Tempat Menarik

Pantai di Penang

Tidak dinafikan, Pulau Pinang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Ramai yang memilih untuk bercuti di Pulau Mutiara ini bersama rakan dan keluarga. Mana tidaknya, Pulau Pinang kaya dengan tempat peranginan best seperti mercu tanda, bukit, zoo, pantai, dan makanan yang sedap. Tetapi dalam artikel ini kami akan senaraikan pantai di Penang yang boleh anda lawati pada cuti hujung minggu kelak.

Bila sebut pantai di Penang, ramai akan terbayangkan pantai Batu Feringghi sahaja. Walhal Penang mempunyai beberapa buah pantai yang tidak kurang hebatnya. Airnya jernih dan pasirnya yang memutih, dua faktor ini membuatkan ramai pelancong datang untuk beristirehat.

Malah, pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti mandi manda, jetski, parasailing, banana boat, dan banyak lagi. Selain itu terdapat beberapa tempat penginapan menarik sepanjang pesisir pantai yang boleh anda pilih.

#1 Batu Feringghi

Salah satu destinasi percutian popular di Penang adalah Batu Feringghi. Lokasi ini tidak pernah lekang dari kunjungan pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Airnya yang jernih dan kawasan pantai yang landai membuatkan Batu Feringghi sesuai untuk aktiviti pantai.

Meriah dengan kehadiran orang ramai, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mandi laut, menaik ATV, banana boat, dan parasailing. Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan ini dari premis yang beroperasi di sepanjang pantai.

Anda pasti akan terpesona dengan keindahannya terutama pada waktu matahari terbenam. Batu Feringghi adalah tempat menarik di Penang yang percuma untuk anda lawati.

Alamat: Batu Ferringhi 11050, Penang

#2 Pantai Teluk Bahang

Terletak di Balik Pulau, Pantai Teluk Bahang merupakan sebahagian daripada Taman Negara Pulau Pinang. Berbeza dengan Batu Feringghi, pantai ini berlatar belakangkan bukit bukau. Ini sekaligus memberikan pengunjung pengalaman berbeza.

Pantai ini tidak berapa sesuai untuk berenang kerana kadang kala terdapat obor-obor. Walaubagaimanapun, pengunjung masih boleh berkelah dan melakukan aktiviti pantai lain di sini.

Selain itu anda juga berpeluang menyaksikan aktiviti nelayan yang pergi dan pulang membawa hasil tangkapan. Restoran seafood memang banyak di sepanjang pantai. Yang paling terkenal sudah pasti End of The World.

Alamat: Teluk Bahang 11050 Tanjung Bungah, Penang

#3 Pantai Kerachut

Lokasinya tidak jauh dari Pantai Teluk Bahang. Pantai Kerachut memang indah kerana struktur tanahnya yang melengkung. Selain itu terdapat sebuah tasik di mana air masin dan air tawarnya tidak bercampur.

Kawasan ini sesuai untuk mandi tetapi hati-hati dengan kehadiran obor-obor.

Pantai Kerachut juga mempunyai Pusat Konservasi Penyu. Pengujung boleh melawat pusat ini untuk melihat dan mempelajari tentang haiwan yang hampir pupus ini.

Jika anda seorang peminat aktiviti lasak, jangan lepaskan peluang untuk jungle trekking di hutan tropika.

Alamat: Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Penang

Air Terjun di Pulau Pinang

Pulau Pinang mempunyai 3 buah air terjun iaitu Batu Feringhi Waferfall, Chin Farm Waferfall, dan Titi Kerawang.

Anda boleh rujuk artikel 3 Buah Air Terjun di Pulau Pinang untuk lebih pencerahan.

Tempat menarik di Penang Waktu Malam

Pastikan anda sempat menikmati kehidupan malam di Penang. Ini kerana pusat bandarnya tidak pernah tidur. Ada sahaja aktiviti dan tempat yang menarik boleh anda pergi. Janganlah berehat di hotel sahaja ya?

Gurney Drive

Cukup popular di kalangan penduduk tempatan serta pelancong kerana terdapat banyak kedai makan menarik. Pelbagai jenis hidangan yang anda boleh pilih di sini sama ada makanan signiture Penang, masakan panas, mahupun Western. Berjalan jalan di Penang memang tidak sah kalau tak cuba pasembur. Makan sahaja di sini sambil menikmati angin malam.

The Top Penang

The Top adalah aras paling atas yang dibuka kepada orang ramai melihat untuk melihat pemandangan Georgetown. Kami kira ini adalah tempat menarik di Pulau Pinang 2018.

Antara tarikan yang ada di The Top adalah:

  • Jurassic Research Center
  • Ocean Explorer
  • 7D Discovery Motion Theater
  • Restoran & Lounge

Tarikan terkini adalah Rainbow Skywalk iaitu laluan gantung berlantaikan kaca pada ketinggian 244.6 meter dari aras laut. Ini akan menguji tahap adrenaline sama ada anda gayat atau tidak.

Tempat menarik di Butterworth

Walaupun ia merupakan bandar terbesar di Seberang Perai, Cuma satu atau dua tarikan sahaja yang menarik.

Penang Bird Park – Taman Burung bertaraf antarabangsa. Menempatkan lebih 300 spesis burng untuk tatapan pengunjung. Anak-anak pasti seronok jika dapat lihat burung berwarna warni.

 

Butterworth Art Walk –  Merupakan lorong belakang bangunan yang dilukis mural menarik. Bukan mural biasa tetapi mencerminkan budaya Malaysia khususnya Pulau Pinang. Menarik sekali jika dapat bergambar di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!