Tempat Makan Best

5 Tempat Makan Best di Batu Ferringhi

Berpeluang bercuti di Pulau Pinang pastinya menyeronokkan. Mana tidaknya, negeri yang mendapat jolokan ‘syurga makanan’ ini sudah tentu memiliki ratusan tempat makan menarik untuk anda cuba. Sekiranya anda berada di sekitar Batu Feringgi, jangan lupa singgah ke salah satu tempat makan best di Bukit Feringgi ini.

Baca: Tempat Menarik di Batu Feringgi [Wajib Pergi]

Long Beach Food Court

Tiada siapa yang voleh menafikan keenakan makanan di medan selera. Bukan sahaja memiliki pelbagai jenis menu, bahkan semuanya sedap belaka. Long Beach Food Court adalah salah satu food court yang wajib anda cuba.

Medan selera ini mendapat perhatian ramai dek kerana harganya yang amat berpatutan. Pelbagai jenis hidangan boleh anda temui seperti masakan panas, nasi kandar, ala Thai, Western, dan Italian.

Suasananya yang agak santai membolehkan anda lepak bersama rakan-rakan.

Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Baca: Tempat Best di Penang

Restoran Khaleel

Restoran Khaleel agak terkenal dengan keenakan nasi kandar dan roti canainya. Kepelbagaian lauk pauk membuatkan anda rambang mata. Bahkan kuah kari dan aneka gulainya cukup menyengat!

Selain nasi kandar, anda juga wajar cuba roti canai dan roti nan cheese di sini. Menu Roti canai pisang yang di makan bersama aiskrim juga sedap, anak-anak pasti suka!

Terdapat dua buah cawangan di Penang iaitu di Batu Feringgi dan Gelugor.

Alamat: No 3G, Lorong Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi.

Feringgi Steamboat and Grill Buffet

Hidangan steamboat dan grill memang menjadi kegemaran ramai. Aneka lauk pauk seperti seafood, daging yang diperap, kemudian digrill sendiri di meja memang sedap dan menyeronokkan.

Perapan daging kambing dan ayam di sini memang terbaik! Makanan lautnya pula segar-segar belaka. Anda boleh makan sepuas hati dengan sekali bayar sahaja!

Selain steamboat, restoran ini turut menawarkan beberapa jenis pencuci mulut, dan sushi! Ia adalah tempat makan viral di Penang dek keranan harganya yang berpatutan!

Harga: Dewasa RM22 | Kanak kanak RM15 | 6 Tahun ke bawah: Percuma

Waktu operasi: 6 pm – 12 am | tutup pada Selasa

Alamat: Lorong Sungai Emas, Kawasan Perumahan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Kak Ani Seafood Restaurant

Kak Ani Seafood merupakan antara resotran seafood tersedap di Penang. Kesegaran makanan lautnya memang tidak boleh dipertikaikan! Mana tidaknya, ia terletak di hadapan pasar segar yang dimilikinya.

Baca: Tempat Menarik PERCUMA di Penang

Meni seperti chilli crab, tomyam, ikan masak stim, kailan ikan masin, kerang rebus, ikan masam manis, memang menjadi kegemaran pelanggan.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: Bayu Senja Complex, Kampung Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Enca Cafe

Tempat makan best di Batu Feringgi yang seterusnya adalah Enca Cafe. Anda boleh temui hidangan India, Arab, Western, dan Italian di bawah satu bumbung. Rambang mata di saat memesan makanan!

Nasi kandar, roti nan, dan ayam tandoori cukup menyelerakan! Bahkan masakan Timur Tengah seperti kebab dan nasi mandy nya juga tidak mengecewakan. Hadir dengan portion yang besar berserta lauk yang meriah.

Disamping itu, anda juga boleh menikmati hidangan western seperti chicken chop, lamb chop, pizza, dan spaghetti yang enak!

Waktu operasi: 10 am – 12 am

Alamat: Opposite Bayview Hotel, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Tempat makan best di Tanjung Bungah

  • Nasi Melayu Lidiana
  • Warung Tok Mat Mee Udang
  • Lan’s Corner Ikan Bakar Sambal Meletop Baq Hang
  • Nazzeeras Roti Bakar Kacang

Tempat makan best di Seberang Perai

  • De Pauh Garden
  • Restoran Fais
  • Anjung Pauh Steamboat & Grill
  • Warung Paksu Mee Udang

Tempat makan best di USM Penang

Tempat makan best di Seberang Jaya Penang

Menarik juga tempat makan best di Batu Feringgi ini bukan? Semuanya menyelerakan dan dekat dengan tempat tarikan pelancong dan hotel.

 

 

You might also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!