Tempat Menarik

Tempat Menarik di Bukit Mertajam

Bukit Mertajam merupakan sebuah bandar di Seberang Perai. Tidak perlu menaiki feri melainkan anda dari Georgetown atau Lapangan Terbang Bayan Lepas. Tidak banyak tempat menarik di Bukit Mertajam, kebanyakannya adalah restoran sedap. Namun, tidak bemakna ia lokasi ini tidak berbaloi untuk di lawati.

Artikel ini akan memberikan anda idea untuk bercuti di Bukit Mertajam kelak.

Bukit Mertajam Recreational Forest

Merupakan hutan lipur dan juga pusat rekreasi popular di Pulau Pinang. Dikelilingi tumbuhan menghijau menjadikan  Bukit Mertajam Recreational Forest redum dan nyaman.

Sesuai untuk aktiviti hiking, berbasikal, jogging, dan aktiviti fizikal lain.

Anda juga boleh bermandi manda di air terjun dan kolam semula jadi yang sudah terbentuk di sini.

Kemudahan seperti tandas awam, surau, tempat dudu serta pondok sudah tersendia untuk pengunjung beristirehat.

Alamat: Jalan Kolam, Mukim 15, Cherok Tok Kun, 14000 Penang

Artikel berkaitan:

Taman Rimba Bukit Mertajam

Berbeza dengan Bukit Mertajam Recreational Forest, Taman Rimba lebih mesra pengunjung dan agak santai. Di sini, anda boleh menyaksikan keindahan flora dan fauna seperti perlbagai jenis pokok bunga dan serangga exotic.

Jadikan juga taman ini sebagai tempat berkelah, jogging, merentas hutan, dan anda boleh berjalan dan bermain air terjun.

Kulim Road Best Cendol

Tempat menarik di Bukit Mertajam yang seterusnya adalah Kulim Road Best Cendol yang sudah lama terkenal dengan keenakan cendolnya. Dijual menggunakan gerai bergerak sahaja, tetapi rasanya cukup enak sehingga membuatkan ramai pelancong datang ke sini.

Dijual pada harga serendah RM2, Kulim Road Best Cendol meriah dengan cendol dan kacang merah, serta kaya dengan air gula melaka!

crispoflife.com

Cendolnya lembut dan kacang merahnya dimasak dengan sempurna. Sesuai sekali dimakan sewaktu hari panas terik!

Waktu operasi: 11.30 am – 5.30 pm | tutup pada Isnin

Alamat: No 12, Tingkat Tenang, Taman Tenang, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Penang Bird Park

Merupakan taman burung pertama di Malaysia dan menempatkan lebih 300 spesis burung dari dalam dan luar negara. Pengunjung boleh lihat pelbagai spesis dari burung exotic bersaiz kecil hinggalah burung setinggi 8 kaki.

Tidak terletak di Bukit Mertajam, tetapi cukup dekat iaitu cuma 10 km sahaja. Cukup berbaloi untuk dilawati.

Taman burung ini dibina dengan landskap persis habitat asal burung-burung. Memiliki pmeran bertaraf antarabangsa, dan lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan.

GujjuTours

Tak rugi bawa anak-anak ke sini, kerana banyak sekali spesis burung yang belum pernah anda lihat.

Terdapat demonstrasi menarik, anda juga berpeluang untuk beri makan kepada burung, serta bergambar kenangan.

Harga tiket: Dewasa RM25 | Kanak-kank RM15

Waktu operasi: 9 am – 7p

Alamat: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang.

Wadie Perda Char Koay Teow

Cukup Popular di kalangan penduduk tempatan, Wadie Perda Char Koay Teow menyajikan kueh tiaw terbaik di Bukit Mertajam.

Kuahnya yang pekat dengan udang bersaiz besar. Malah, portionnya juga agak besar. Tidak hairanlah mengapa ramai yang menggemari kueh tiaw di sini.

Ia menjadi tempat menarik di Bukit Mertajam pada waktu malam, kerana ia dibuka sehingga jam 2 pagi. Ramai yang ambil peluang untuk lepak bersama rakan.

Waktu operasi: 7 am – 2 am | tutup pada Isnin

Alamat: 485-487, Jalan Permatang Rawa, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Bangkok Station

Siapa tidak suka masakan ala Thai bukan? Kalau anda berada di sekitar Bukit Mertajam, singgahlah ke Bangkok Station yang terletak di Bandar Baru Perda.

Bangkok Station menyediakan aneka juadah asli dari Thai. Antara yang menjadi kegemaran pelanggan sudahlentulah tomyam campurnya yang pekat dan meriah dengan lauk.

 

Selain itu, siakap tiga rasa,  sotong tepung, kailan ikan masih, dan kerabu mangga juga menjadi hidangan yang harus anda cuba.

Waktu operasi: 11.50 am – 12.15 am

Alamat: 18, Lorong Perda Utama 11, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tempat menarik di Butterworth

  • Rope Walk Taman Selat
  • Butterworth Art Walk
  • Temple Of Nine Emperor
  • Air Hitam Dalam Educational Forest

Tempat menarik di Kulim

  • Taman Burung Kulim
  • Taman Tasik Putra
  • Gunung Bintang
  • Pusat Rekreasi Ulu Paip
  • Air Terjun Junjung

Tempat Menarik di Bukit Bendera

  • Penang Hill Upper Station
  • Penang Owl Museum
  • Sky Walk

Tempat menarik di Bukit Mertajam lebih kepada alam sekitar. Menarik juga untuk anda dan keluarga bukan? Selamat bercuti!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!