Tempat Riadah

Tempat Mandi di Selangor

Seperti Kuala Lumpur, Selangor juga banyak destinasi percutian menarik yang boleh dikatakan berbaloi untuk dikunjungi. Negeri ini pesat membangun, banyak pusat membeli-belah, hotel, pusat hiburan, serta dikurniakan pantai dan air terjun menarik. Pada cuti hujung minggu sudah pasti kita ingin meluangkan masa dengan keluarga. Antara aktiviti popular adalah mandi manda. Tahukan anda yang banyak tempat mandi di Selangor ni yang best?

Dari taman tema, air terjun, hinggalah pantai. Kesemuanya boleh anda temui di Selangor.

Tanpa membuang masa, jom lihat senarai tempat mandi di Selangor yang boleh anda tuju pada hujung minggu ini!

#1 Sunway Lagoon

Siapa tidak kenal dengan Sunway Lagoon? Taman tema terkemuka di negara! Sunway Lagoon boleh dikatakan bakal memberi anda percutian yang lengkap. Kerana anda boleh temui taman tema air dan ekstrem, mini zoo, dan penginapan yang selesa.

Dari segi taman tema airnya memang cukup sempurna. Sunway Lagoon menyediakan sebuah pantai buatan lengkap dengan ombak yang luas. Malah landskapnya membuatkan anda seolah berada di pantai sebenar.

Banyak tunggangan best seperti beberapa buah gelongsor tinggi dan air pancut.

Vuvuzela setinggi 23 meter atau setinggi bangunan 11 tingkat ini boleh dinaiki oleh enam orang untuk satu pelampung pada satu-satu masa. Ini pada masa yang sama dapa menguji tahap adrenaline anda dan rakan.

Kolam renang untuk kanak-kanak juga mempunyai beberapa tarikan menarik. Contihnya taman permainan dalam air, air pancut, gelongsor, dan replika kartun yang berwarna warni.

Sunway Lagoon adalah tempat menarik di Selangor untuk kanak-kanak!

Harga tiket: DewasaRM113.20 | Kanak kanak RM90.60

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

#2 Wet World Water Park Shah Alam

Wet World merupakan rangkaian taman tema air terbesar di Malaysia. Cawangannya di Shah Alam tidak pernah lekang dengan kunjungan orang ramai terutamanya pada hujung minggu.

Pelbagai saiz kolam renang yang dibina untuk pengunjung termasuklah yang cetek dan mesra kanak-kanak.

Selain itu tarikan seperti Super Hurricane, Monsoos Buster, dan Thunder River menjadi kegilaan golongan dewasa. Kerana tunggangan seperti ini mencabar tahap adrenaline mereka.

Harga tiket: Dewasa RM35 | Kanak kanak RM30

Waktu operasi: 10am – 6pm

Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

#3 Singgah Santai Resort

Singgah santai merupakan sebuah resort dan dalam masa sama menawarkan kolam renang kepada orang ramai. Ini bermakna anda tidak perlu menginap di sini untuk mandi kolam.

Kawasannya agak luas di mana terdapat 5 buah kolam renang kesemuanya dan 3 daripadanya adalah kolam untuk kanak-kanak. Menariknya kolam mandi untuk kanak-kanak adalah berbumbung. Jadi tidak perlu risau akan cuaca dan airnya cetek sahaja.

Kami pasti anak-anak pasti akan teruja jika dapat mandi di sini. Gelongsor pula banyak, bolehlah menampung jumlah pengunjung yang ramai.

Selesai mandi, mesti lapar bukan? Usah khuatir, kerana Singgah Santai mempunyai resotran di tepi kolam. Menyediakan masakan tempatan dan western.

Oh ya, Singgah Santai juga merupakan penginapan jenis homestay ada kolam renang di Selangor.

Harga tiket kolam renang: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor

#4 Gold Coast Morib Water Theme Park

Salah satu penginapan menarik di Selangor, Gold Coast Morib International Resort menawarkan penginapan jenis apartment untuk percutian yang selesa. Terletak di Banting Selangor, ia menawarkan kolam renang luaran yang luas buat orang ramai.

Slides atau gelongsornya juga menarik, siap berpusing-pusing dan terus membawa anda jatuh ke dalam kolam renang.

Selain itu, terdapat beberapa buah kolam yang mempunyai kedalaman yang berbeza.

Anda tidak perlu menginap di sini untuk ke taman tema. Boleh dikatakan ia adalah taman tema pada harga bajet kerana tiket masuk sungguh berpatutan. Memandangkan banyak keseronokkan yang boleh anda nikmati di sini.

Harga tiket: Dewasa RM25 | Kanak kanak RM15

Alamat: PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor.

#5 Air Terjun Gabai

Oleh kerana lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, Airt Terjun Gabai ini sudah tidak asing lagi buat warga kota. Air terjunnya bertingkat dan mampu menampung jumlah pengunjung yang ramai.

Batu-batuan di sini agak landai membuatkan ramai yang menggelongsor daripada atas. Ingin kami ingatkan bahawa air di sini agak dalam dan tidak sesuai untuk semua golongan.

Tetapi untuk anak-anak kecil, mereka boleh bermain air di anak sungai yang mengalir di sini.

Dekat dengan KL, kawasannya luas, boleh berkhemah dan mandi manda. Ini menjadikan Gabai adalah tempat berkelah di Selangor yang cukup popular.

Alamat: 43100 Hulu Langat, Selangor

#6 Pantai Morib

Menghadap Selat Melaka, Pantai Morib adalah lokasi sesuai untuk anda beristirehat. Salah satu tempat menarik di Banting ini mempunyai nilai komersial yang berikutan keindahan pantainya. Malah, jarak dari KL ke Morib cuma 1 jam perjalanan sahaja.

Morib menerima ribuan kunjungan pelancong setiap minggu dan musim cuti. Pantainya yang landai membuatkan ia sesuai untuk mandi manda. Aktiviti seperti bermain layang-layang, banana boat, dan ATV sentiasa menjadi kewajiban di sini. Morib boleh dijadikan sebagai tempat menarik di Selangor untuk anak-anak.

Selain itu, Morib turut menempatkan beberapa resort menarik di Selangor seperti Gold Coast Morib Resort. Resort ini cukup popular kerana memiliki taman tema airnya sendiri.

Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor

Tempat menarik di Selangor yang percuma

  • Balai Seni Visual Negara
  • Galeri Petronas
  • Taman Botasi Perdana
  • Taman Orkid

Tempat mandi di Kuala Lumpur

Terdapat beberapa buah tempat mandi di Kuala Lumpur yang boleh anda kunjungi sekiranga bercuti di ibu negara Malaysia ini. Antaranya:

  • KLCC Park (Percuma)
  • Marina Putrajaya Swimming Complex
  • Kolam Mandi Dataran Gemilang, Putrajaya

Tempat Menarik di Selangor Waktu Malam

  • i-City
  • Kelip-Kelip Kampung Kuantan
  • Uptown Shah Alam
  • Bukit Ampang

Menarik bukan tempat mandi di Selangor? Berenang dan berendam bersama keluara merupakan satu aktiviti yang sihat dan boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Yang pastinya harga tiket masuk agak berpatutan. Atau ada lagi tempat mandi manda yang kami tidak tahu? Sila kongsikan di ruangan komen di bawah.

One Reply to Tempat Mandi di Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!