Tempat Menarik

Tempat Menarik di Tanjung Malim

Tanjung Malim terletak di bahagian paling selatan negeri Perak dan bersempadan topografi dengan Pahang dan Selangor. Daerah ini berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa, ini menjadikan Tanjung Malim sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan. Terdapat beberapa tempat menarik di Tanjung Malim yang boleh anda lawati.

Tanjung Malim adalah pintu masuk ke negeri Perak. Jadi sebelum anda meneruskan perjalanan ke Ipoh, singgahlah sebentar di sini. Mana tahu, anda bakal merasai pengalaman bercuti yang belum pernah anda rasai sebelum ini.

Jika anda mengalami kesulitan dalam mencari lokasi yang kami senaraikan, klik sahaja pada link Google Maps.

#1 Lata Sungai Bil

Lata Sungai Bil sudah tidak asing lagi buat penduduk tempatan. Kawasan anak sungai ini menjadi tempat perkelahan di Tanjung Malim. Airnya jernih terus dari bukit, cetek, terurus, dan bersih.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan, memancing, jungle trekking, Lata Sungai Bil adalah lokasi terbaik. Disamping itu, kemudahan awam seperti tandas, tempat letak kereta, dewan serbaguna, dan gerai makan turut tersedia.

Alamat: Kampung Sungai Bil, 35900 Tanjung Malim, Perak (Google Maps Location)

#2 Taman Tasik Embayu Proton City

Ia merupakan sebuah tasik buatan manusia yang dikelilingi taman indah disekelilingnya. Menjadi tempat rekreasi awam, Taman Tasik Embayu Proton City memiliki pelbagai kemudahan untuk orang awam.

Terdapat sebuah gazebo besar di tepi tasik. Anda boleh berteduh di sini sambil melihat pemandangan bukit bukau yang menenangkan. Laluan pejalan kaki, gerai menjual snek, dan jambatan kecil turut disediakan.

Alamat: Proton City, 35900 Tanjong Malim, Perak (Google Maps Location)

#3 Kolam Air Panas Ulu Slim

Suhu kolam air panas di sini menecah 104 darjah celcius, menyebabkan kawasan ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pun begitu, pungunjung dibenarkan meletakkan telur mentah di dalam kolam. Merebusnya sambil merendamkan kaki, kemudian menikmati telur rebus bersama rakan-rakan.

Kawasan Hot Springs Ulu Slim ini terperlihara di bawah jagaan Majlis Daerah Tanjung Malim. Banyak kemudahan asas seperti tempat persalinan, tandas awam, gerai menjual snek, dan laluan pejalan kaki disediakan.

Alamat: 35800 Slim River, Perak (Google Maps Location)

#4 Taman Pergola

Sebuah lagi tempat rekreasi di daerah ini. Taman Pergola menjadi tumpuan anak-anak muda setiap petang dan hujung minggu. Taman rekreasi dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kali dan ruang legar yang sesuai untuk bermain roller blade dan skate board.

Malah, landskap taman ini juga indah. Ini menjadikan Taman Pergola sebagai tempat menarik di Slim River. Dapatlah anda menghirup udara segar dan melegakan fikiran setelah penat berkerja.

Alamat: Kampung Kurnia, 35800 Slim River, Perak  (Google Maps Location)

#5 Teratak River View

Merupakan sebuah resort yang betul-betul menghadap Sungai Bernam. Untuk pengetahuan, Sungai Bernam terletak di antara Perak dan Selangor. Ia merupakan tempat percutian menarik Tanjung Malim. Ini kerana Teratak River View mempunyai beberapa unit chalet, kemudahan BBQ, dewan, restoran.

Tak rugi sekiranya bermalam di sini, anda bakal ditemani bunyi desiran air sungai dan pemandangan yang menghijau.

Alamat: 44000, Unnamed, Kampung Pengkalan Aor, 34000 Simpang, Perak  (Google Maps Location)

#6 Tanjung Malim Street Art

Street Art sentiasa menjadi lokasi tumpuan pelancong. Terletak di Jalan Rumah Rehat, lukisan atau mural pada dinding bangunan ini sangat mengagumkan. Walaupun baharu sahaja beroperasi pada 2017, tempat ini sudah menjadi buah mulut orang ramai.

Pengunjung boleh bergambar dan berinteraksi dengan mural di sini. Setiap lukisan mempunyai maksud tersirat. Ada yang bersangkut paut dengan sejarah Perak serta Malaysia.

Waktu Operasi: 2.30 pm – 1 am

Alamat: Jalan Rumah Rehat, Taman Bandar, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak (Google Maps Location)

#7 Muzium Pendidikan Nasional UPSI

Selain menjadi tempat bakal-bakal guru menuntut ilmu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mempunyai sebuah muzium yang dibuka kepada orang ramai. Terdapat 21 buah galeri. Setiap satunya memberikan informasi tentang sejarah pendidikan Tanah Melayu dari dahulu hingga sekarang.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 9 am – 4 pm

Alamat: Jalan Utama Upsi, 35900 Tanjong Malim, Negeri Perak (Google Maps Location)

Shopping mall di Tanjung Malim

Sebagai sebuah pekan kecil, Tanjung Malim tidak mempunyai pusat membeli belah bak kota raya. Tetapi anda berpeluang ke:

  • Pasaraya Grand Buy
  • Gedung Big 10
  • Billion Shopping Center
  • TF Value-Mart

Hotel menarik di Tanjung Malim

Terdapat banyak penginapan yang boleh anda pilih di sekitar Tanjung Malim. Kebanyakkannya hotel bajet yang menawarkan harga dan servis menarik. Antaranya:

  • LP Hotel Tanjung Malim
  • Hotel Ikhwan
  • Sri Malim Hotel – RM76
  • Sahara Hotel – RM81
  • Legacy Homestay – RM265

Tempat makan best di Tanjung Malim

  1. Restoran Easy Cafe
  2. Restoran Nasi Pandang Andri
  3. Restoran Garden Seafood
http://venoth.blogspot.com/2012/09/garden-seafood-restaurant-tanjung-malim.html

Tanjung Malim banyak menyumbang kepada tempat menarik di Perak. Majoritinya disebabkan oleh ia terletak di Banjaran Titiwangsa.

Walaupun daerah tidak sehebat bandar Ipoh, masih terdapat banyak tempat menarik di Tanjung Malim yang berbaloi untuk dikunjungi. Jika anda mempunyai cadangan lain, sila nyatakan dalam ruangan komen di bawah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!