Pulau Pinang

Tempat Menarik di Penang

Penang memang antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk berjalan jalan. Negeri yang ranking tangga ke 5 untuk GDP di negara kita ini bukan sahaja ‘kaya’ dengan kawasan industri, malah pusat rekreasi dan pelancongannya juga. Tak hairan lah kalau ramainya mereka yang menetap di Penang adalah bukan daripada orang Penang sendiri.

Untuk tempat menarik yang kami nak kongsikan terletak di 3 destinasi utama, iaitu di Teluk Bahang, Batu Feringhi dan juga Georgetown. Kami juga ada sertakan link ke GoogleMap untuk mudahkan perjalanan anda.

Teluk Bahang

Teluk Bahang terletak di sebelah atas Penang, perjalanan daripada Jambatan Pulau Pinang (jambatan no 1) lebih kurang dalam 47 minit, kalau anda mula perjalanan daripada tanah besar. Tempat menarik yang kami kongsikan dibawah juga agak berlainan dengan senarai di blog blog lain. Sebab memang tarikan di Teluk Bahang ini banyak, tak habis kalau anda nak kunjung semua dalam satu hari.

Untuk tempat menarik yang kami senaraikan di bawah anda perlu turun sedikit ke selatan dengan melalui Dam Teluk Bahang dan terus lagi ke bawah. Perjalanan memang memakan masa sikit, tapi sangat berbaloi. Ikut anak panah seperti yang kami buatkan di bawah…

Batu Feringgi, Tanjung Bungah

  • Air Terjun Batu Ferringhi
  • Pantai Batu Ferringhi
  • Tropical Spice Garden ( kami ada senaraikan lokasi ini untuk tarikan di teluk bahang juga sebab kedudukannya dekat )
  • Pasar Malam ( Night Walk Batu Ferringhi )
  • Adventure Zone
  • Yahong Art Gallery
  • Masjid Terapung Tanjung Bungah

Untuk tempat menarik di Batu Feringhi saya tak listkan sekali dengan link. Sebab anda boleh refer terus di gambar satu persatu. Hanya perlu buat carian “batu feringhi + attractions” sahaja.

Nanti GoogleMap akan senaraikan tempat menarik di atas.

Jangan terlintas pula di fikiran yang Baru Feringhi ni tempat tarikannya sikit. Tambahan pula kedudukannya memang dekat dengan Teluk Bahang dan juga Georgetown. Selepas ni, di bawah, kami akan senaraikan tempat menarik di Goergetown pula. Memang tak sempat la nak pergi semua, tapi tak pa. Rancang perjalanan anda dengan baik, pilih mana yang paling menarik dan sesuai dengan aktiviti masing masing.

Kalau berkeluarga mungkin tempat tempat yang istirehat, atau pemandangan yang cantik akan jadi pilihan. Atau pun tempat makan durian yang kami senarai kan di Teluk Bahang di atas tadi. Kalau dengan kawan, mungkin lebih adventure sikit dengan cuba mendaki bukit contohnya. Karuna Hill di atas memang cantik pemandangannya.

Apa yang kami perhatikan, Batu Feringghi banyak resort, jadi penginapan anda memang tertarik pada kemudahan resort yang ada. Seperti contoh, yang paling menarik dan paling mahal, ialah Resort Shangri La, siap ada Adventure Park sendiri.

Apa apa pun ia pilihan anda.

Baik lah, kami pun tak sabar untuk kongsikan apa pula tempat menarik yang anda boleh lawati di Georgetown dan kawasan yang berhampiran dengan nya.

Georgetown

Untuk tempat menarik di Georgetow pula.

Bila dah jalan jalan di tempat orang, mesti nak juga cuba masakan yang popular di sini kan. Boleh rujuk senarai tempat makan best di bawah.

Tempat Best Makan Malam di Penang

Sarapan Pagi

Ikan Bakar Padu

Dan antara senarai tempat makan yang paling popular di Penang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *