Tempat Menarik

Tempat Menarik di Teluk Intan

Teluk Intan merupakan sebuah bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Seperti daerah-dareh lain di negeri Perak, Teluk Intan Juga menyimpan beberapa mercu tanda dan peninggalan sejarah yang bernilai. Disamping itu, struktur geografinya yang dikelilingi Sungai Perak ini cukup tenang dan mendamaikan. TeamTravel akan menyenaraikan beberapa tempat menarik di Teluk Intan yang berbaloi untuk anda lawati.

Cuma 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, anda boleh melawat salah satu mercu tanda terkemuka Malaysia iaitu Menara Condong. Ia hampir menyamai Menara Pisa di Italy. Kalau nak tahu apa lagi yang best di Teluk Intan, terukan membaca artikel ini.

#1 Menara Condon Teluk Intan

Menara Condong ini adalah salah satu tempat menarik di Perak yang wajib dilawati. Bangunan ini sebenarnya berfungsi sebagai tangki air untuk diagihkan kepada penduduk sekitar.

Mula digunakan pada tahun 1892, ia mula condong kerana menampung beban terlalu berat dan dibina di atas tanah lembut.

Dari luar kelihatan seperti mempunyai 8 tingkat, tetapi ia sebenarnya 3 aras sahaja.

Ia tidak lagi digunakan, sebaliknya kini dilengkapi dengan jam besar dan menjadi tarikan pelancong. Pengunjung boleh menaiki 110 anak tangga untuk ke tingkat atas dan melihat pemandangan Teluk Intan.

Waktu Operasi: 9 am – 6 pm

Harga tiket: Percuma

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

#2 Batu Bertenggek Teluk Intan

Terdapat sebuah batu besar di simpat empat, menghadap Kompleks SKOMK. Untuk pengetahuan ia merupakan tugu peringatan untuk memperingati askar-aska Tanah Melayu yang gugur sewaktu Perang Dunia Pertama.

Bait-bait ayat pada Batu Bertenggek berbunyi, “At the going down of the sun and in the morning We will remember them  (1914-1918).”

Ia dipetik dari puisi For The Fallen yang ditulis oleh Laurence Binyon, iaitu penyair popular dari England.

Alamat: Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

#3 Beting Pasir Basah

Lokasi ini cukup penting bagi istiadat diraja Perak yang juga susur galur daripada kesultanan Melayu Melaka. Ia adalah lokasi tibanya Sultan Mudzaffar Shah di Perak. Beting pasir merujuk kepada fenomena pasang surut air.

Ini di mana permukaan pasir yang boleh dilihat apabila berlakunya air surut. Pengunjung boleh melihatnya dengan berjalan di atas jambatan panjang yang dipanggil Panca Persada.

Alamat: 36100 Bagan Datoh, Perak

#4 Restoran Mastan Ghani

Tempat menarik di Teluk Intan 2018 yang seterusnya adalah Restoran Mastan Ghani. Restoran yang terkenal dengan mi rebus dan rojak ini sentiasa mendapat kunjung sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong.

Selain mi rebus dan rojak / mi rojak, ABC dan air jagung juga sering menjadi pilihan pelanggan.

Ini merupakan cawangan ke empat Restoran Mastan Ghani.

Waktu operasi: 10 am  – 9 pm

Alamat: A151, Taman Antek Avenue, 36000 Teluk Intan, Perak

#5 River Front Teluk Intan

Ini adalah pusat rekreasi  dan riadah untuk orang awam. Terletak di tebing Sungai Teluk Intan, kawasan ini menjadi tumpuan orang awam untuk beristirehat dan lepak bersama keluarga dan rakan.

Antara kemudahan awam yang ada adalah taman permainan, taman berlandskap indah, tandas awam, tempat letak kenderaan, gerai menjual snek, dan tempat duduk.

Alamat: 6, Jalan Mahkota, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Negeri Perak

#6 Cendol Durian Teluk Intan

Kalau anda sedang menjari port cendol dan laksa sedap di Teluk Intan, singgah sahaja di gerai yang terletak dekat dengan Masjid At-Taqwa. Kuah laksa di sini sangat pekat dan cukup rasa.

Di waktu tengah hari pula, basahkan tekak anda dengan cendol istimewa di sini.

Gerainya biasa sahaja, tetapi rasa kedua dua hidangan ini memang memikat selera. Tak rugi kalau singgah.

Waktu operasi: 11 am – 6pm

Alamat: 36000 Teluk Intan, Perak

#7 Gerbang Malam (Uptown Teluk Intan)

Kalau Kuala Lumpur ada Petaling Street, Teluk Intan pula memilik Gerbang Malam. Konsepnya kedua-dua adalah sama iaitu bazar larut malam atau pasar malam.

Maca-macam jenis barangan yang anda boleh dapati di sini seperti pakaian, kain batik, tudung murah, aksesori, dan barangan runcit.

Kata orang, harga barang semakin murah jika anda membelinya pada hujung waktu operasi iaitu pada lewat malam.

Tak susah pun nak cari Uptown Teluk Intan ini, ia terletak di hadapan Menara Condong. Sambil membeli belah, sambil menyaksikan menara penuh sejarah ini diterangi cahaya lampu. Ini adalah tempat menarik di Teluk Intan waktu malam.

Waktu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak

#8 Restoran Singgah Selalu

Siapa tidak suka dengan western foof? Jika anda berada di Teluk Intan, singgahlah ke Restoran Singgah Selalu untuk merasai makanan barat yang sedap! Hidangan seperti chicken cop, steak, lamb chop, meatballs, memang sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Selain itu, anda boleh cuba pizza dan spaghetti istimewa di sini. Waktu malam memang meriah dengan kehadira pelanggan.

Ramai yang menjadikan restoran ini sebagai tempat berbuka puasa di Teluk Intan. Mungkin nak ubah selera dari makan nasi kepada masakan barat.

Waktu operasi: 4.30 pm – 1 am

Alamat: Lorong Melor 1, Taman Melor, 36000 Teluk Intan, Negeri Perak

#9 Coffee Lab

Segarkan pagi anda dengan secawan kopi enak di Coffee Lab. Konsep restoran ini adalah moden. Boleh dikatakan sebagai cafe hipster di Teluk Intan. Coffee Lab menyajikan aneka pilihan masakan western yang menyelerakan.

Hidangan seperti chicken chop, grilled lamb chop, burger sangat sedap mengikut rating yang diberikan di laman Facebook.

Kalau nak cari tempat sarapan pagi di Teluk Intan yang confirm sedap, datanglah ke sini.

Waktu operasi: 7 am – 12 am

Alamat: 4A-G, Jalan Laman Intan, Bandar Baru, 36000 Teluk Intan, Negeri Perak

Tempat menarik di Teluk Intan tidak se gah Ipoh. Tetapi lokasi-lokasi yang kami kongsikan di atas pasti akan membuatkan percutian anda bermakna. Dan ia akan dikenang sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!