Tempat Makan Best

Makan Malam di Penang

Mencari tempat makan malam best di Penang? Anda patut menarik nafas lega kerana tak susah pun nak cari lokasi sebab terlalu banyak tempat makan sedap di Pulau Pinang. Kalau tidak, masakan negeri ini mendapat jolokan ‘syurga makanan’. Lebih-lebih lagi pada waktu malam, kerana apabila malam menjelma, negeri ini bertukar meriah dengan lampu-lampu jalan, tempat shopping, dan tempat makan malam di Penang lah yang paling mendapat perhatian.

Di Pulau Pinang ni, antara makanan yang wajib cuba adalah nasi kandar, pasembur, dan roti canai bersama kuah kari istimewa. Tapi sebenarnya banyak lagi makanan menarik yang ada di sini seperti ikan bakar.

Kalau anda bijak cari tempat makan, mesti puas hati. Kami akan kongsikan beberapa tempat makan malam best dan yang paling popular di Penang ni. Senarai berikut tidak mengikut ranking.

#1 Nurul Ikan Bakar

Nurul Ikan Bakar Special merupakan restoran makanan laut paling terkenal di Pulau Pinang. Tiba sahaja malam hari ramailah orang ramai berpusu-pusu memenuhi setiap meja kedai ini.

Antara menu yang sering dipesan pelanggan adalah  jenahak bakar, siakap merah tiga rasa, udang goreng mentega, sotong masak pedas dan ketam bunga goreng cili.

Untuk pengetahuan,rempah ratus yang digunakan untuk perap ikan bakar adalah resepi yang diwarisi turun temurun. Jika anda ke restoran ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba air asam yang dicicah bersama ikan bakar.

Untuk memberi lebih banyak pilihan, makanan western turut disediakan. Kalau anda tercari-cari tempat makan malam sedap di Penang, di sinilah jawapannya.

Waktu Operasi: 5pm – 1.30am

Alamat: No. 3, Batu Uban, Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,, Lebuh Raya, 11900 Bayan Lepas, Penang  (Google Maps Location)

#2 Restoran Fais

Restoran yang terletak di Permatang Pauh ini cukup popular dan dinilai tinggi oleh pelanggan. Di laman Google sahaja Restoran Fais ini menerima 4.5/5 bintang. Kalau anda mencari western food terbaik di Penang, di sinilah tempatnya.

Makanan barat yang dihidangkan bukan sahaja sedap tetapi hadir dengan portion yang banyak. Menu di sini memang banyak, kalau anda tak suka western, makanan tempatan seperti makanan panas pun disediakan.

Malah, mee sizzling pun ada.

Waktu operasi: 4pm – 1 am (tutup pada Isnin)

Alamat: 1260 Mk 4 Pmtg Janggus 13500 Pmtg Pauh, Bkt Mertajam, 13500 Permatang Pauh, Penang (Google Maps Location)

#3 Warung Pak Su

Buat pencinta mee udang/ketam, anda wajib datang ke Warung Pak Su dan rasai sendiri keenakkan mee yang diletakkan udang dan ketam di atasnya. Kuala Juru merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terletak kira-kira 14km dari EXIT Jambatan Sultan Abdul Halim (dari arah selatan).

Warung Pak Su menyediakan pelbagai masakan panas, namun yang paling popular sudah tentu mee ketam/udang yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Isi ketam dan udang yang segar memang kena dengan kuahnya yang pekat. Di tambah pula dengan sedikit perahan limau.

Waktu Operasi: 10 am – 10 pm (tutup pada Jumaat)

Alamat: Sungai Sembilang, 14020, SPS, Kampung Juru, 14100 Simpang Ampat, Penang (Google Maps Location)

#4 Wellesley Coffee Joint

Ingin menjamu selera dalam suasana santai dengan interior menarik? Singgahlah ke Wellesley Coffee Joint. Restoran ini boleh dikatakan agak hipster kerana menyediakan Western seperti Asian Fusion, Western, Pasta, Burger dan sandwich.

Selain itu, anda patut cuba minum kopi di sini kerana mereka menggunakan biji kopi berkualiti dan setaraf dengan kedai kopi antarabangsa. Siap ada barista lagi.

Wellesley Coffee Joint memang selesa kalau ingin lepak bersama rakan.

Waktu operasi: 11 am – 11 pm (tutup pada Selasa)

Alamat: 15, Jln Seetee Aisah, 13500 Seberang Jaya, Pulau Pinang  (Google Maps Location)

#5 Nasi Kandar Deen Maju

Memang tidak akan lengkap percutian anda ke Pulau Pinang tanpa nasi kandar. Nasi kandar di sini memang menjadi buah mulut masyarakat setempat sehingga ramai yang sanggup beratur menunggu giliran.

Banyak lauk pauk yang ditawarkan kepada pelanggan di sini antaranya ayam goreng berempah, telur sotong, telur ikan goreng, dan aneka jenis kari.

Harganya pun masih berpatutan. Kalau rancang untuk datang makan tengah hari, kami cadangkan supaya anda datang awal  sekitar 2 pm atau 5.30 pm. Kerana memang sukar untuk mendapatkan tempat duduk dan anda perlu beratur.

Untuk makan malam pula, tidaklah seteruk tengah hari. Anda masih lagi boleh menikmati nasi kandar Deen Maju ini pada waktu malam.

Waktu operasi: 2.30 pm – 11 pm

Alamat: Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#6 Restoran Sup Hameed

Restoran Sup hameed merupakan sebuah lagi tempat makan malam di Penang yang sedap. Menu utama di restoran ini sudah tentulah supnya yang menyelerakan. Ia cukup popular di kalangan penduduk tempatan.

Rasa supnya memang istimewa walaupun tidak pekat seperti sup di restoran lain. Aneka jenis sup disediakan di sini antaranya adalah ayam, kambing, lembu, kaki kambing, ekor lembu, lidah lembu, dan banyak lagi.

Yang paling istimewa di sini adalah Sup Torpedo. Kalau nak lagi sedap, makan bersama roti. Memang sedap kalau dapat hirup sup panas di waktu malam, dicicah pular bersama roti.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam.

Alamat: 48, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang  (Google Maps Location)

#7 Restoran Anggerik Desa

Selain bersarapan pagi, Restoran Anggerik Desa Seberang, Perai ini cukup meriah pada waktu malam. Sekiranya anda datang ke restoran ini, mesti rambang mata sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Menariknya, restoran ini menyajikan hidangan pantai Timur.

Restoran Anggerik Desa menawarkan pelbagai jenis juadah seperti nasi kerabu, nasi dagang, aneka pengat, bubur, dan kuih muih.

Tempat makan menarik di Seberang Jaya ini beroperasi bermula jam 7 pagi hingga 10 malam, ini bermakna banyak lagi hidangan best yang anda boleh nikmati di sini seperti sup, pulut mangga, dan laksa yang sedap di Penang.

Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#8 Kapitan Restaurant

Tercari-cari restoran Melayu di Georgtown? Kami cadangkan anda cuba di Kapitan Restaurant kerana ia merupaka salah satu tempat makan paling famous di Penang! Nasi beriani, ayam tandoori, roti canai, dan roti tempayan, anda pasti tidak akan pulang kecewa.

Menu yang anda wajib cuba adalah Beriani Claypot & Tandoori iaitu nasi beriani dan ayam tandoori dihidangkan di dalam mangkuk claypot dan dipanaskan semula. Memang sedap makan guna claypot ni, nasinya lembut dan dimakan pula dengan ayam tandoori yang diperap sempurna.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam.

Alamat: 93, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang  (Google Maps Location)

#9 Hameediyah Restaurant

Kalau nak tahu, Hameediyah Restaurant merupakan restoran nasi kandar tertua di Penang. Ia dibuka pada tahun 1907 lagi. Sebaik melangkah masuk ke restoran ini, anda disambut oleh pekerjanya yang sibuk menggoreng murtabak. Murtabak juga salah satu menu popular di sini.

Selain itu, makanan lain yang anda wajib cuba semestinya nasi kandar, ayam tandoori, roti nan, aneka kari, dan lain-lain.

Suasana restoran ini juga tenang, bersih, dan teratur. Sesuai jika datang bersama keluarga besar.

Kalau nak tahu, Restoran Hameediyah membuka cawangannya Damansara, Selangor.

Waktu Operasi: 10 am – 10.30 pm

Alamat: Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#10 Medan Selera Padang Brown

Nak tahu kat mana nak cari pasembur sedap di Penang? Anda perlu datang ke Medan Selera Padang Brown. Di sini terdapat kira kira 15 buah gerai yang menjual aneka jenis makanan terutamanya pasembur!

Setakat ini Gerai Ghani tidak pernah putus menerima pelanggan, ini membuktikan pasemburnya mesti sedap. Pelbagai jenis bahan yang anda boleh pilih dalam pasembur anda seperti bebola ikan, popiah, ayam, daging, sayur, dan lain lain. Dan yang paling best sudah tentulah sos istimewanya.

Padang Brown merupakan salah satu tempat menarik di Penang waktu malam dek kerana suasananya yang meriah dan santai. Anda boleh lihat kebanyakkan pelanggan yang datang ke sini hanya ingin makan pasembur dan berbual-bual bersama rakan.

Alamat:  Jalan Perak, 10400 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)

#11 Adnan Bin Hassan Ikan Bakar

Jika anda berada di bahagian selatan pulau ini, singgahlah ke Adnan Bin Hassan Ikan Bakar yang terletak di Kampung Teluk Tempoyak.

Walaupun di sini tidak banyak jenis ikan yang boleh dipilih, tetapi anda tetap boleh cuba ikan siakap, kerapu, pari, jenahak, dan ikan merah. Makanan laut lain seperti udang, sotong, ketam, dan lala, juga sedia dimasak mengikut kehendak anda.

Dengan harga bermula kira-kira RM35 hingga RM50 untuk 1kg, harga yang ditawarkan masih dikelaskan sebagai mampu milik. Apatah lagi jika dimakan bersama air asam special di sini.

Restoran ini boleh dikelaskan sebagai lokasi ikan bakar Penang yang terkenal.

Waktu Operasi: 6pm – 11pm

Alamat: Jalan Teluk Tempoyak, Kampung Teluk Tempoyak Besar, 11960 Bayan Lepas, Pulau Pinang (Google Maps Location)

 

Senang cerita anda tidak akan mempunyai masalah untuk mencari tempat makan malam di Penang. Restoran boleh didapati di setiap ceruk. Ada banyak lagi tempat best, tapi setakat ini dahulu perkongsian kami kali ini. Semoga bermanfaat.

You might also like

2 Replies to Makan Malam di Penang

  1. Jika anda seorang peminat makanan nasi padang, saya akan rekomen anda pergi ke Nasi Padang International Hotel di jalan Transfer Road.

    Walaupun restoran ini buka pada pukul 10am tapi adalah baik untuk anda pergi awal sikit sebab kalau datang lewat mungkin lauk-pauk semua akan sudah jual habis. Makanan itu selling fast!

    1. Terima kasih atas cadangan! akan kami senaraikan nasi Padang International Hotel dalam artikel ini dan article akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!