Sejujurnya, saya belum pernah lagi menginap di Batu Ferringhi. Sebab saya lebih kepada pilih di tempat lain dan datang ke Batu Ferringhi di belah malamnya. Dan patah balik ke hotel yang mungkin saya pilih di Georgetown atau pun di Queensbay.
Ya, saya tahu, jauh perjalanannya. Tapi memang saya lebih suka menginap di sana.
Kita mula.
HUPO Inn ( RM 120 )
Hupo Inn ni homestay. Tapi lengkap dengan kemudahan 1st class. Tengok dalam gambar macam double storey semi D. Tapi dinyatakan berbentuk villa. Tak kesahlah, tapi location memang cantik.
Dekat dengan pantai, outdoor swimming pool dan free wifi juga. Homestay ni bukannya sewa sebiji rumah tau. Macam by bilik sahaja. Pakej paling rendah RM 120.
Website: https://www.huporesort.com/en-gb
Booking.com
Sri Sayang Service Apartment ( RM 138 )
Mula mula saya ingatkan ini homestay. Tapi rupanya memang macam hotel. 1 star. Bila dah lama lama saya perhatikan facilitynya dah macam Hotel Seri Malaysia pun ada.
Tarikan utama adalah ada swimming pool, dekat dengan pantai, sea view. Walking distance juga dengan pasar malam batu feringghi.
Baiklah, seterusnya kita ke penginapan yang antara hotel yang paling mahal di Batu Feringhi.
Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa ( RM 572 )
Tak perlu sembang panjang lebar yang ni. Apa yang kemudahan anda harapkan pasti akan ada bila dah masuk ke hotel 5 star ni. Kalau tak silap saya, dalam hotel ini juga ada mini resort juga. Macam geluncur air semua tu.
Seterusnya, LonePine Hotel ( RM 263 )
Saya rasa, kalau Shangri La dengan LonePine, nampak macam lebih menarik di LonePine. Harga pun masih lagi boleh ditimbang kira. Tak percaya? Tak apa, saya belanja gambar dulu.
Seni bina macam berkonsepkan ala ala english. Oh ya, lupa nak bagi tahu. Yang di ShangRi La tadi memang menghadap direct ke pantai. Untung yang di LonePine ini pun sama.
Rasa Motel Penang ( RM 50 )
Dekat dengan Rasa Motel ni ada banyak lagi hotel bajet yang lain. So kalau anda rasa macam sudah habis booked di Booking.com. Boleh la tawakkal dan terus sampai ke sini dahulu kalau masih ada lagi bilik yang kosong.
Ada banyak lagi selain Rasa Motel, antaranya:
Saya rasa, andai kata perlu untuk saya stay di Batu Feringghi macam inilah tempat nya yang saya akan pilih kot. Nampak macam kedai makan pun dekat.
Dan kalau ada yang lebih prefer untuk duk dalam homestay pun dekat dekat ini juga.
Antaranya:
Hard Rock Hotel Penang (RM281)
Kalau Hotel 5 bintangShangri La tadi, harga dalam RM 500. Hotel 3 bintang LonePine pula RM 265. LonePine lebih kepada konsep terbuka, outdoor.
Kalau HardRock Hotel pula, ibarat macam Shangri La, 5 bintang juga. Tapi harga macam dekat dekat dengan LinePine, penginapan paling rendah dalam RM 281.
So bolehlah buat pilihan, kalau tak suka konsep terbuka macam LonePine, boleh menginap di Shangri La, atau kalau nak harga yang lebih berpatutan, boleh menginap di Hard Rock Cafe Hotel.
Bayview Beach Resort ( RM 153 )
Bay View macam HardRock Cafe juga. Tapi facilities dan mungkin servisnya juga tak sebaik HardRock Cafe sebab BayView hotel 3 bintang. Tapi ok jugalah, option kepada anda juga sebab harganya lebih rendah sedikit. Dalam RM 153 sahaja.
View memang direct laut macam HardRock Cafe. Ada standard facilties macam swimming pool dan lain lain.
Sunshine @ Bayu Emas Apartment ( RM 72 )
Alright, kita dah sampai ke perkongsian penginapan terakhir. SunShine ni homestay sahaja, rumah apartment. Murahkan, RM 72 sahaja.
Sayaa tak pastilah, tapi macam tak berapa nak sarankan guna swimming pool disni. Takut penggunaannya public sangat. Tapi tak apa, homestay ni dekat dengan dengan Air Terjun. Leh lah singgah di sana nanti. Tak sampai 5 minit pun drive.
Ni locationnya, Air Terjun Batu Feringghi