Kami di Team Travel My sudah banyak berkongsi tentang tempat percutian di Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap ceruk negeri ini memiliki lokasi tarikan pelancongan, termasuklah Butterworth. Butterworth merupakan salah sebuah bandar utama yang menjadi tumpuan ramai. Kalau nak tahu antara tempat menarik di Butterworth, teruskan membaca artikel ini.
Baca: Tempat Menarik di Penang
Butterworth wajib menjadi tempat persinggahan pelancong terutama yang ini menaiki feri atau merentas jambatan dari Seberang Perai ke Georgetown. Banyak juga tarikan menarik yang berbaloi untuk anda lawati.
Butterworth Art Walk |
Bercuti memang tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke art walk yang dipenuhi dengan mural-mural indah. Dilukis oleh artis hebat, mural di sini penuh dengan kesenian dan menceritakan sejarah dan budaya negeri Pulau Pinang.
Ia bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap kekayaan budaya, seni, dan sejarah tempatan.
Bukan sekadar lukisan indah, ia turut hadir dengan prop yang membolehkan anda bergambar seolah berinteraksi dengan mural berkenaan tersebut.
Anda boleh lihat kesemua lukisan menarik ini di lorong belakang bangunan di Jalan Bagan Luar.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Percuma |
Penang Bird Park |
Salah satu tempat menarik di Butterworth yang berbaloi untuk anda kunjungi adalah Taman Burung Penang yang bertaraf antarabangsa. Dengan keluar 5 ekar, ia menempatkan 3000 ekor burung dengan lebih 300 spesis untuk tatapan pengunjung.
Persekitaran dan landskap taman burung ini juga indah. Ia direka mirip dengan habitat asal burung agar haiwan-haiwan ini dapat terbang bebas.
Selain burung, Penang Bird Park turut mempamerkan haiwan lain seperti rusa, ikan, reptilia seperti ular, dan beberapa haiwan liar lain.
Menariknya, anda boleh menonton beberapa demonstrasi dan berpeluang untuk beri makan kepada burung.
Lokasi: Google Map
Harga tiket: Dewasa RM43 | Kanak kanak RM36 ( Beli di – KLOOK) |
Pantai Bersih |
Ambil peluang untuk bersantai di Pantai Bersih kerana pemandangan dari pesisir pantai ini sangat menakjubkan. Berteduh dibawah pokok sambil lihat bot, feri, dan kapal lalu-lalang memberikan mengalaman yang unik.
Baca: Pantai di Penang
Bukan itu sahaja, dari pantai ini, anda boleh lihat view bandaraya Georgetown dari pantai ini.
Tidak sesuai untuk mandi manda kerana pantai ini ditambak dengan batu-batu besar serta air lautnya sudah dicemari minyak bot dan feri.
Jika anda ingin berkelah dan bersantai bersama rakan, Pantai Bersih adalah lokasi terbaik.
Lokasi: Google Map |
Pasar Malam Bagan Ajam |
Kalau nak makan sedap dan murah, kami sarankan anda ke Pasar Malam Bagan Ajam yang beroperasi pada hari Selasa. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai jenis juadah tempatan.
Dijual pada harga berpatutan, anda boleh cuba satay, apam balik, lauk campur, nasi khomok, nasi kandar, rojak, ayam goreng, snek, dan aneka pilihan minuman.
Tak rugi singgah pasar malam di sini, kerana pakaian dan aksesori turut dijual.
Lokasi: Google Map |
Air Hitam Dalam Educational Forest |
Cuma 20 km dari Jambatan Pulau Pinang, terletaknya Air Hitam Dalam Educational Forest yang menyimpan khazanah flora dan fauna yang membantu seimbangkan ekosistem.
Dengan keluasan 3 buah padang bola, anda boleh menghirup udara segar dan lihat hidupan dari atas laluan yang disediakan.
Jambatan gantung yang menghubungkan dari satu tempat ke tempat lain juga unik. Sepanjang laluan, anda dapat lihat burung berwarna warni, pokok-poko menghijau, dan banyak lagi.
Cukup menarik dan sesuai untuk semua golongan. Ramai yang ambil peluang untuk bergambar kenangan bersama keluarga.
Lokasi: Google Maps
Harga tiket: Percuma |
Rope Walk Taman Selat |
Klasik, berwarna-warni, murah, dan pelbagai, itulah yang dapat digambarkan tentang Ropewalk Taman Selat. Ia ibarat Pasar Karat di Ipoh, Perak yang menjual pelbagai barangan harian, antik, makanan, dan pakaian.
Puluhan buah gerai yang bakal menarik anda untuk membeli barangan mereka. Singgahlah, mana tahu kalau anda item yang sesuai untuk dijadikan koleksi atau perhiasan.
Lokasi: Google Map |
Noor Me Kuah – The Best Mamak Mee In Town |
Kalau sebut sahaja mee mamak, di Penanglah yang paling sedap! Tak perlu ke restoran mahal, kerana Noor Mee Kuah menyajikannya dengan rasa yang sempurna!
Cukup sedap, tidak terlalu pedas, meriah dengan lauk, dan portion yang agak besar.
Anda pasti akan puas hati sekiranya dapat menikmati mee mamak di sini. Mereka turut menyediakan mee rebus sotong, rojak, pasembur, dan cendol.
Lokasi: Google Map
Waktu operasi: 8 am – 10 pm | tutup pada Rabu & Isnin |
Sungai Dua Char Koey Teow |
Tempat menarik di Butterworth yang seterusnya adalah Sungai Dua Char Koey Teow. Keenakan char kueh tiaw di sini sememangnya dietahui rama. Ada yang datang dari KL hanya untuk menjamu selera di sini.
Ia seakan sama dengan menus seumpamanya di tempat lain. Tetapi cara penyediaannya agak berbeza dan istimewa. Kuahnya agak banyak dan hadir dengan udang bersaiz sederhana.
Menjadi tempat menarik di Butterworth waktu malam kerana ia meriah dengan kehadiran pelanggan yang datang bersantai sambil makan.
Lokasi: Google Map
Waktu operasi: 5 pm – 1 am | tutup pada Rabu |
Nasi Kandar Pokok Ketapang |
Sedap sehinggakan pelanggan sanggup beratur panjang hanya untuk menikmatinya. Terkenal di seluruh Penang, Nasi Kandar Pokok Ketapang menyediakan aneka jenis lauk.
Tidak terlalu banyak, tetapi apa yang ada ini sudah cukup untuk anda berasa puas dengan rasanya.
Dari jauh lagi anda sudah dapat menghidu aroma ayam goreng berempah, ayam bawang, dan kuah karinya.
Oh ya, ia menjadi tempat menarik di Penang waktu malam kerana hanya beroperasi di malam hari hingga subuh.
Lokasi: Google Map
Waktu operasi: 6 pm – 4 am |
Tempat Menarik di Seberang Perai
- Hutan Lipur Bukit Panchor
- Pulau Aman
- Taman Tunku
Tempat Menarik di Bukit Mertajam
- Bukit Mertajam Recreational Forest
- Taman Rimba Bukit Mertajam
- Kulim Road Best Cendol
- Wadie Perda Char Koay Teow
Tempat Menarik di Sungai Petani
- The Carnivall Waterpark
- Lembah Bujang
- Damai Park Resort
- Semeling Street Art
- Muzium Paya Bakau
Berbaloi juga sekiranya dapat berkunjung ke Butterworth. Kesemuanya boleh menceriakan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan. Selamat bercuti!
2 Replies to 10 Tempat Menarik di Butterworth [SYOKNYA!]
Hi Team travel.. Jemput datang ke warung kelapa Chaq In Permatang Rawa Penaga. Rasai menu klasik pulut udang maktok, dan air kelapa asli dari kebun Chaq In. Cuba juga menu lain cucur udang rangup, lontong, pek nga kelapa dan roti jala.
Location yang ni ke Kak
https://goo.gl/maps/XjJxfW8E2vo5Tq5u7
12 Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan [Mesra Keluarga]
5 Tempat Menarik untuk Family Day di Melaka yang AWESOME!
8 Tempat Menarik di Batu Feringgi [Wajib Pergi]
Tempat Makan Best dan Murah di KL
San Francisco Is always a good idea for a getaway