Mendapat peluang bercuti di Penang pastinya menyeronokkan. Namun, untuk mereka yang berbajet rendah atau memiliki ahli keluarga yang ramai, kos percutian menjadi halangan utama. Ini kerana kebanyakan tempat tarikan pelancong mengenakan tiket masuk. Jadi anda boleh jadikan artikel tempat menarik di Penang yang percuma ini sebagai rujukan kelak.
Percuma tidak bermakna tak menyeronokkan, anda masih lagi melakukan aktiviti menarik dan boleh meluangkan masa yang berkualiti bersama yang tersayang.
Artikel berkaitan: Pantai di Penang
Rumah P Ramlee |
Siapa tidak kenal akan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee? Untuk memperingati jasanya dalam bidang seni, rumah kelahirannya dibaikpulih dan dipelihara hingga ke hari ini.
Ia menjadi sebuah muzium mini dengan memaparkan sejarah hidup Tan Sri P Ramlee. Bukan itu sahaja, terdapat banyak item-item menarik seperti basikal buruk, mesin taip, biola, dan baju, yang pernah menjadi miliknya.
Selain itu anda juga boleh lihat banyak pinggan mangkuk dan potret keluarga. Menarik untuk anda sekeluarga lihat. Maklumlah, filem Tan Sri P Ramlee masih lagi ditayangkan di kaca tv.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Penang State Museum and Art Gallery |
Bertempat di Lebuh Farquhar, Penang State Museum and Art Gallery merupakan sebuah muzium yang khusus untuk seni kontemporari dan sejarah kekal.
Sejarah kekal melibatkan susur galur negeri Pulau Pinang, peperangan, dokumen, artifak, dan individu penting dalam sejarah Penang. Manakala seni kontemporari pula terdiri daripada ukiran dan seni kreatif dari artis tempatan.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Hin Bus Depot |
Hin Bus Depot merupakan sebuah kawasan yang mengumpul pelbagai seni kreatif pada hari ini serta menjadi tempat lepak orang awam. Kawasannya cukup indah dengan binaan bangunan lama dan seni mural.
Terdapat juga pelagai jualan hasil kraftangan, persembahan muzik, dan kafe menarik. Hin Bus Depot juga adalah antara tempat Instagrammable!
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Saanen Dairy Goat Farm |
Merupakan sebuah ladang ternakan kambing komersial yang juga dibuka kepada orang ramai. Ladang ini bertujuan untuk menghasilkan susu kambing yang berkualiti. Pada masa sama, mereka juga mengeluarkan pelbagai produk berasaskan dairy seperti yogurt, susu segar, pudding, dan aiskrim.
Baca: Tempat menarik di Penang Waktu Malam
Ia dibuka kepada orang ramai untuk lihat dengan lebih dekat akan haiwan dan penghasilan susu. Anda juga berpeluang untuk memberi makan kepada kambing.
Kambing-kambing di sini tidak busuk seperti kambing di kampung tau. Ia dijaga dengan baik dan bersih.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut |
Terletak betul betul di tepi Pantai Kerachut, Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut ditubuhkan untuk melindungi dan melakukan kajia n terhadap penyu. Masuk adalah percuma, anda akan didedahkan tentang informasi menarik tentang haiwan yang hampir pupus ini.
Sekiranya datang pada waktu yang tepat, anda berpeluang untuk menyaksikan penyu bertelur.
Datang ke sini sahaja membolehkan anda lihat anak penyu comel
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Penang Street Art |
Bergambar di mural sudah menjadi kewajipan sekiranya bercuti. Jalan Armenian merupakan sebuah kawasan yang dikhaskan untuk lukisan mural. Puluhan lukisan unik yang berkaitan dengan Penang dan penuh humor.
Ada juga lukisan yang bercantum dengan objek lain agar anda dilihat seolah berinteraksi dengan gambar.
Ini adalah lokasi terbaik untuk anda merakam gambar kenangan bersama keluarga.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Taman Botani Pulau Penang |
Tempat riadah yang paling digemari orang Penang. Ini kerana landskapnya yang menawan serta penuh dengan kemudahan seperti pontok, laluan berbasikal dan jogging, serta taman permainan untuk kanak-kanak.
Kawasannya yang menghijau dan reduh membuatkan ramai yang berkunjung ke sini tanpa mengira waktu. Ramai yang ambil peluang untuk bergambar di sini terutama di kawasan tasik. Cuma hati-hati dengan kehadiran monyet yang suka mencuri makanan pengunjung.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Taman Belia Penang |
Tempat menarik yang percuma di Penang yang seterusnya adalah Taman Belia Penang. Ia merupakan kawasan riadah yang indah dan tersedia dengan kolam renang kanak-kanak. Bukan satu, tetapi 3 buah swimming pool untuk menampung jumlah pengunjung.
Kemudahan seperti pondok tempat persalinan, dan tandas juga sentiasa berada dalam keadaan baik.
Kawasannya redup dikelilingin pohon-pohon rendang. Sesuai untuk anda nak berbasikal dan berjogging kerana trek sudah tersedia. Taman permainan dan kawasan bersenam juga amat luas.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma Waktu operasi: 7 am – 7 pm |
Taman Rimba Teluk Bahang |
Terletak kira-kira 40 minit dari Georgetown, Taman Rimba Teluk Bahang merupakan kawasan air terjun popular dikalangan penduduk tempatan. Taman ini berada dalam keadaan baik dan lengkap dengan kemudahan asas biarpun telah lama beroperasi.
Apa yang membezakan ia dengan taman rekreasi yang lain adalah ia merupakan sebahagian daripada hutan lipur yang kaya dengan flora dan fauna. Ada air terjun kecil di sini berserta dengan kolam kanak-kanak.
Anda boleh berkelah, jungle trekking, dan berkhemah di sini. Jangan lupa untuk bergambar di atas jambatan gantung.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma Waktu operasi: 8 am – 6 pm |
Tempat menarik di Butterworth
- Butterworth Art Walk
- Penang Bird Park
- Pantai Bersih
Tempat Menarik di Bukit Mertajam
- Taman Rimba Bukit Mertajam
- Kulim Road Best Cendol
- Wadie Perda Char Koay Teow
Tempat Menarik di Seberang Perai
- Jambatan Pulau Pinang
- Hutan Lipur Bukit Panchor
- Pulau Aman
- Kelip Kelip Sungai Kerian
Tempat menarik di Batu Kawan
Gua Komunis
Tangga Seribu
Selera Tambun
Shell Out Daun Pisang
Banyak je tempat menarik di Penang yang percuma. Selain jalan-jalan cari makan, anda boleh tuju ke tempat yang kami senaraikan di atas okay? Selamat bercuti!
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
Harga Tiket Cable Car Genting – RM9.90 [order di sini]
8 Tempat Menarik di Batu Feringgi [Wajib Pergi]
San Francisco Is always a good idea for a getaway