Tempat Menarik

Taman Tema Air di Perak

Perak merupakan negeri kedua yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terkenal dengan khazanah sejarah yang bernilai, Perak juga mempunyai dari tarikan pelancongannya yang tersendiri. Ini kerana negeri ini mempunyai pantai, pulau, bukit, dan tempat membeli belah yang menarik. Membawa anak-anak bercuti di Perak adalah idea yang bernas kerana banyak tempat menarik yang boleh anda lawati. Jika anda bercadang untuk meluangkan masa dengan bermandi manda, terdapat beberapa taman tema air di Perak yang boleh anda tuju.

Di Perak sahaja terdapat 3 buah taman tema air menarik yang sering menjadi kunjungan orang ramai.

#1 Sunway Lost World Water Park

Sunway Lost World Water Park adalah sebahagian daripada tama tema Lost World of Tambun. Taman tema air bertaraf antarabangsa ini menawarkan pelbagai tarikan dan keseronokkan di dalamnya. Ia merupakan taman tema air Perak yang paling terkenal.

Jungle Wave Pool – Kolam renang yang dibina seolah-olah pantai berserta dengan ombak buatan setinggi 3 kaki.

Adventure River – Menyelusuri sungai buatan dengan menaiki pelambung gergasi. Dalam masa yang sama rasai pengalaman seolah olah berada di dalam hutan sebenar. Seronok!

Sandy Bay – sebuah lagi kolam renang gergasi tetapi kolam ini mempunyai pasir yang memutih. Berada di Sandy membuatkan anda seperti berada di kepulauan tropika.

Kid Explorabay – Taman permainan di dalam kolam renang khas untuk kanak-kanak. Terdapat gelongsor, permainan interaktif, air pancut, dan kapal lanun. Kolam ini luas, dan mempunyai kedalam air yang selama untuk anak-anak kecil.

Cliff Racer – Gelongsor ini bakal menguji adrenaline anda! Ia membawa anda dari atas dan menggelongsor ke bawah dengan kelajuan maksimum dan terus ke dalam kolam renang.

Tube Raider – Rasai pengalaman menggelongsor di dalam tiub terpanjang di Malaysia. Dengan empat tiub berbeza, ia merupakan antara tarikan yang menjadi kegemaran pengunjung.

Harga tiket:

Dewasa RM65 | Kanak kanak RM65.50

*Harga tiket Sunway Lost World Water Park memberi anda akses ke Lost World of Tambun.

Waktu operasi: 11 am – 6 pm

Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

#2 Marina Water Park

Merupakan taman tema air yang sesuai untuk semua. Lokasi yang strategik iaitu terletak di tepi pantai. Jadi ini akan memberikan landskap taman tema ini sangat indah.

Marina Water Park ini tidakah sebesar seperti Lost World of Tambun. Kecil sahaja. Harga masuknya juga sangat berpatutan. Jadi padanlah dengan harganya.

Terdapat taman permainan dan gelongsor di dalam kolam renang. Airnya juga cetek dan selaman untuk anak anak kecil.

Harga tiket:

Dewasa RM10 | Kanak kanak (bawah 3 kaki & ke bawah) RM8

Waktu operasi: 9 am – 7 pm

Alamat: MARINA COVE RESORT, Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan.

#3 Frenzy Water Park Marina Island

Taman tema air ini agak berbeza dengan tarikan seumpamanya yang lain. Jika anda biasa menonton rancangan Wipeout di saluran AXN, anda pasti akan teruja. Frenzy Water Park Marina Island berkonsepkan ‘halangan’.

Ini dimana sebuah ‘blow up gergasi’ di bina di atas air dan anda boleh melompat di atasnya.

Kami pasti taman tema ini bakal menjadikan percutian anda bersama keluarga atau rakan lebih menyeronokkan kerana masing-masing seolah-olah bertarung antara satu sama lain.

Harga tiket:

Dewasa RM20 | Kanak kanak RM15

Alamat: KM1, Jalan Utama Marina Island, Teluk Muroh, 32200, Lumut, Perak.

Disebabkan Perak hanya mempunyai 3 taman tema air sahaja, kami kongsikan juga water park best di negeri lain. Manalah tahu, perkongsian kami ini dapat memberikan idea untuk percutian anda kelak.

Taman tema air di Selangor 2017

Negeri Selangor memang banyak water park. Desa Water park sudah menamatkan operasinya tahun ini.

Wet World Water Park Shah Alam

Menawarkan taman tema air yang mesra keluarga. Kolam renang yang luas dan mempunyai beberapa permainan yang menyeronokkan. Pelbagai jenis gelongsor yang boleh anda naiki seperti:

  • Super Hurricane
  • Monsoon Booster
  • Thunder River
  • Kiddy Typoon Lagoon

Harga tiket:

Dewasa RM35 | Kanak kanak RM30

Waktu operasi: 10am – 6pm

Alamat: Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan sebuah taman tema air yang paling popular di Malaysia. Banyak keseronokkan yang boleh anda temui di dalamnya. Seperti ombak buatan, pelbagai jenis gelongsor, beberapa buah kolam renang, dan banyak lagi.

Harga tiket Sunway Lagoon.

Dewasa: RM113.20 | Kanak kanak RM90.60

Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

Morib Gold Gost Water Theme Park

Terlerak di Morib, Morib Gold Gost Water Theme Park adalah sebuah resort berkonsepkan apartment. Dalam masa yang sama turut menawarkan taman tema air mini buat pengujung.

Anda tidak perlu menginap di sini untuk berseronok di water park kerana ia boleh dibayar secara berasingan.

Harga tiket:

Dewasa RM48 | Kanak kanak RM30

Alamat: PT. 294, KAWASAN KANCHONG LAUT,, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor

Taman tema air di Port Dickson

  • Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre
  • 9Wonders of Port Dickson

Taman tema air di Melaka

Banyak juga water park di Melaka. Patutlah ramai yang ingin bercuti di sini. Taman tema air Gold Coast Melaka agak unik kerana ia terletak di dalam kawasan apartment yang boleh anda sewa inap.

  • Melaka Wonderland Theme Park and Resort
  • Laman Tiga Buaya
  • Water Wonderland Cloudy
  • A Famosa Theme Park
  • Gold Coast Melaka International Resort

Taman tema air di Kedah

  • The Carnival Water Park
  • Fantasia AquaPark

Taman tema air di Johor

Johor juga tidak kurang hebatnya. Tetapi taman tema air di Johor yang paling murah sudah pasti TS Wonderland Indoor Water Park.

  • Tiram Indoor Water Park
  • TS Wonderland Indoor Water Park
  • Wet World Batu Pahat
  • Austin Heights Water and Adventure park
  • La Stella Water Theme Park
  • Desaru Coast Adventure Park

Taman tema air di Perak sangat menarik lebih-lebih lagi jika anda bersama keluarga. Keseronokkan yang ditawarkan pasti akan membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!