Memilih Pulau Pinang sebagai destinasi percutian pasti tidak akan mengecewakan. Sinonim dengan panggilan Pulau Mutiara, negeri ini mempunyai pelbagai tarikan menarik untuk dilawati. Salah satu faktor adalah kerana struktur geografinya yang berbukit-bukau dan turut mempunyai pantai. Dari segi makanan pula, Penang sudah pun digelarkan sebagai ‘syurga makanan’ dek kerana makanannya yang sedap-sedap belaka. Tetapi dalam artikel kali ini kami ingin berkongsi tempat menarik di Penang waktu malam.
Manalah tahu, siang penat mencari nasi kandar. Takkan nak berehat di dalam bilik hotel sahaja? Banyak tempat menarik di Pulau Penang yang wajib anda terokai. Jika anda berpeluang bercuti di Penang, pastikan anda ke tarikan malam ini.
Gurney Drive memang popular di kalangan penduduk tempatan serta pelancong kerana terdapat banyak kedai makan menarik. Pelbagai jenis hidangan yang anda boleh pilih di sini sama ada makanan signiture Penang, masakan panas, mahupun Western.
Lokasinya juga strategik iaitu betul-betul di tepi pantai yang telah ditambak dengan batu-batu besar. Gurney Drive lebih meriah pada waktu malam. Selain dapat menjamu selera pengunjung juga boleh menikmati pemandangan pantai yang diserikan dengan limpahan cahaya lampu.
Alamat: Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinang (Google Maps Location)
Ini merupakan antara tarikan terbaharu Pulau Pinang. Terletak di Georgetown, The Top merupakan bangunan KOMTAR iaitu bangunan yang tertinggi di Penang. Bangunan KOMTAR sebelum ini dikenali dengan pusat membeli belah untuk seisi keluarga. Di sinilah tempat penduduk tempat shopping pakaian dan aksesori, khususnya barang kemas.
Tetapi The Top adalah aras paling atas yang dibuka kepada orang ramai melihat untuk melihat pemandangan Georgetown.
Antara tarikan yang ada di The Top adalah:
Tarikan terkini adalah Rainbow Skywalk iaitu laluan gantung berlantaikan kaca pada ketinggian 244.6 meter dari aras laut. Ini akan menguji tahap adrenaline sama ada anda gayat atau tidak.
Waktu operasi: 11 am – 9 pm
Alamat: 1, Jalan Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang (Google Maps Location)
Kalau Kuala Lumpur ada Petaling Street, Penang pula memiliki Pasar Malam Batu Feringgi. Ini adalah antara bazar larut malam yang paling ‘happening’ di Pulau Pinang.
Pasar malam ini dipenuhi dengan deretan kedai menjual pelbagai barangan. Antara barangan yang dijual seperti pakaian, aksesori telefon, kasut dan produk kecantikan. Pengunjung datang bertali-arus ke bazar ini kerana semuanya dijual dengan harga yang murah.
Jangan lupa untuk melakukan tawar-menawar ya? Manalah tahu jika anda dapat beli dengan harga yang jauh lebih rendah.
Waktu operasi: Setiap hari | 6:00pm -12:00am
Alamat: Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang (Google Maps Location)
Jika Johor dan Genting Highland ada Premium Outlet, Penang pula ada Design Village. Kedua-dua premis perniagaan ini berkongsi konsep yang sama iaitu memfokuskan kepada pakaian dan aksesori. Ia boleh dikatakan antara tempat menarik Pulau Pinang 2018.
Design Village menjual pakaian dari pelbagai jenama. Menariknya ia dijual dengan harga yang lebig renda berbanding di pusat membeli belah. Kaki fashionista memang wajib datang ke sini.
Walaupun satu aras sahaja, kawasan Design Village ni cukup luas. Penat berjalan? Jangan risau, kerana terdapat food court ataupun medan selera yang boleh anda singgah.
Waktu operasi: 11 am – 10 pm
Alamat: 733, Jalan Cassia Barat 2, 14110 Bandar Cassia, Penang (Google Maps Location)
Destinasi paling popular Pulau Pinang, Bukit Bendera, tidak pernah lekang dari menerima kunjungan pelancong. Banyak tarikan dan aktiviti menarik yang ada di Bukit Bendera ini. Antara yang paling popular adalah kereta kabel, skydeck, Owl Museum, dan banyak lagi. Akan kami senaraikan satu persatu dalam artikel khusus nanti.
Ramai yang datang ke sini untuk beristirehat bersama yang tersayang. Lagipun, pemandangan dari Bukit Bendera ni cukup mempersonakan.
Beralih kepada tempat shopping pula, Gurney Plaza menjanjikan pengalaman membeli belah yang menyeronokkan buat pengunjung. Gurney Plaza adalah kompleks membeli-belah sembilan tingkat dengan dua tingkat bawah tanah.
Ia menempatkan pelbagai jenama terkenal restoran, dan tarikan hiburan seperti panggung wayang, gimnasium, pusat karaoke, dan permainan arcade.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: 170, Gurney Dr, Pulau Tikus, 10250 George Town, Penang (Google Maps Location)
Tempat menarik di Penang yang percuma
Ada yang menganggap nak pergi bercuti di Penang ni perlukan belanja besar. Mana tidaknya, nak masuk ke sesuatu tarikan memerlukan tiket. Makanan juga agak mahal jika anda tidak biasa di sini. Sebenarnya ada beberapa tarikan di Penang ni yang dibuka percuma kepada orang awam. Antaranya:
Tempat menarik di Butterworth
Tempat menarik di Seberang Perai
Tempat menarik di Bukit Mertajam
Air Terjun di Pulau Pinang
Terdapat tiga buah air terjun di Pulau Pinang iaitu di:
Okay, itu dia tempat-tempat menarik di Penang waktu malam. Jadi anda sudah tahu lokasi yang boleh dilawati di malam hari. Pastikan jadual percutian anda diisi dengan baik supaya ia dapat meninggalkan kenangan yang manis.
Ammar Harith
March 16, 2021 at 2:37 pmThis place are so amazing and fantastic!!!