Cuti sekolah hampir tiba. Sudah rancang lokasi percutian bersama keluarga atau rakan? Jika belum kami cadangkan anda ke Escape Theme Park Penang! Kalau nak tahu ia adalah sebuah taman tema menarik di Penang yang wajib anda kunjungi.
Escape Theme Park merupakan sebuah taman tema unik yang turut memiliki taman tema air. Mengapa kami katakan ia unik? Ini kerana tarikan yang ada di dalamnya lebih tertumpu kepada aktiviti fizikal yang mesra keluarga. Malah, ada juga sukan extreme buat mereka yang suka akan cabaran.
Tidak cukup dengan itu, Escape Theme Park turut mempunyai taman tema air yang mengagumkan.
Untuk lebih detail tentang aktiviti menarik, tiket, dan lokasi, teruskan membaca artikel ini.
Apa yang best di Escape Theme Park
Terletak di Teluk Bahang taman menarik berkeluasan 2.8 hektar ini mula beroperasi pada 2012 lagi. Apa yang membezakan ia dengan taman tema lain adalah Escape Theme Park mengurangkan penggunakan teknologi dan lebih kepada aktiviti fizikal dan dekat dengan alam sekitar.
Aktiviti-aktiviti yang ada di sini banyak yang memerlukan anda berinteraksi dan saling membantu antara satu sama lain. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sebanyak 23 jenis permainan ditawarkan kepada pengunjung dan setiap satu daripadanya bakal memberikan pengalaman menarik kepada anda.
Monkey Business
Kalau nak tahu, Monkey Business merupakan sebuah laluan berhalangan gergasi. Dari jauh lagi anda sudah dapat melihat Monkey Business ini dek kerana saiznya tang besar dan tinggi.
Anda perlu melalui beberapa halangan untuk sampai ke garisan penamat. Terdapat 3 peringkat dan setiap satunya mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.
Semakin tinggi anda pergi semakin sukar halangan yang perlu ditempuhi.
A-Maze
Suka bermain sorok-sorok? Nah, Kali ini anda boleh bermain dengan lebih mencabar kerana terdapat sebuah gua disediakan. Terokai gua gelap bertemankan lampu suluh.
Atan’s Leap
Sebuah menara untuk aktiviti bungee jumping. Agak tinggi. Inilah masanya untuk menguji tahap adrenaline anda. Bukan semua mampu melakukannya.
Dunk Tank
Permainan ini agak santai dan mencuit hati. Salah seorang dari anda perlu berada di atas kerusi yang di bawahnya air, rakan anda pula akan membuat balingan ke target. Sekiranya mengena sasaran, anda akan jatuh ke dalam air.
Gecko Tower
Anda pasti familiar dengan sukar wall climbing bukan? Hah, Gecko Tower mengadaptasi sukan ekstrim itu dengan mendaki sebuah menara. Nampak mudah, tapi sebenarnya sukar untuk memilih laluan dan langkah terbaik.
Flying Lemur
Aktiviti flying fox sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan sukan lasak. Rasai pengalaman menaiki flying fox dari tempat tinggi dan terus ke tanah.
Coco Climbing
Sewaktu kecil kita sering memasang niat untuk panjat pokok bukan? Di sini anda boleh memanjat pokok kelapa sambil berlum dengan rakan. Laluan dan tali sudah tersedia untuk anda. Cukup menarik!
Hill Rider
Bukankah seronok kalau boleh berlumba basikal? Di Escape Theme Park Penang, anda boleh berlumba dengan menggunakan basikal dan laluan khas.
Banyak lagi tarikan menarik di bahagian ‘kering’. Seperti aerobat, airbag, discovery dig, family trail, go bananas, jungle swinger, kite flyer, jumping jack, monkey school, three sixty, dan zoom bag.
Untuk mereka yangmempunyai anak-anak kecil, anda digalakkan supaya membawa mereka bermain monkey school dan discovery dig. Kedua-dua permainan ini bukan sahaja merangsang minda mereka tetapi menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal.
Taman Tema Air di Escape Theme Park Penang
Escape Penang turut menawarkan sebuah taman tema air yang menarik untuk pengunjung. Lihat sahaja ketinggian gelongsornya. Ia seolah memanggil anda supaya menyusuri gelongsor dan terus terjun ke dalam air.
Tempat mandi di Penang ini untuk memiliki beberapa jenis permainan menarik seperti:
AK Academy
Laluan berhalangan di dalam kolam untuk kanak-kanak. Cukup menarik dan mencabar buat si kecil.
AK Discovery
Sesuai untuk semua peringkat umur di mana anda perlu mencari item tersembunyi di dalam air. Sangat menarik dan jarang dilakukan sekiranya mandi dalam kolam.
Escape Club
Setelah penat malakukan aktiviti lasak dan berenang, apa kata berehat seketika di tebing kolam yang dibina seperti sebuah gazebo. Berehat, minum, dan berbual bersama rakan.
Mega Drop
Gelongsor yang tinggi, dan bengkang-bengkok, membawa anda terus ke dalam kedinginan air kolam renang.
Kolam-kolam lain yang menarik adalah wave ball, tubby rapids, tots pool, speed racer, play house, lazy river, dan family twister.
Keselamatan
Usah risau soal keselamatan, ini kerana setiap permainan mempunyai tahap umur dan kesesuaian. Malah, terdapat petugas berpengalaman yang akan membantu serta meninjau pengunjung.
Harga tiket Escape Water Park Penang
- Bayi – percuma
- Kanak-kanak (1 – 12 tahun) – RM97
- Dewasa (12 – 60) – RM147
- Warga emas (60 ke atas) – RM97
Pastikan anda peka dengan Escape Penang ticket promotion. Ini kerana mereka sering mengadakan promosi dan diskaun pada cuti sekolah dan musim perayaan.
Berkhemah di Escape Theme Park (Base Camp)
Tarikan terbaharu di sini adalah aktiviti berkhemah. Oleh kerana ia dikelilingi hutan menghijau, tapaknya sesuai untuk mereka yang ingin berkhemah atau ‘Base Camp’ dalam keadaan selamat.
Pihak Escape Park akan menyediakan kemudahan perkhemahan seperti:
- Khemah
- Tempat mandi
- Peralatan BBQ
- Sleeping matt
- Wifi
- Satu port pengecas telefon
Waktu operasi: 10 am – 6 pm | tutup pada Isnin
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang
Laman Web: https://www.escape.my
Sekiranya anda bepeluang bercuti di Pulau Pinang, bolehlah consider untuk meluangkan masa dan melakukan aktiviti fizikal di Escape Theme Park Penang. Kami yakin anda tidak akan kecewa kerana harganya berpatutan dan berbaloi kerana banyak aktivit menarik. Melakukan aktiviti di sini sudah tentu dapat merakam memori indah bersama yang tersayang.