Antara destinasi pelancongan popular di Penang adalah Padang Kota Lama yang berkedudukan di Georgetown. Padang Kota Lama (Google Map) cukup digemari para pelancong dek kerana ia terletak tepi laut. Pemandangan laut dan deretan bangunan cukup mengagumkan. Ketahui tempat menarik di Padang Kota Lama dengan membaca artikel ini.
Lagipun ia tidak jauh dari Georgetown iaitu cuma 2.2 km sahaja sekiranya anda menginap di hotel sekitar Georgetown.
Esplanade Padang Kota Lama |
Lokasi terbaik untuk anda melihat pemandangan laut di Penang. Esplanade ini dibina sebagai lokasi santai untuk orang awam bersantai sambil menikmati angin laut yang segar.
Landskap menarik dengan deretan pokok dan tempat duduk membuatkan lokasi ini sering menjadi tumpuan di waktu petang dan hujung minggu. Kehadiran cruise mewah turut memeriahkan suasana.
Anak-anak kecil pula bakal teruja sekiranya dapat bermain di taman permainan di sini. Lokasinya tidak jauh dari Padang Kota Lama food court, bolehlah anda menjamu selera di sana.
Tempat: Esplanade Padang Kota Lama
Lokasi: Google Map |
Penang City Hall (Majlis Bandaraya Pulau Penang) |
Merupakan mercu tanda yang tidak asing lagi di Pulau Pinang. Bangunanan yang digunakan pada zaman kolonial British suatu ketika dahulu ini masih teguh berdiri dan kini menjadi Pejabat Pentadbiran Dewan Bandaraya Pulau Pinang.
Orang ramai boleh bergambar kenangan di hadapannya.
Tempat: Penang City Hall (Majlis Bandaraya Pulau Penang)
Lokasi: Google Map |
Fort Cornwallis |
Menyimpan pelbagai sejarah dari zaman kolonial sekitar 1800, Fort Cornwallis merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Francis Light.
Tak rugi berkunjung ke sini kerana setiap ceruk terpapar fakta dan informasi menarik tentang sejarah pembinaan dan kegunaannya pada zaman dahulu. Anda boleh mengetahui banyak sejarah Padang Kota Lama di sini.
Jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan kerana landskap kawasan juga cukup indah.
Tempat: Fort Cornwallis
Lokasi: Google Map Harga tiket: Dewasa RM5 |
Penang 3D Trick Art Museum |
Tempat menarik di Padang Kota Lama yang seterusnya adalah Penang 3D Trick Art Museum. Siapa tidak suka ke 3D art museum bukan? Di sinilah tempat untuk anda bergambar kenangan dengan rakan dan keluarga tersayang.
Banyak gambar dan lukisan yang tampak real jika dilihat dari sudut tertentu. Ada juga mural yang berkaitan dengan sejarah dunia, Malaysia, serta Penang.
Ramai yang keliru dengan lokasi muzium ini. Ia terletak di bangunan lama, berhadapan dengan gerai Hazrul Cafe.
Tempat: Penang 3D Trick Art Museum
Lokasi: Google Map Harga tiket: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM10 (Beli di – KLOOK) |
Hameed Pata Mee Sotong |
Makanan sedap di Padang Kota Lama Hameed Pata Mee Sotong, wajib singgah kerana keenakan mee gorengnya memang tiada tandingan!
Keistimewaan mee goreng di sini adalah ia hadir dengan sambal sotong yang menjadi pelengkap kepada menu ini. Bukan sambal sotong biasa, tetapi yang telah digubah agar rasanya kena dengan mee goreng. Cukup menyelerakan.
Portionnya juga agak besar. Selain mee sotong, mee rebus juga menjadi menu kegemaran pelanggan.
Tak susah nak cari Hameed Pata Mee Sotong ini, ia terletak di medan selera Esplande.
Tempat: Hamee Pata Mee Sotong
Lokasi: Google Map |
Artikel berkaitan:
GANI Famous Pasembur |
Sebut sahaja Penang, pasti hidangan pasembur muncul di fikiran. Sebab itulah anda harus ke restoran Gani Famous Pasembur, iaitu salah satu tempat menarik di Padang Kota.
Terletak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, menyajikan antara pasembur tersedap di Penang. Lauk pasemburnya disusun cantik dengan pelbagai pilihan termasuklah udang dan sotong tepung.
Baca: Tempat Makan Best di Padang Kota Lama
Namun yang menjadi penyedap rasa sudah tentulah kuahnya yang padu! Ditambah pula dengan hirisan timun dan taugeh.
Tempat: GANI Famous Pasembur
Lokasi: Google Map |
Esplanade Park Food Court |
Selain menikmati keindahan laiut di Esplanade, andar wajar singgah menjamu selera di medan selera Padang Kota Lama ini. Terdapat banyak kedai yang menyajikan pelbagai jenis hidangan termasuklah yang sinonim dengan negeri Pulau Pinang iaitu pasembur dan nasi kandar.
Cuba juga rojak, green tomyam, nasi lemak, satay, roti canai, dan air buah. Suasana food court ini memang happening setiap malam. Ada angin laut, food court bersih, dan banyak parking.
Tempat: Esplanade Park Food Court
Lokasi: Google Map Waktu beroperasi: 8 am – 8 pm ; tutup pada Ahad |
Wonderfood Museum |
Antara tempat wajib pergi sekiranya bercuti di Pulau Pinang adalah Wonderfood Museum. Ia merupakan sebuah muzium yang menempatkan replika dan art berasaskan makanan tempatan.
Anda bakal disajikan dengan replika makanan bersaiz gergasi dan 3D untuk anda bergambar bersama keluarga dan rakan.
Selain itu pengunjung bakal mendapat informasi tentang makanan Melayu, Cina, dan India melalui pameran unik. Amat berbaloi kerana setiap replika tampak nyata dan dan bertaraf antarabangsa.
Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Info Zone, Wow Zone, dan Educational Zone.
Tempat: Wonderfood Museum
Lokasi: Google Map Harga tiket: Dewasa RM18 | Kanak-kanak RM10 (Beli di – KLOOK) |
Penang Street Art |
Street art ni memang terkenal bukan? Tetapi street art di Penang adalah yang paling mantap setakat ini. Bukan sahaja bilangan mural yang banyak, tetapi ia lebih unik dan menarik. Apatah lagi ia terletak di celah bangunan lama. Memang sermpurna untuk peminat fotografi.
Mural di sini lebih menceritakan sejarah, budaya, kaum, dan makanan yang menjadi keunikan negeri ini. Malah, banyak yang berbentuk 3D. Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk bergambar dengan pelbagai pose.
Disamping mural, banyak gerai menarik berdekatan yang menjual cenderamata, cendol, dan aiskrim untuk anda basahkan tekak selepas penat bergambar. Lokasi ini juga menjadi tempat menarik di Padang Kota waktu malam dek kerana banyak restoran beroperasi dan dihiasi dengan lampu berwarna-warni.
Tempat: Penang Street Art
Lokasi: Google Map |
Lagenda House & Cafe |
Kalau anda cari tempat romantik untuk dating, kami cadangkan Lagenda House and Cafe yang terletak di Campbell Street. Cafe ini menyediakan masakan melayu seperti mi kari, laksa, nasi lemak, nasi kerabu, rendang, ayam penyet, sate, tetapi dihias cantik bak restoran mewah.
Kuih-muih tradisional juga sedap seperti sagu gula melaka, pisang goreng, seri muka, kek lapis, dan sebagainya.
Vibe cafe ni pun best. Sejuk, selesa, dan diserikan dengan alunan muzik P. Ramlee. Mahal sikit berbading restoran biasa, tetapi berbaloi untuk self reward dan meraikan yang tersayang.
Review cafe ini juga amat baik.
Lokasi: Google Maps
Waktu operasi: 12 pm – 11 pm | tutup pada Rabu Instagram: https://www.instagram.com/cafelagendapenang/?hl=en |
Tempat Menarik di Teluk Bahang
- Toy Museum – GoogleMap
- Pantai Teluk Bahang – GoogleMap
- The Escape Teluk Bahang – GoogleMap
- Taman Negara Teluk Bahang – GoogleMap
Hebat juga tempat menarik di Padang Kota Lama. Tambahan pula ia berada di dalam Pulau, jadi jarak ke lokasi tarikan pelancong lain seperti Bukit Bendera, Bayan Lepas, Batu Feringgi agak dekat. Selamat bercuti. Jangan lupa menginap kat hotel yang kami kongsikan ini juga, Hotel Besti di Pulau Pinang