtle & Tortoise Farm, Pets Village, Rabbit Farm, Bird Aviary, dan lain-lain.
Di sini anda berpeluang mendekati haiwan, mendukung, bermain, dan memberi mereka makan.
Usah khuatir kerana semua haiwan yang ada adalah jinak dan dipantau oleh petugas yang bertauliah. Farm In The City adalah tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak.
Harga tiket:
- Dewasa – RM39
- Kanak-kanak (11 Tahun & Kebawah) – RM32
- Warga Emas (Atas 60 Tahun) – RM32
Waktu operasi: 9.30am – 6pm
Alamat: Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
#8 I-City Shah Alam
Sejak beroperasi beberapa tahun lepas, I-City sentiasa menerima kunjungan pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara. Kota cahaya ini bergemerlapan pada waktu malam dengan lampu-lampu LED berwarna warni membentuk seperti haiwan dan mengelilingi pokok.

Ia sudah menjadi tempat menarik di Selangor pada waktu malam kerana cahayanya yang terang benderang. Sesuai sekali kalau bawa anak-anak dan merakam gambar kenangan di sini.
Terdapat beberapa tarikan yang ada di sini seperti:
- SnowWalk – Rumah Salji yang membuatkan anda seolah-olah berada di negara bermusim sejuk.
- TrickArt Museum – Muzium yang penuh dengan peralatan dan lukisan-lukisan ilusi. Ini membolehkan anda mengambil gambar pelbagai gaya.
- Red Carpet – Muzium yang menempatkan patung-patung lilin menyerupai selebriti dan individu terkenal dunia.
Tempat menarik di Klang
- Wisma GM Klang
- Little India Klang
- Pasar Jawa Klang
- Laguna Park Pulau Indah
Tempat menarik di Petaling Jaya
- Sunway Lagoon
- Kidzania
- Ikea Damansara
- Chocolate Museum
Itu dia antara tempat berkelah di Selangor yang boleh anda tuju pada hujung minggu kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menghabiskan masa bersama yang tersayang sambil menyaksikan alam semula jadi.
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
Tempat Makan Best dan Murah di KL
Harga Tiket Cable Car Genting – RM9.90 [order di sini]
San Francisco Is always a good idea for a getaway