Pulau Pinang

Senarai Hotel Yang Menarik Di Pulau Pinang

Senarai hotel ini hanya yang berada di sebelah pulau sahaja ya. Dan hotel hotel yang akan kami kongsikan di dalam Pulau ni generally akan ada pada 3 bahagian atau tumpuan utama. Iaitu yang berada di:

  • Sekitar area Quensbay Mall
  • Sekitar Bas Station Sungai Nibong
  • Bukit Jambul

Manakala untuk hotel yang berada di Penang, bagai kawasan Seberang Perai, anda rujuk 2 capaian dibawah:

Sekitar area Quensbay Mall

Kelebihan untuk menginap di sekitar Quensbay Mall memang menjadi pilihan ramai orang yang berkunjung ke Pulau Pinang, mungkin disebabkan lokasinya yang strategik, berhadapan sahaja pula dengan Quensbay Mall ditambah pula dengan lokasi Quensbay Mall menghadap lautan yang luat. Buatkan lagi tertarik untuk pengungjung beristirehat di tepi batu pemecah ombak yang dibuat khas untuk pengungjng yang datang sebagai lokasi riadah.

Apple 1 Hotel

Kalau anda buat carian di GoogleMap. Hotel yang paling dekat dengan Quensbay Mall ialah Apple 1 Hotel. Bayaran untuk satu malam hotel bajet ini lebih kurang RM 100. Bilik yang pelbagai saiz, hingga ada yang mencecah RM 200 untuk satu malam. Ada juga ruangan parking khas untuk mereka yang masuk ke dalam kawasan business center ini.

Oh ya, seperti mana biasa, sangat jarang untul hotel bajet menyediakan breakfast. Begitu juga lah dengan Apple 1 Hotel. Maka anda mungkin perlu tunggu sehingga pukul 8 atau 9 pagi lebih kurang untuk tunggu kedai mamak di hujung sekali di deretan teres kedai untuk buka.

Untuk makan tengah hari, lauk nasi campur sama ada terus masu ke Quensbay Mall atau pun terus ke seberang jalan untuk cuba satu kedai melayu nasi campur di sana.

Hotel ini memang sentiasa penuh dengan pelawat, anda mungkin perlu booking terlebih awal sebelum orang lain dapat.

Book penginapan anda di Apple 1 Hotel sekarang.

Eastin Hotel Penang

Easting Hotel boleh dikatakan antara mercu bangunan yang utama di kawasan ini. Hotel 4 bintang ini mungkin tidak sesuai untuk penginapan kita kerana terpaksa habiskan RM 400 untuk satu malam. Walaubagaimanapun, masih lagi bergantung kepada bajet anda dan tahap kemudahan yang anda mahukan semasa menginap.

Econtel Hotel

Econtel ni sebenarnya, kami baru perasan bila tulis artikel ni. Mungkin sebab kedudukannya di belakang satu lagi bangunan menghadap Quensbay Mall. Untuk harga, memang di bawah RM 100 sebab ini hotel budget. Memang sesuai untuk anda yang tak nak keluarkan bajet lebih untuk penginapan. Untuk sarapan pagi tak perlu makan di hotel pun tak mengapa, sebab ini memang kawasan utama.

Untuk menempah, anda perlu menggunakan Agoda, sebab Econtel Hotel hanya register dengan Agoda, tidak dengan Booking.com.

Summerton Suites

Kami tak sabar untuk mencuba tempat penginapan ni dalam masa terdekat. Summerton Suites ni adalah tempat penginapan baru, kalau tak silap, ini bukan hotel, tapi homestay. Tengokkan pada harga dalam RM 120, tapi bila tengok pada gambar pula macam tak mungkin harganya RM 120. Sebab ianya homestay, fully furnish. Lengkap dengan pelbagai kemudahan dapor semua. Lagi pula siap ada swimming pool lagi.

InsyaAllah kami akan cepat cepat ke sana untuk review khas anda.

Sekitar Bas Station Sungai Nibong

B Hotel Penang

Kalau anda hanya menginap sekejap, B Hotel adalah antara hotel bajet yang anda patut cuba. Walaupun staff tak berapa nak friendly sangat. Tapi tak mengapalah, kita hadap muka diorang satu hari sahajakan. Apa yang kami berkenan dengan hotel bajet ini ialah ada ruang dihapannya untuk kita makan dan rehat. WIFI ada, tapi untuk ruangan di hadapan ini sahaja. Untuk dalam bilik, agak perlahan.

Untuk parking seperti yang anda di lihat dalam gambar tu lah, kita hanya parking di  kawasan tepi tepi teres rumah. Sebab hotel ini adalah corner lot untuk taman yang berhampiran dengan Station Bus Sungai Nibong.

Kalau tidak silap saya. B Hotel adalah hotel pertama yang saya menginap sendiri masa mula mula kenal untuk berjumpa dengan gf saya dahulu. Masa tu kalau tak silap tahun 2012. Sekarang 2020, alhamdullillah kami sudah tahun ke 4 memegang ikatan yang sah.

M Qube Hotel Penang ( jauh sikit )

M Qube Hotel ni adalah yang paling jauh hotel yang kami senaraikan dalam artikel ini dengan Quensbay Mall. Tapi tak jauh mana lah, lebih kurang dalam 5 minit. Atau 2 minit sahaja dari Station Bus Sungai Nibong.

Harga yang paling rendah adalah RM 78 di Booking.com

Ikutkan pada review, memang ramai yang berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh M Qube Hotel. Tak hairan lah kalau rating yang hotel ni dapat ialah 8.6. boleh dikatakan sangat tinggi dan baik juga untuk hotel yang level budget hotel..

Island Hostel

Jarak dengan Bas Station Sungai Nibong lebih kurang dalam 5 minit, ikut kan pada Google Map. Hotel ni agak menarik juga, level hotel budget.

Untuk harga Island Hotel memang sangat baik sebab siap ada penginapan yang seakan dorm, RM 28 sahaja.

Anda boleh lihat sendiri di Agoda untuk lebih detail.

U Hotel Penang – 3 star hotel

Hotel ini pun antara penginapan terbaik bagi anda yang inginkan ia berdekatan dengan Station Bus Sungai Nibong.

Seperti yang anda boleh lihat sendiri, kedudukan parking nya memang sangat baik. Hotel ini juga mendapat review yang baik di Booking.com. Kedudukannya pun tidak terlalu dalam. Hanya di bahu jalan utama sahaja.

Sekitar Bukit Jambul

Vistana Penang Bukit Jambul – 4 star hotel

Vistana Hotel ini adalah 4 star hotel. Harga bilik paling rendah ialah lebih kurang RM 210. Rasanya RM 210 ni tak termasuk breakfast, kena tambah lagi dalam 40 – 50 untuk breakfast. So lebih kurang dalam RM 250 lah.

Harga boleh kata normal dan mungkin sedikit less la berbanding dengan hotel hotel 4 star yang lain. Dari segi review pula, sangat baik sebab mampu raih 8.1. kira terbaik juga, bukan senang untuk mana mana hotel raih 8.0 ke atas bila sudah ada lebih 3000 orang meninggalkan review di Booking.com

Kalau anda ada bajet lebih, dan sememang inginkan tahap kemudahan yang baik, Vistana Hotel adalah option yang patut anda cuba.

Hotel Equatorial Penang

Saya sendiri pernah menginap di hotel ini, satu malam lebih kurang dalam 400 ringgit. Kalau anda nak, mungkin boleh cuba 5 star hotel ini. tambah lagi view dari hotel ini yang memang cantik. Pendapat kami, ia tidak berbaloi kerana terlampau mahal dari apa yang kita boleh juga dapat sebenarnya pada hotel hotel yang lebih rendah harganya seperti di Vistana. Serupa juga dengan penginapan saya di Hotel Shangri La di Georgetown.

Walaupun hotel itu 5 bintang, harganya pun mahal untuk satu malam. Tapi saya tak rasakan ia berbaloi dengan harga yang hotel tawarkan. Lebih baik saya belanja di hotel bajet.

Berbalik pada Equatorial Hotel tadi.

Dari segi keluasan bilik, memang lengkap dan luas. Ada tub mandi, ada kelengkapan baju tidur semua.

Hotel hotel di Bukit Jambul memang kebanyakan nya adalah RM 250 ke atas. Kebanyakan hotelnya memang berkelas tinggi sedikit berbanding dengan lokasi seperti yang berhampiran dengan Quensbay Mall atau pun Bus Station Sungai Nibong.

Ataupun kalau anda mahukan option lain, boleh cuba hotel The Corum View. Kedudukannya berada di bawah sikit dengan Bukit Jambul iaitu berada di Bayan Lepas. Harga lebih kurang dalam RM 110.

Atau pun, boleh cuba Hotel Seri Malaysia yang juga berada dekat dengan The Corum View

Lagi satu option yang terbaik ialah D Nice Hotel seperti yang berada di Map atas. Review mungkin tidak berapa baik berbanding dengan hotel hotel budget yang lain. Tapi mungkin option bajet terbaik yang anda boleh cuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *